'Ya Allah peliharalah sahabatku Syifa' Nur Asyikin. Amin.' Aisyah sempat memanjatkan doa buat sahabatnya Syifa'.'Apa lagi yang dia mahukan daripada Syifa'?' Hati Aisyah mula berkata-kata.
Pada waktu rehat, Aisyah segera pergi ke kelas 5 Bestari untuk mengajak Farah, Ika dan Huda ke rumah Syifa'. Aisyah berharap agar mereka ada di dalam kelas. Di dalam perjalan ke kelas 5 bestari dia terserempak dengan Nik Nur Naimah.
"Assalamualaikum kak Aisyah. Akak sorang je? Mana kak Syifa'?" Tanya Nik.
"Wa'alaikumussalam Nik. Ya..Akak sorang je. Kak Syifa' demam. Ni akak nak ajak kak Farah, kak Ika dan Kak Huda lawat dy.. Nak ikut?"
"Boleh juga. Saya teringin nak kenal dengan Kak Syifa tu..Mesti dia baik kan?" Nik bertanya. Aisyah hanya tersenyum.
Petang itu Aisyah,Nik,Farah,ika dan Huda pergi melawat Syifa' bersama-sama. Mereka membawa buah tangan untuk dihadiahkan kepada Syifa'."Nak tahu dia baik ke tak jom ikut akak petang ni ke rumah dia..Awak boleh tunggu akak depan rumah awak". Nik mengangguk tanda bersetuju. Aisyah segera meminta diri untuk ke kelas 5 bestari. Dia perlu cepat kerana waktu rehat berbaki beberapa minit sahaja lagi sebelim tamat. Setelah kata sepakat daripada mereka bertiga tercapai, dia segera kembali ke kelas.
"Assalamualaikum.." Mereka memberi salam secara serentak.
"Eh.. Tak apa mak cik. Biarlah dia rehat di bilik. Biar kami je yang masuk." Farah berkata."Wa'alaikumussalam.. Owh.. Nak lawat Aisyah. Masuklah. Dia ada dalam bilik. Nanti mak cik panggil dia keluar." Puan Siti mempelawa mereka masuk..
Mereka semua masuk ke bilik Syifa'. Manakala Aisyah menawarkan diri untuk menolong puan Siti walaupun ditegah beberapa kali. Setelah selesai menghidangkan minuman, Aisyah duduk di birai katil Syifa'.
"Susah-susah je korang datang sini. Anyway pun thanx sebab sudi melawat Syifa'. Aisyah kenapa kamu susahkan diri nak buat air ni?"
"Tidak mengapalah Syifa'. Lagipun saya dah terbiasa buat semua tu. Hehe.. Syifa' ada orang teringin sangat nak berkenalan dengan kamu." Masing-masing tersenyum. Mereka mengetahui orang yang dimaksudkan itu adalah Nik Nur Naimah. Syifa' jadi pelik.. Baru dia perasan ada seorang di antar mereka yang tidak diketahuinya.
"Macam mana Nik? DAh dapat jawapan untuk soalan kamu pagi tadi?" Nik mengangguk.
"Siapa ni Aisyah? Adik kamu ke?" Syifa' bertanya.
"Saya Nik Nur Naimah. Satu usrah dengan kawan-kawan akak. Selamat berkenalan."Nik menghulurkan tangan untuk berjabat.
Mereka tersenyum. Aisyah,Farah,Huda dan Ika menjadi saksi ukhuwah yang terjalin pada petang itu."owh.. Jadi awak ni budak yang baru pindah tu lah. Hehe. Nama akak Syifa' Nur Asyikin. Selamat berkenalan." salam Nik berbalas.
0 comments:
Catat Ulasan