"Ustaz serius ke Syifa' buat bende ni? Kalau saya, tak percaya dia akan buat bende ni.Ustaz sepatutnya siasat terlebih dahulu sebelum memarahi Syifa'. Ustaz bukankah tersilap ampun lebih baik daripada tersilap hukum?" Syifa' hanya menundukkan muka ketika Aisyah cuba mempertahankannya. Bagi Aisyah dia pasti Syifa' mempunyai sebab yang tersendiri sehingga Ustaz Anuar jadi salah faham.
"Aisyah saya tahu kamu membela Syifa' tapi apa sebab dia melakukan perkara sebegitu?"
Syifa' hanya menundukkan muka. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk memberitahu Ustaz Anuar dan Aisyah. Baginya perkar tersebut adalah peristiwa hitam dalam hidupnya."Betul kata Ustaz tu. Sebenarnya apa yang terjadi? cuba kamu cerita dekat kami. Kalau kamu senyap begini tidak akan selesaikan masalah." Syifa' cuba memujuk Syifa' agar memberitahu perkara yang sebenar.
Sudah menjadi kelaziman bagi Syifa' untuk datang awal ke sekolah dan membersihkan kelasnya. Kebetulan pula pada pagi itu dia sudah dimaklumkan oleh Cikgu Rohani bahawa dia tidak hadir ke sekolah. Oleh yang demikian dia merencanakan untuk berjumpa dengan Cikgu Najwa bagi menanyakan soalan yang berkaitan dengan add math. Dalam perjalanan ke bilik guru, dia telah ditahan oleh geng Syafiq. Pada ketika itu Syifa' hanya berseorangan. Dia mula rasa tidak sedap hati tapi dilontarkan perasaan itu jauh-jauh. Pada ketika inilah geng Syafiq mengepungnya.
" Minta maaf.Boleh bagi laluan? Saya nak cepat ni."
"Wah! Syafiq aku tengok makin hari makin cantik pujaan hati kau ni. Cepatlah. Sekarang tiada orang." Syifa' merasakan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya. Dia mula mencari ikhtiar untuk melepaskan diri.
"Syifa' nak ikut saya tak? Saya ada tempat best nak pergi."
" Ish.. korang ni takde kerje lain ke selain nak ganggu orang. Awak tu Syafiq. Sedarlah sikit. Awak tu anak orang kebanyakan. Cuba fikir apa tujuan ayah awak menyekolahkan awak. lagipun tahun ini korang nak ambik STPM. Cubalah sedar sikit. Ketepilah. Jangan halang laluan saya nak berjumpa dengan Cikgu Najwa."
"wow! Garangnya buah hati kau ni. Syifa' aku rasa bila kau marah makin cantik. Patutlah Syafiq boleh terpaut hati dengan kau. Tak sia-sia pilihan dia. Baik cepat sebelum burung merpati yang jinak menjadi liar." Mereka tergelak mendengar ulahan azwar.
" Ketepilah. Saya beritahu Ustaz Anuar baru tahu langit tinggi rendah." Syifa' cuba untuk melepaskan diri dengan menolak Syafiq menggunakan buku di tangannya. Baginya batas tetap perlu di jaga walaupun dalam saat yang sebegitu.
"Takutnya. Sayang janganlah beritahu Ustaz Anuar." berderai gelak tawa mereka.
Syafiq bertindak dengan lebih berani. Dia mula memegang tangan Syifa'. Syifa' semakin geram dengan mereka. Dia nekad. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya. Malahan pula kawasan itu agak tersorok sedikit daripada penglihatan guru-guru. Dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Syafiq dan dia tidak akn sekali-sekali perkara itu akan berlaku kepada dirinya. Pada ketika ini Syifa' berharap agar Allah dapat membantunya. Tanpa disedari dia telah membaling batu yang berhampiran dengannya. Dia membaling batu tersebut secara membuta tuli. Tiba-tiba Syafiq terjatuh. Mukanya berlumuran dengan darah. Geng Syafiq menjadi kalut. Kebetulan pada ketika itu ketua pengawas Sekolah Megah Alam, Amir Huzaifah lalu di kawasan tersebut. hal ini menyebabkan Syifa' semakin panik dan melarikan diri. Geng Syafiq mula memberitahu bahawa Syifa' sengaja mahu membaling batu kepada Syafiq."Marilah ikut saya. Saya tahu Cikgu Rohani tidak hadir pagi ini. Sayang boleh jumpa Cikgu Najwa di lain hari."
Teresak-esak Syifa' nur asyikin menangis ibarat anak kecil. Mengingati peristiwa tersebut menyebabkan tubuhnya menggigil begitu ketara.Dia juga sedih kerana dia tidak berniat untuk mencederakan Syafiq. Pada ketika itu dia hanya fikir untuk melepasskan diri. Otaknya hanya berfikir untuk menyelamatkan diri tanpa mengira apa akibat yang akan berlaku. Aisyah Humaira lantas memeluk Syifa' dan menenangkannya. Ustaz Anuar tergamam. Beliau tidak menyangka Syafiq Hamdan akan melakukan perkara seteruk itu.
2 comments:
shida..cepat la smbung...best bace niyh..
ok...ok..
Catat Ulasan