........
sambungan.........
"Don't worrylah Syifa'. aku takkan percaya dengan kata-kata diorang tu. Lagipun aku taulah kawan aku ni macam mana. Alahai naib presiden Badan Dakwah Sekolah lah katakan." Ika menjawab.
"That's why lah kitaorang ke mari untuk mengetahui kesahihan cerita tersebut. Sebenarnya apa yang terjadi? Ustaz Anuar denda kau ke?" semua jadi saspen untuk mendengar cerita yang sebenar daripada Syifa'.
"Sorrylah.. Saya takde mood lah nak cerita pasal ni. Kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah Aisyah" Aisyah faham dengan kehendak Syifa'. lalu dia pun menceritakan perihal yang berlaku. Rupanya cerita yang mereka dengar daripada orang itu hanyalah salah faham. Mereka tidak menyangka perangai Syafiq Hamdan makin menjadi-jadi.
"itulah akibatnya kalau cinta kita disalahgunakan. Kita sepatutnya menyulam cinta kita kepada Illahi. Itulah sebenar-benar cinta yang abadi." Aisyah menyudahkan kalamnya dengan membuat satu kesimpulan.
Huda begitu terpukul dengan apa yang diperkatakan oleh Aisyah. tiada siapa yang mengetahui dia bercinta dengan Azwar. Dia tidak percaya kekasih hatinya sanggup berbuat demikian bersama-sama rakanya. bagi Huda Azwar begitu baik di matanya. inilah penangan cinta buta. Huda menjadi tidak betah lagi untuk terus disitu. Dia segera mencari alasan untuk segera beredar daripada situ.
"Huda, kenapa dengan kau? aku tengok kau macam resah gelisah je?" Ika menjadi pelik dengan perangai Huda.
"Ish! aku terlupa. Latihan Sejarah aku tak siap lagi. Aku kena balik kelas sekarang." Huda memberikan alasan agar dia dapat segera beredar daripada situ. Kebetulan pula loceng waktu rehat telah berbunyi. Farah, Zulaikha segera menyusul Huda untuk pulang ke kelas masing-masing.
"Aisyah kamu sibuk tak petang ni? Boleh tak andai saya ingin datang ke rumah kamu?"
"InsyaAllah petang ni saya free. datanglah. lagipun ibu dan ayah saya tidak ada di rumah. Sekurang-kurangnya ada juga yang sanggup teman saya kat rumah ni."
Setelah meletakkan ganggang telefon, Aisyah segera ke dapur untuk menyediakan juadah petang bersama sahabatnya itu. Hatinya begitu riang kerana dia mempunyai teman sebelum adiknya pulang daripada tuisyen.
"Asalamualaikum.. Aisyah! Aisyah! Saya dah sampai ni." Syifa' membunyikan loceng rumah Aisyah.
"Wa'alaikumussalam.Masuklah. pintu tak berkunci pun." Apabila Syifa' membuka pintu rumah Aisyah bau goreng pisang yang dimasak oleh Aisyah harum mewangi di dalam rumah.
"Fuh! Laparnya. alamak perut ni dah buat lagu anak itik tok wi. hehehe. Ni buat sendiri ke beli?"
"Hand made lah.. No beli-beli. Lagipun apa gunanya saya nak beli kalau dah tahu masak sendiri. Alang-alang kamu nak datang sini saya rajinkan tangan untuk membuat semua ni." Mereka berdua tersenyum.
"So macam mana dengan usrah yang kamu adakan? berjalan lancar?" Syifa' bertanya Aisyah.
"Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Lagipun ahli usrah saya dah bertambah sekarang ni."
"oh! yeke. Maklumlah dah lama tak tanya pasal ni. Sape budak yang baru masuk tu?Teringin nak berkenalan dengannya." Syifa' menunggu jawapan daripada Aisyah.
"oh., Nama dia Nik Nur Naimah. sedapkan nama tu? dia daripada Sekolah Agama Menengah Tungku Ampuan Rahimah. Cantik molek orangnya. Dia baru berpindah ke sini."
"Mabruk ya Aisyah! Sekarang ni usrah kamu dah bertambah ahlinya. Ustazah Hindun mesti gembira."
"Alhamdulillah. Saya bersyukur kehadarat Illahi kerana menambahkan lagi bilangan ahli usrah saya. Hehehe.. Syifa' bila pulak nak join usrah kami?" Aisyah melontarkan soalan.
"Aisyah saya bukan tak nak join tapi ayah saya tak benarkan. Sebenarnya saya teringin sangat nak ikuti program usrah tu. Tapi bila mengingatkan adik-adik kat rumah. Keadaan ibu saya, saya tak berpeluang untuk mengikutinya." Muka Syifa' kelihatan sugul dan sayu.
"Sabarlah. Saya pasti ada hikmah semua yang berlaku ini. Ingat! Innallaha ma'ana." Aisyah cuba memujuk Syifa'. Suasana sepi terjadi beberapa minit sebelum Aisyah meneruskan bicaranya.
"Syifa', boleh tak saya nak tanya sesuatu?"
"Tanyalah. Selagi saya boleh jawab soalan kamu tu saya akan cuba jawab." Aisyah terdiam seketika. Dia mula menyusun ayat untuk bertanya sahabatnya itu.
"Kamu ada masalah ke? Parents kamu bergaduh lagi?" Syifa' terdiam mendengar soalan Aisyah.
"Eh.. Mana ada. Muka saya ni menampakkan macam ada masalah ke? Hehehe.. Tiada apalah yang nak dirisaukan. InsyaAllah saya boleh uruskan sendiri."
" Saya tahu apa yang kamu rasa. Tak elok dipendam masalah tu terlalu lama. Kelak akan memakan diri. Kamu mengaku saya sebagai sahabat kamu tak? Kalau mengaku baik beritahu." Aisyah menggertak Syifa'.
"Sekarang Aisyah ni dah pandai menggertak ya! Masalah saya ni bukannya besar sangat mengalahkan perdana menteri pun."
"Walaupun masalah kamu tak sebesar perdana menteri pun tapi disebabkan kamu memendamnya terlalu lama, saya pun dapat merasainya tau." Syifa' memikirkan ayat yang terbaik untuk menceritakan masalahnya.
"Parents saya gaduh lagi. Tapi kali ni lebih teruk. Ayah saya pukul mak saya.Ayah saya asyik minta duit daripada ibu saya sedangkan duit tu nak digunakan untuk membayar yuran adik-adik saya. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya kesiankan ibu saya."
"Tak buat report polis ke? Ini dah dikira sebagai penderaan."
"Ayah saya dah bagi amaran. Kalau kami buat report kat polis dia akan pastikan ibu saya menyesal seumur hidup. Saya tah mahu itu yang berlaku." air mata Syifa' gugur satu persatu. Betapa murahnya air mata Syifa' pada ketika itu.
"Kalau begitu keluarga kamu akan menderita selamanya. Saya rasa beginilah. Kamu perlu banyakkan berdoa kepada Allah agar pelihara keluarga kamu daripada dianiya oleh ayah kamu tu. Tergamak ayah kamu buat macam tu. Takpe Syifa'. Ini ujian Allah untuk kamu. Allah tahu kamu boleh untuk melalui semua ini. Kalau saya yang berada di tempat kamu, saya tak tahulah sama ada dapat bertahan ataupun tidak." Aisyah cuba memujuk Syifa'.
"Aisyah, terima kasih banyak. Kamu dah banyak membantu saya menyelesaikan masalah. Tak terbalas budi yang kamu berikan. Semoga Allah membalas budimu." Syifa' lantas memeluk Aisyah.
Petang itu, segala beban yang ditanggung oleh Syifa' sebagai anak sulung mula berkurangan. Dia tidak menyangka meluahkan itu lebih baik daripada memendam. tetapa ia perlulah diluahkan kepada orang yang betul-betul dapan menjaganya dengan baik.
Pagi itu Aisyah duduk berseorangan kerana Syifa' tidak hadir ke sekolah. Dia demam kuat. Aisyah merancang untuk mengajak sahabat-sahabatnya yang lain untuk melawat Syifa'. Pagi itu juga Aisyah terkejut dengan kedatangan Syafiq Hamdan ke kelasnya. Dia mula berfikir yang bukan-bukan.
"Sorang je Cik Aisyah?"
"Assalamualaikum." Aisyah membalas.
"Mana Syifa'? Bukan awak selalu dengan dia ke?"
"Apa hak awak nak tahu dia dimana. Baik awak balik ke kelas."
"Suka hati sayalah nak balik ke tidak. Awak pun takde hak nak menghalau saya!"
"Saya bukan apa. Saya tak nak awak membuat masalah kat sini. Awak ni tak serik-serik lagi ke? Untuk pengetahuan awak Syifa' tu tak pernah menyukai, mahupun mencintai awak. Faham! Sekarang sila keluar daripada kelas ni!" Kemarahan Aisyah mula membara. Lantas dia segera beristighfar. Syaitan berjaya untuk menghasutnya sebentar tadi.
'Apa lagi yang dia mahukan daripada Syifa'?' Hati Aisyah mula berkata-kata.
0 comments:
Catat Ulasan