"Aisyah saya rasa lebih baik kamu bawa Syifa' ke bilik rehat. perasaan dia perlu ditenangkan. lagipun saya rasa perasaannya mesti terganggu disebabkan hal ini. Mengenai Syafiq usahlah dikhuatiri. tahulah saya nak beritahu pada Dato' Bahar" ustaz Anuar hanya tersenyum..
Aisyah Humaira segera membawa Syifa' Nur Asyikin ke bilik rehat. Dia ingin bersama-sama Syifa' dan menemaninya saat itu. dia tahu Syifa' menerima tamparan hebat lantaran peristiwa tersebut. Aisyah duduk sebelah Syifa' dan memujuknya supaya bersabar."Baiklah ustaz. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz."
"Aisyah. saya takut. Terbayang-bayang muka Syafiq yang penuh nafsu tu. Lagipun saya tak berniat nak baling batu pada muka dia.. saya..saya..."
"Sudahlah Aisyah. Usah dikenang lagi peristiwa tu. lagi kamu fikir lagi hebat ketakutan yg bermaharaja lela dalam diri kamu. Sekarang ni saya nak kamu fikirkan yang indah-indah." Aisayh menggenggam tangan Syifa' seeratnya. Dia berharap agar Syifa' mendapat kekuatan hasil tindakannya itu.
"Tapi saya rasa diri say ni teruk sangat. Saya ni asyik susahkan orang. Susahkan kamu susahkan orang lain. Saya rasa diri saya ni tak berguna."
"Ya Allah! Syifa' tak elok kamu fikir macam tu. kamu tahu kata-kata kamu ni macam orang yang dah putus harapan. Tak sepatutnya kamu fikir sebegitu. lagipun kamu tak menyusahkan saya pun. sebagai sahabat saya perlulah sentiasa di sisi kamu tak kiralah waktu senang ataupun susah." Aisyah terdiam. Kesedihannya pun semakin berkurangan.
"Aisyah... Kamu sayang saya tak?" Aisyah tersenyum.
"Syifa' saya sayang kamu sangat-sangat kerana Allah. dah. Jangan fikir pasal ni lagi. Sya nak kamu berehat. Ini adalah satu arahan!"
"Baik mak!!" lantas mereka berdua ketawa bersama-sama. Benarlah sahabat sejati ialah sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Peristiwa itu merapatkan lagi ukhuwah mereka. Indahnya persahabatan andai diringi dengan keimanan.
Berita mengenai Syafiq Hamdan cedera dibaling Syifa' telah tersebar satu sekolah Megah Alam. Berita itu telah tersebar cepat. Waktu rehat itu hingar-bingar dengan pelajar seramai 2000 orang murid. Tidak hairanlah sekolah ini bising kerana semua pengawas tidak mampu membantu para guru mengawal pelajar-pelajr yang ramai. Desas-desus yang mengatakan Syifa' ingin membalas dendam telah tersebar.pelbagai tanggapan telah diberikan kepada Syifa'. Semua itu tidak di pedulikan oleh Syifa'. Hanya dia, Aisyah dan Ustaz Anuar yang mengetahui cerita sebenar. pada ketika ini tiga sekawan iaitu Farah, Huda dan Zulaikha daripada kelas aliran sastera segera pergi ke kelas 5 Jauhari untuk berjumpa Aisyah dan Syifa', sahabat merrka. Kebetulan pada ketika itu mereka ada dalam kelas.
"Syifa'...Syifa'... Kak Syifa' oi! Kau dengar tak kitaorang panggil ni?!" beberapa kali mereka memanggil Syifa' tetapi tidak diendahkannya. Dia begitu khusyuk menelaah Fizik bersama-sama Aisyah.
"ish! apalah korang ni. Kalau ya pun bagilah salam dulu. Assalamualaikum Farah, huda, ika. Kalian sehat?" Farah ,Huda dan Zulaikha tersipu malu mendengar kata-kata Aisyah. Syifa' hanya tersenyum memandang sahabatnya itu. Aisyah memag begitu. Sentiasa mengingatkan orang disekelilingnya agar tidak lupa untuk memberi salam.
"Kan dah kena tegur dengan ustazah kita ni."
"Waalaikumussalam.. hehehe.. Kitaorg sume sihat walafiat." serentak mereka menjawab.
"Syifa'. kitaorang datang ni membawa hajat. Alang-alang sudah heboh satu sekolah, lebih baik kita tanya pada Syifa' dan Aisyah.. amacam jadi tak pantun aku ni?" mereka ketawa mendengar ulah Farah. Tak habis-habis dengan pantunnya itu.
" Awak ni Farah. Kalau satu hari tak berpantun tak sah! mari saya balas pantun awak tu. Ayam bertelur heboh sekampung, habis riuh tak terkira terkata.. burung murai bising tak tertanggung... begitulah juga kabar manusia.. Ala. Awak abaikan je apa yang diaorang kata.."
to be continue.....
0 comments:
Catat Ulasan