Sorrylah sebab lame tak update sambungan post sahabat
oh sahabat.. ku susun sepuluh jari di atas kelemahan diri ini untuk menyambung
cerita ini..
********************************************************************
********************************************************************
Pagi yang dingin
itu Nik Nur Naimah dating ke sekolah. Hajatnya cuma satu iaitu ingin menelaah
pelajaran di sekolah. Tiba-tiba perasaan tidah enak menular dlam dirinya. Di
kejauhan dia telah mendengar keriuhan yang tercetus di 5 Jauhari. Perasaan
tidak enak itu mula meninggi.
‘Ya Allah.. Kenapa bising-bising
kat sekolah pagi-pagi buta ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?’ Nik menoleh
sekilas pada jam tangan kesangannya itu.
‘Baru pukul 6.50 pagi. Takkan lah
dah ramai yang dating kat sekolah pagi-pagi ni. Baik aku pergi tengok sekejap.’
Monolog hati Nik.
“Apalagi yang kau nak daripada aku?
Tak cukup dengan apa yang kau dah buat dengan aku hari tu?” kemarahan Syifa’
memuncak. Di dalam saat sebegini dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Syifa’
seorang yang cepat marah akan tetapi kemarahan itu cepat reda. Habis sume
barang yang dapat dicapainya dibaling ke Syafiq Hamdan. Entah apa yang
dikehendakinya.
“Aku tak nak apa-apa. Aku Cuma nak
kau.” Syafiq tersenyum.
“Siapa nak kau! Eh lelaki macam kau
ni berjuta-juta aku boleh jumpa kat luar sana tu. Dan untuk pengetahuan kau aku
tak pernah suka kan kau, dan tak akan pernah mencintai kau.. Aku rasa kalau
tanya perempuan mana-mana, semua akan tolak kau mentah-mentah.” Kemarahan
Syifa’ semakin meluap-luap.
“Kau jangan cakap besar. Disebabkan
kau dah tolak cinta aku mentah-mentah kau kena terima akibatnya!” Syafiq mula
memeluk Syifa’.
Puas Syifa’ meronta tetapi dirinya
tidak mempunyai kekuatan untuk melawan tenaga Syafiq. Nik yang kebetulan
melalui hadapan kelas itu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia lantas
menjerit meminta tolong. Amir Huzaifah yang kebetulan baru sampai pada ketika
itu lantas mendapatkan Nik. Syafiq pada ketika itu sangat terkejut dengan
kehadiran Amir Huzaifah. Dia segera melarikan diri melalui pintu belakang kelas
5 Jauhari. Amir Huzaifah mengejarnya dan akhirnya dapat menangkap Syafiq
Hamdan. Nik segera mendapatkan Syifa’. Nik segera memeluk Syifa’ dan
menenangkannya.Syifa’ sangat bersyukur pada ketika itu kerana Syafiq tidak
sempat berbuat apa-apa terhadap dirinya. Orang mula ramai kerana pada ketika
itu pukul 7.00 pagi. Semua orang mula mengerumuni Syifa’. Beberapa orang yang
datang awal dan melihat kejadian itu membantu Syifa’. Kehdiran Amir Huzaifah
pada ketika itu menyebabkan kekecohan berlaku. Amir cuba meleraikan situasi itu
dan menyuruh mereka kembali ke kelas.
“ Alhamdulillah akhirnya tertangkap
jua manusia durjana itu.” Amir memulakan bicara.
“Terima kasih kerana sudi membantu”
Syifa’ membalas.
“Kebetulan saya berada di situ.
Lagipun saya berada di situ kerana terdengar jeritan Nik. Berterima kasih lah
kepada Nik kerana kalau dia tidak menjerit tadi tiada siapa yang tahu apa yang
berlaku” Syifa’ seraya memandang Nik Nur Naimah.
“Semua tu kebetulan je kak. Mungkin
Allah telah gerakkan hati saya untuk datang awal ke sekolah hari ini.” Nik
berkata.
“
Terima kasih Nik. Walaupun awak kata itu kebetulan akak berterima kasih
sangat-sangat. Kalau awak tak ada tak tahulah apa yang jadi dengan akak ni.
Amir terima kasih jugak” Syifa’ hanya menundukkan muka ketika berbicara dengan
Amir. Aisyah berlari-lari mendapatkan Syifa’. Amir segera meminta diri untuk berjumpa
dengan Ustaz Anuar berhubungan kes tersebut.
“Syifa’ kamu okey tak ni? Nik apa
yang terjadi sebenarnya ni?” bertubi-tubi soalan yang Aisyah keluarkan. Syifa’
tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu.
“Inshaa Allah tak de pape. Nanti
saya cerita dekat kamu. Sekarang ni kita kena masuk kelas sebab pembelajaran akan
bermula. Thanks tau Nik sebab tolong akak tadi.” Aisyah dan Nik membantu Syifa’
untuk bangun. Baru beberapa tapak mereka berjalan tiba-tiba Syifa’ pengsan.
“Syifa’!!
“Kak Syifa’!!
Nik dan Aisyah menjerit serentak.
Aisyah segera memangku Syifa’. Dia amat terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Dia segera menyuruh Nik memanggil cikgu. Baru dia menyedari kepala Syifa’
berdarah di bahagian belakang.Ustaz Anuar dan Amir Huzaifah yang kebetulan melalui
kawasan itu segera membantu Aisyah. Kemudian Nik datang dengan Ustazah Kamaliah
merangkap guru PBSM sekolah itu. Ustaz Anuar pula menelefon ambulans. Tidak
lama kemudian ambulans sampai. Sekolah menjadi kecoh kembali dengan kehadiran
ambulans. Aisyah dan Nik membantu Ustazah Kamaliah membawa Aisyah ke ambulans
untuk dihantar ke hospital.
***********************************************************************************
Berita Syifa' dimasukkan ke hospital telah tersebar.. Ibunya telah di telefon. Dato' Bahar pula telah ditelefon.
0 comments:
Catat Ulasan