CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 14 Disember 2012

final exam sem 2

assalamualaikum...

setelah lama tidak mencoret kini sekali lagi tangan ku gagahkan untuk mencoret..

hampir genap setahun aku meninggalkan maahad.dalam tempoh itu jugaklah aku telah masuk ke kolej ini.
dan aku kini hampir menamatkan sem 2 satu minggu lagi. berliku-liku hidup aku kini.penuh suka dan duka.tapi aku perlu laluinya dengan tabah. aku tahu semua ini ada hikmahnya yang mendatang. aku amat berharap pada sem 2 ini aku dapat yang terbaik dan buat yang terbaik.. aku pasti akan dapatkan 4flat!!!
lagipun subjek aku utk sem ni cume 3..english,agama n ict.. YEAH!!!! i can do it!!! 
believe it!!!!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

SAHABAT...............

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Ini adalah sekadar luahan rasa...yg ingin ku coretkan disini sementelah ketiadaan diariku disisi..


DUHAI TEMAN.....

TAHUKAH DIKAU AKU AMAT MERINDUIMU...
AKU TERINGAT KEMBALI SAAT-SAAT INDAH BERSAMAMU..
KITE SERINGKALI BERKONGSI SEGALA KISAH SUKA DAN DUKA..

TAPI KINI,
KAU TIADA LAGI DISISIKU..
KAU JAUH DARIPADAKU DEMI MENUNTUT SEBUAH ILMU...
OLEH DEMIKIAN TIDAK AKAN KU TANGISI PERPISAHAN INI..
KERANA AKU TAHU PERGIMU UNTUK BERJIHAD DI JALAN ALLAH...

DUHAI TEMAN...

ANDAI DIKAU MELIHAT DIRIKU...
SUDAH PASTI KAU TIDAK PERCAYA APA YG BERLAKU...
KERANA AKU SENDIRI DAPAT MERASAKAN...
DIRIKU INI SEDANG MENGALAMI PERUBAHAN YANG AMAT KETARA..
SEHINGGAKAN AKU BAGAI TIDAK MENGENALI DIRIKU SAAT INI..
IA BAGAIKAN RUSA YG TIDAK TAHU JALAN PULANG...
TERPINGA-PINGA SENDIRIAN...

DUHAI TEMAN....

PERNAH KAU KATAKAN ANDAI INGIN MENDAPAT SAHABAT YG BAIK,
AKU PERLULAH MENJADI SAHABAT YG BAIK UNTUK TEMANKU...
AKU MENCUBA UNTUK JADI YG TERBAIK TAPI....
AKU TIDAK MAMPU...
PERNAH AKU TERFIKIR...
AKU AKAN DAPAT SEORANG SAHABAT YG BAIK DARI SEGI AKHLAK DAN TATASUSILANYA...
TAPI HINGGA SAAT INI AKU MASIH BELUM MENJUMPAI SEORANG SAHABAT SEPERTIMU..
ADAKAH INI DISEBABKAN AKU MASIH BELUM MENJADI SAHABAT YG BAIK UNTUK TEMANKU???

DUHAI TEMAN.....

AKU INGIN BERUBAH...
AKU INGIN DIRIKU YG DAHULU SEWAKTU DI BANGKU SEKOLAH...
AKU INGIN MENJADI INSAN YG DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN...
TAPI AKU TAK MAMPU BERUBAH SENDIRIAN....
AKU MASIH MEMERLUKAN BIMBINGA,DORONGA DAN SOKONGAN DARIMU UNTUK BERUBAH...
AKU TAHU AKU BANYAK KHILAF..
AKU TIDAK MAHU HANYUT DENGAN MEHNAH-MEHNAH DUNIA INI...
AKU TAKUT DENGAN KEMURKAAN-NYA...
AKU MOHON SEPERKARA DENGANMU..
DOAKAN AKU TABAH,GAGAH DAN KUAT UNTUK MELALUI SEMUA INI....
DOAKAN AKU BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT...
DOAKAN KITA DAPAT MEMBANGUNKAN UMMAH KITA..

AKHIR SEKALI....
DOAKAN AGAR KITA DAPAT BERTEMU SEMULA DI SYURGA-NYA...

AMIN~

Rabu, 17 Oktober 2012

cuti,cuti,.....lalalala~

cuti 3 mggu...
eh yeke???
btol2....

hmmm...kat umah ni aq kna mntapkan diri aku blik...aq kna byk muhasabah diri...
aq kna tgk blik mcm mne diri aq sblom ni....
Shida!!!! Bangkit!!!
Defend  ur Religion..!!
x rugi pon Wat macam tu...
BERAMAL!BERAMAL!BERAMAL!
AMAL KERANA ALLAH!
BERJIHAD,BERJIHAD,BERJIHAD!!!
BERJIHAD KE JALAN-NYA!!

Sabtu, 22 September 2012

final exam

assalamualaikum.....
lama x update blog ni......

sekarang ni mesti sume sibuk kan??? yelah dah dekat sangat nk final exam...lagi2 aku ni yg sgt2 dekat dgn final..
ari selasa ni dah start exam...
so diri ini nk mntax maaf byk2 andai ada wat salah n silap...doakan kjayaan ku dlm final ni....
lg dekat ni kna byk2 wat solat hajat... 
kna jge hbungan kte dgn allah...
semoga suksess~

Rabu, 4 Julai 2012

peringatan buat diri dan teman...

assalamualaikum w.b.t


lama x mgupdate blog ni..huhu...kesibukan mnyukarkn ku utk mnulis dan mnaip..hehe :)
inilah namanya sebuah kehidupan...
semua manusia x kan terlepas daripada menerima ujian...
begitu juga dgn diriku...

ramadhan bakal menjelma...
boleh kata tinggal 2 minggu lagi..
x sabar rasanya untuk menanti saat itu tiba...
ramadhan adlh buln yg amat bermakna bg umat islam..
pd masa ini pintu keampunan terbuka seluasnya utk dy...
pd bln ini juga pintu syurga di buka dan ditutup pntu neraka...
indah bkn islam ni...

pd bln sya'ban ni prbnyakknlah amalan seperti puasa sunat dan sebagainya...
ptg ni dah msok 15 syaaban...
jgn lupe bce yassin lps magrib...
semoga kite dpt brtemu dgn ramadhan yg istimewa...~

"ya Allah sampaikan nafasku hingga pengakhiran ramadhan"

Sabtu, 16 Jun 2012

peNgaLamaN memaTaNgkaN hidUp....~

itu lah yg boleh dikatakan dgn hidupku ini....
macam2 perkara berlaku dalam hidup ini yg mematangkan hidup...cuma we as human being kna fikir sebaik-baiknya.....
sematang-matangnya untuk wat keputusan...
knape aku cakap macam tu????
 banyak persolan yg bermain minda....
why???? why???? why????
knape sume ni mesti berlaku pada diriku????
banyak soalan yg menerjah kt minda....
sampai aq pon tak tau nk wat ape2....

"ya Allah Bantulah HambaMu yg lemah ini....
Kuatkan diriku untuk menempuhi segala dugaan yg mendatang....
Tabahkan diriku untuk melalui sume ini...
Pinjamkanlah aku kekuatanMu untuk menempuhi segalanya...
Engkaulah tulang belakangku tuk sepanjang hidup ini...
Tunjukilah jalan yg lurus....
Jalan yg Kau redhai....
Sentiasalah Kekalkan aku dalam taliMu.....
Kekalkanlah persahabatanku dgn sahabat2ku di Maahad..."

amin~

Selasa, 5 Jun 2012

selamat ke alam baru!~~

huhuhu....
dah genap seminggu setengah aku kt cni...
aq brsyukur walaupon x dpt matrik or universiti or ipg...
but i'm still get ipts...
now this is my way~
hopefully i willl get the best among the best and want to full my mom hope...
huhuu~
it's so heavy...
tuk pikul tugas ni...
kwn2 doakn aq tau... 
byk yg aku perlu lakukn kt cni...
segalanya bermula disini

Jumaat, 4 Mei 2012

video sepanjang berada di maahad...

video


Shazana,peqa,qila,syikin,atin,fanad syue,peah,syaza,mas,chep,huda,nazihah,izzatie,husna,annis,tmah azzahra,nafisah,umi,shykyn,farahmi,salwa,wardah,bella, n sume warga yg terlibat secara langsung atau tdak...
haa!! x lupe gak utk ahli dorm fatimah '09' (farah,fairuz,fadzlin,aisyah,ulfa,k.amie,k.izah) n sumelaah..
x larat den nk sebut satu persatu... sori klo x tertulis nme tu... x larat nk tulis..

video ni aq tujukn khas utk korg~ sayang korang sume...

Selasa, 24 April 2012

SEBIRU HARI INI


SEBIRU HARI INI
BIRUNYA BAGAI LANGIT TERANG BENDERANG
SEBIRU HARI KITA
BERSAMA DI SINI

SEINDAH HARI INI
INDAHNYA BAK PERMAIDANI DI TAMAN SYURGA
SEINDAH HATI KITA
WALAU KITAKAN TERPISAH

BUKANKAH HATI KITA TELAH LAMA MENYATU
DALAM TALI KISAH PERSAHABATAN ILLAHI
PEGANG ERAT TANGAN KITA TERAKHIR KALINYA
HAPUS AIR MATA MESKI KITA KAN TERPISAH
SELAMAT JALAN TEMAN
TETAPLAH BERJUANG
SEMOGA KITA BERTEMU KEMBALI
KENANG MASA INDAH KITA
SEBIRU HARI INI...

lagu ni ku tujukan khas untuk kawan-kawan ku sume.. miss u alls.. ada rezeki kita jumpa lagi..


Rabu, 4 April 2012

PESANAN BUAT SAHABAT..

Assalamualaikum.. post kali ini sekadar nak berkongsi beberapa tips untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita (sahabat dunia akhirat) Insya Allah...
untuk menjadi sahabat yg baik untuk sahabat kita, kita perlulah memperbaiki diri kita terlebih dahulu..oleh itu kat sini ada beberapa sifat yg perlu kita semai dlm diri..antaranya:

empati....
apa perbezaan antara empati dgn simpati?? pasti ada yg tertanya-tanya.. kat sini saya bg contoh simpati..
seorang pekerja ingin bercuti dan pulang ke kampung kerana ibunya sakit. dia meminta bosnya untuk pulang kerana emergency case..bosnya simpati tp dia x benarkn pekerjanya itu pulang..
berbeza pula dengan empati..contohnya..
situasinya sama macam di atas..akan tetapi bosnya mempunyai empati kerana membenarkn pekerjanya untuk pulg kecemasan.. 

jujur
untuk menjadi seorang sahabat yg baik kita mesti semaikan sifat ini dalam diri. firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 119 yg bermaksud:
"Allah berfirman: inilah hari yang padanya orang yang benar mendapat manfaat daripada kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. itulah kejayaan yang besar."

berfikiran terbuka
jika sahabat kita memberi nasihat kita perlu muhasabah diri kita balik. mungkin betul apa yg dia perkatakan. sifat ini amat perlu dalam persahabatan kerana ia dapat mengelak daripada timbulnya pergaduhan. dengan berfikiran terbuka juga kita dapat menerima teguran dengan sebaiknya.


sensitif dan peka terhadap persekitaran
sebagai seorang sahabat kita perlu peka terhadap sahabat kita. kita juga perlu peka terhadap kawasan sekeliling sahabat kita. sebagai sahabat kita juga turut akan merasa sensitif apabila sahabat kita berwajah walang.lantas kita akan bertanya sahabat kita apa masalah yg di hadapinya.begitulah sesitiviti yg perlu ada pada seorang sahabat kepada sahabatnya.

saling bantu membantu
seorang sahabat akan rasa perlu untuk membantu sahabatnya walaupun pada ketika itu dia dalam masalah. tetapi masalah yg dihadapinya itu tidak seberat yg dialami sahabtnya itu. oleh yg demikian dia akan mencari pelbagai alternatif untuk membantu sahabatnya. dia akan sedaya upaya untuk mmembantu sahabatnya selagi termampu.. itu yg dinamakan ithar (melebihkan atau mendahulukan sahabat)

sentiasa memaafkan dalam persahabatan
firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yg bermaksud:
"jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"..

oleh yg demikian kita perlulah mencari sahabat yang berperibadi mulia.. Rasulullah s.a.w memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain. sama ada perilaku yg baik atau buruk

 imam al-Ghazali berpesan: "kecintaan seseorang yg hakiki kpd insan lain kerana ALLAH bukanlah bermaksud mencintai insan itu disebabkan dzatnya(sifatnya) sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan dirinya dengan akhirat...
  

Sabtu, 31 Mac 2012


BERSAHABAT SAMPAI SYURGA

Formula Ukhuwah:  kepercayaan + cinta =UKHUWAH

Carilah sahabat yg boleh dijadikan ubat,
Itulah sahabat yang kenal akhirat,
Kerana nanti kita akan turut terpikat
Terpikat bukan dengan maksiat,
Tetapi jatuh dengan syariat…..
Carilah sahabat yg kuat berguru menuntut ilmu,
Dengan syaitan pasti berseteru…
Carilah sahabat yg sanggup bersusah lelah,
Berbakti dan beribadah kerana ALLAH….
Carilah sahabat yg sanggup menahan`bisa’ demi kita,
Dan kita juga sanggup melakukan yg serupa buatnya,
Persis Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w yg tercinta,
Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana illahi,
Lestari manisnya kealam syurgawi…..

Biar sedikit kita bersahabat,tapi yg penting sahabat kita itu berkualiti dan saling mengingati antara satu sama lain.. Indah bukan?!!
Ini barulah yang dikatakan sahabat sejati..
Ya Allah, lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat yang lain….


Ahad, 26 Februari 2012

sambungan post sahabat oh sahabat(last episod)


assalamualaikum.. sambungan yang terakhir..
Mak!!” syifa’ lantas memeluk ibunya yang sedang menangis.
“syifa’ ayah dah takde. Sabar ya nak!” puan siti cuba menenangkan hatinya dengan berkata begitu.
Hatinya begitu rawan. Pemergian suaminya sangat menyayat hati. Dia mati kerana dibelasah teruk kerana kalah dalam berjudi. Malang tidak berbau bagi rasyid kerana selepas dibelasah itu dia ingin pulang ke rumah. Bagai jatuh ditimpa tangga dia telah kemalangan dalam perjalanan pulang.
Syifa’ merasakan kepalanya teramat sakit. Dia tidak tahu  kenapa padahal dia baru pulang daripada berjumpa doktor yang selalu merawatnya. Dia meminta izin daripada ibunya untuk masuk ke bilik sebentar. Denyut di kepalanya terasa sangat menyucuk. berkerut mukanya menahan sakit.
“syifa’ okey tak ni? muka kamu pucat.” Ibunya risau melihat syifa’ sebegitu.
“eh. Takde pape lah mak. Saya oke ni. saya masuk bilik dulu.”
‘aku kena kuatkan diri. Aku taknak mak tahu aku tengah sakit.aku taknak bertambah-tambah kesedihan mak.’ Monolog hati syifa’. Dia segera masuk ke biliknya. Selepas menutup pintu syifa’ merasakan dirinya amat tidak berdaya. Tiba-tiba dia merasakan pandangannya berpusing. Akhirnya syifa’ tidak sedarkan diri.
Aisyah, nik,farah, huda,ika,dan kawan-kawan lain datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada rasyid, sekaligus mahu bersama-sama di samping keluarga syifa’.
Aisyah yang mula-mula masuk bersalaman dengan puan siti lalu memeluknya. Alunan bacaan yasin mula kedengaran. Orang mula ramai berkunjung ke rumah puan siti. Aisyah mencari-cari kelibat syifa’ tetapi tidak Nampak. Dia hanya Nampak adik-adik syifa’ yang menangis ditenangkan oleh makciknya.
“mak cik, syifa’ mana?” aisyah bertanya. Baru puan siti sedar syifa’ tidak keluar bilik daripada tadi.
“syifa’ ada dalam bilik. Dia kata nak masuk dalam bilik sekejap tapi sampai sekarang tak keluar lagi” puan siti kehairanan.
“mak cik sabar ye. Semua yang berlaku ini ada hikmahnya.” Selepas berkata begitu aisyah segera masuk ke bilik syifa’.
Aisyah amat terkejut kerana syifa’ tidak sedarkan diri di lantai bilik. Segera dia memanggil puan siti. Keadaan menjadi kecoh sebentar. Syifa’ dihantar ke hospital. Puan sti, aisyah mengikut pergi ke hospital. Urusan pengebumian diuruskan oleh abang-abang puan siti.
“puan jangan risau. Dia taka pa-apa. Mungkin banyak fikir. Itu yang jadi macam ni. puan cakap dengan syifa’ jangan banyak rest. Dia mesti rest.” Doktor fazli menasihatu. Puan siti hanya mengangguk. Aisyah yang tidak tahu dudu cerita sebenar hanya bersanagka baik. Dia menganggap syifa’ pengsan kerana terkejut dengan pemergian ayahnya. Dia tidak mengetahui bahawa syifa’ menghadapi tumor otak.

Setelah beberapa hari pemergian ayahnya, syifa’ kembali kesekolah seperti biasa tetapi keceriaannya tidak seperti dulu. Belakangan ini sakitnya semakin kerap. Mukanya sentiasa pucat. Puas aisyah bertanya samada dia sakit atau tidak tetapi syifa’ menafikan dia sakit.
“syifa! Macam mana persediaan nak menghadapi spm? Tinggal sebulan lagi. Sebulan pun tak sampai sebenarnya. Ada tiga minggu lagi.”aisyah tersenyum seperti kebiasaannya.
“insyaallah, saya dah bersedia. Tinggal masa nak keluarkan je semua ni.” syifa’ cuba menceriakan suasana walapun dia tahu dia tak seceria mana.
“syifa’ ingat kita belajar ni bukan untuk periksa tau! Kita belajar ni kerana allah.”
“ya ustazah! Saya akan ingat pesanan tu.” aisyah tergelak mendengar ulah syifa’.
“syifa’, I want to ask you something. Can i?” aisyah bertanya. Mukanya serius.
“silakan. Selagi saya boleh jawab saya akan jawab.” Syifa’ senyum.
“saya tengok beberapa hari ni muka awak tak sihat. Awak sakit ke?” aisyah bertanya. Syifa’ tergelak.
“hey! Apa gelak-gelak. Orang serius ni.” aisyah mencubit syifa’.
“apa yang buat kamu cakap macam tu? Saya sihat wala’fiat la.. don’t worrylah.” Syifa’ memegang bahu aisyah lalu memeluknya. Dia hampir menangis tetapi ditahannya.
‘sori aisyah. Aku taknak kamu susah susah hati dengan sakit aku ni.aku terpaksa. Satu saat nanti kau akan tahu juga’ syifa’ berkata dalam hati.
“aisyah nak tahu satu benda tak?” syifa’ angkat kening dua kali.
“apa?” aisyah pelik.
“saya rasa sangat-sangat beruntung kenal dengan kamu. Kamulah sahabat saya waktu senang dan waktu susah. Tak terbalas semua jasa kamu ni. semoga allah akan membalasnya.”
Tubir mata syifa’ mula bergenang. Aisyah memeluk  kembali sahabatnya itu.
“takde hall ah. Kamu kan sahabat saya dunia akhirat.”
“aisyah thanks for everything. Sayang kamu.”
“sayang kamu juga”

Pada hari itu kertas terakhir untuk peperiksaan spm. Berakhir kertas itu maka tamatlah persekolahan mereka.selepas habis peperiksaan pelbagai sorakan kedengaran. Semuanya gembira. Spm dah tamat.
Tapi suasana itu tidak diendahkan oleh syifa’ dan aisyah.
“aisyah! Wait!”
“so how? Oke tak jawab tadi?” aisyah bertanya.
“Alhamdulillah. Semua boleh jawab. Saya nak bagi awak something.”
“apa benda?” tiba-tiba syifa’ memeluk aisyah seeratnya. Bagaikan esok tiada lagi untuknya.
“saya nak bagi hati saya kat kamu?”
“hah??”
“jaga elok-elok tau hati saya ni..”
“ish! Apa kamu merepek ni syifa’. Mana boleh bagi hati kat saya. Nanti pakwe saya nak letak hati dia kat mana?”
“sejak bila pulak kamu ada pakwe ni? setahu saya aisyah ni berpegang pada prinsipnya..”
“takkan bercinta sebelum kahwin” serentak mereka mengucapkan prinsip itu. Kedua-dua sahabat itu tergelak.
“betul tu.saya gurau je. Jangan ambil serius tau apa yang saya cakap tadi.”
Tangan aisyah dipegang. Syifa’ meletakkan sepucuk surat dalam genggamannya.
“baca ni bila kamu sampai kat rumah” syifa’ senyum. Aisyah pelik. Syifa’ tidak pernah bagi dia surat melainkan kad-kad hari raya.
“Aisyah… I want you know… I very very love you with all my heart.” Selepas mengatakan ucapan itu syifa’ memeluk aisyah lagi. Kali ini sangat erat.bagai tidak ingin melepaskannya. Aisyah mula berasa tidak enak. Dia merasakan seperti syifa’ mahu pergi buat selamanya tetapi ditolak perasaan tu.
“aisyah saya akan sentiasa merindui kamu. Kamu mesti janji dengan saya walau apapun berlaku kamu kena belajar rajin-rajin.cari ilmu banyak-banyak. Then tolong tengo-tengokan mak saya bila saya dah pergi nanti.” Syifa’ sebak. Dia tidak melepaskan pelukannya seperti tadi. Aisyah dapat rasa tudungnya basah.
“syifa’ saya akan sentiasa tengok mak kamu. Jangan risau. Tapi kamu nak pergi mana?” terasa kelakar soalan aisyah itu. Syifa’ hanya tersenyum.tidak menjawab.
“ish! Orang Tanya dia senyum pulak.” Marah aisyah.
“lepas ni urusan saya sangat banyak. Kenang saya dalam doamu.”
“ish.kamu ni kenapa.? Cakap yang bukan-bukan. Saya always pray for you ok!!.”
Syifa’ lega mendengar kata-katA AISYAH.
“EH, JOMLAH BALIK!”SYIFA’ LANTAS MENARIK TANGAN AISYAH TANPA MENJAWAB SOALANNYA.
SAMPAI DI RUMAH,SYIFA’ MENGATAKAN KEPADA IBUNYA KEPALANYA SANGAT SAKIT.DIA BERKATA SUDAH SAMPAI MASANYA TETAPI PUAN SITI TIDAK MENGERTI APA YANG DIPERKATAKAN OLEHNYA.TIBA-TIBA SYIFA’ TIDAK SEDARKAN DIRI. IBUNYA MULA MEMAHAMI APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH SYIFA’. DIA SEGERA MENGHANTAR KE HOSPITAL. TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN DOKTOR FAZLI KELUAR DARIPADA ICU.WAJAHNYA SUGUL.. PUAN SITI DAPAT MEMAHAMI APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH DOKTOR FAZLI TETAP BERTANYA.
“MACAM MANA ANAK SAYA DOKTOR?”
“SAYA HARAP PUAN DAPAT BERSABAR.ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN. DIA TELAH PERGI MENGHADAP YANG ESA. SABAR PUAN.”DOKTOR FAZLI SEGERA BERLALU.P
PUAN SITI SEGERA MENELEFON AISYAH. AISYAH AMAT TERKEJUT DENGAN BERITA YANG DIDENGARINYA ITU. BARU SEBENTAR TADI SYIFA’ BERGELAK KETAWA DENGAN DIA. DIA TIDAK SANGKA SEMUA KATA-KATA SYIFA’ ITU ADA KEBENARANNYA.
“UMI, SYIFA’ DAH TAKDE. DIA DAH PERGI MANGHADAP ILLAHI.” AISYAH TERDUDUK. SEMANGATNYA SEAKAN TERBANG MENDENGAR BERITA ITU. DIA SEGERA MENGAJAK IBU BAPANYA PERGI KE HOSPITAL.
IBU AISYAH MENENANGKAN PUAN SITI. DIA TIDAK SANGKA. BARU BEBERAPA BULAN PEMERGIAN RASYID KINI ANAK SULUNG PUAN SITI TELAH PERGI BUAT SELAMANYA. JENAZAH SYIFA’ TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN. RAMAI RAKAN-RAKAN YANG HADIR TIDAK TERKECUALI DENGAN SYIFA’. KINI DIA TELAH INSAF.
MALAM ITU AISYAH MEMBACA SURAT YANG DIBERIKAN SYIFA’ PAGI TADI.
ASSALAMUALAIKUM AISYAH……
DISAAT KAMU MEMBACA SURAT INI SAYA SUDAH TIDAK BERADA DI DUNIA INI LAGI. SAYA MOHON MAAF SANGAT-SANGAT SEBAB TAK BAGITAHU PASAL TUMOR OTAK SAYA INI. SAYA TAK MAHU KAMU RISAU PASAL SAYA. SAYA TAKNAK KAMU SEDIH. KAMU PERLU TERUSKAN HIDUP KAMU. BANGGAKAN KEDUA IBU BAPA KAMU. JANGAN RISAU. SAYA TAHU KAMU AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK DALAM SPM. YAKIN TU!! SELEPAS NI CARILAH SAHABAT YANG AKAN SENTIASA BERSAMA DENGAN KAMU TIDAK KIRA APA JUA KEADAAN. SELEPAS NI TOLONG TENGOK-TENGOKKAN MAK DAN ADIK BERADIK SAYA BOLEH? HMM… SELEPAS MENDENGAR PERJANJIAN KAMU SAYA RASA SAYA DAPAT PERGI DENGAN AMAN. AISYAH SAYA SYUKUR SANGAT-SANGAT DAPAT KENAL DENGAN AWAK,.SAYA NAK UCAP TERIMA KASIH SEBAB AWAK SELALU TOLONG SAYA,TENANGKAN SAYA, BAGI SAYA SEMANGAT,TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT ATAS SEMUA ITU. SAYA TAK TAHU MACAM MANA NAK BALAS JASA AWAK. HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA.
SAYA NAK JUGA AWAK TAHU SAYA SAYANG AWAK BUKAN SEBAB AWAK BAIK ATAU AWAK PANDAI.SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH. ANDAI DIGADAI SELURUH DUNIA INI TETAP TIDAK DAPAT MENANDINGI SAYANG SAYA. SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT..
JANGAN NANGIS.  BURUK MUKA TU..
LAST WORD.. SAMPAIKAN SALAM SAYA KEPADA NIK. TOLONG UCAP KAT DIA ‘GEMBIRA DAPAT KENAL DIA.’ CAKAP DENGAN SYAFIQ SAYA DAH MAAFKAN DIA.. SAYA MAAFKAN SEMUA KESALAHAN KAWAN-KAWAN SAYA.
DOAKAN SAYA DISINI..
YANG BENAR,
SYIFA’ NUR ASYIKIN BT RASYID.

MENITIS AIR MATA AISYAH. BAIK SUNGGUH SYIFA’. SANGGUP MEMAAFKAN KESALAHAN SYAFIQ WALAU PUN DIA BANYAK MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BAIK TERHADAP DIRINYA.
TIGA BULAN KEMUDIAN, KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN. AISYAH SEDIH. SYIFA’ TIDAK DAPAT BERSAMA-SAMANYA MERAIKAN KEGEMBIRAAN. AISYAH DAN SYIFA’ MERUPAKAN PELAJAR TERBAIK DALAM SEKOLAH ITU. DIA SANGAT RINDUKAN SYIFA’. DIA BERAZAM UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH. LAGU SAHABAT DARIPADA KUMPULAN HIJJAZ BERMAIN DI DALAM FIKIRANNYA.
‘SYIFA’! SAYA AKAN TUNAIKAN JANJI-JANJI SAYA TU! ITU AZAM SAYA!’




 tamat.....

Khamis, 16 Februari 2012

ujian hidup...


assalamualaikum.....
post kali n ink ckp pasal ujian... setiap orang ada ujian masing-masing..
terpulanglah pada orang tu same ada mcm mane nak menrima ujian tu.. knape pulak nak cakap pasal ujian ni?? Hmm... nape ek?? Sebab tiba-tiba terdetik untuk cakap pasal ni..
aku pon x terlepas daripada menerima ujian..
actually npe allah nk uji kite eh??
Sebab sudah mnjadi fitrah manusia diciptakan untuk diuji..setiap orang tak kan dapat ujian yg sama.. tiba-tiba tringat seseorang cakap dekat aku.. time tu memang rasanya aku sangat down kot..
“Allah tak akan bebankn seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..” ni daripada kitab yg agung tau.. bkn main2..
Nah apa lagi!! X yah nk down sangat lah kan,,bersangka baiklah dengan allah coz allah uji kita coz allah sayangkan kita..
 faham!!
Kadang-kadang bile aq down sangat aku terfikir ada orang yang lagi berat ujian nya daripada aku.. sekarang ni macam-macam berlaku dah... bayangkan depan mata aku orang couple..
Ya!! I admit that i’m not kind person!! But aku rase sedih bile tengok bende berlaku depan mata.. nk tegur tak berani.. aku ni bukannye berani sangat pon.. minggu lepas aku ada ujian undg2.. Alhamdulillah aku lulus..
Ya memang betol.... sume orang ujian nye lain-lain.. allah dah tentukan segalanya sejak azali lagi..
Teringat mksd surah baqarah:
“boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka itubaik untuk kamu”
Sesungguhnya allah maha adil dan maha mengetahui sebab apa seseorang itu diuji sedemikian sebab allah tak kan biarkan seseorang itu mengatakan dia sudah beriman sedangkan dia tidak diuji..
Sudah jelas, terang lagi nyata....
Ingatlah allah bagi kita ujian coz dia nak selalu dengar rintihan kita.. allah tu kan maha pengasih maha penyayang....
Takziah buat keluarga dj razak (ikim fm).. semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam para soleh dan solehin.. amin~
Post ni sekadar peringatan buat diri sendiri yg sntiasa lupa ..dan untuk orang lain juga... aku hanya berkongsi apa yang aku sedang rasakan ketika ini..huhu
















Assalamualaikum....

Khamis, 9 Februari 2012

sambungan post sahabat oh sahabat


 السلام عليكم......


Ibu bapa Syifa’ segera dihubungi dan diberitahu mengenai Syifa’. Syifa’ segera dihantar ke wad kecemasan Hospital Tunku Ampuan Rahimah. Tidak lama kemudian ibu Syifa’ datang berseorangan ke hospital.
“macam mana dengan anak saya ustazah?”
“Buat masa sekarang ni doctor tak bagitau apa-apa. Dia masih dalam unit kecemasan. Kita tunggu doctor beritahu kondisi Syifa’. Sabarlah Puan Siti. Banyakkan doa agar Syifa’ cepat sembuh.” Ustazah Kamaliah menenangkan hati Puan Siti.
“Ya Allah satu persatu dugaan yang Kau beri keatas keluarga kami. Tabahkanlah hatiku Ya Allah” monolog Puan Siti di dalam hati. Beberapa minit kemudian Doktor Fazli keluar. Puan Siti terus menerpa kearah doktor Fazli.
“ doktor bagaimana keadaan anak saya?”
“Alhamdulillah. Buat masa ni keadaan dia stabil. Boleh saya berjumpa puan persenol dalam bilik saya?”doktor Fazli bertanya. Puan Siti tertanya-tanya sendiri kenapa Doktor Fazli ingin berjumpa dengannya secara personal.
“Sebenarnya saya ingin bertanya mengenai anak puan. Pernah tak dia terhantuk atau terjatuh?” doktor Fazli bertanya. Puan Siti mengingat semula kejadian yang berlaku.Setahunya Syifa’ tidak pernah terhantuk ataupun terjatuh cuma…….
*******************************************************************
Malam itu Rasyid pulang dalam keadaan marah-marah lagi.
Habis bersepah barang-barang di biliknya. Tujuannya Cuma satu, dia inginkan wang daripada isterinya.
“Abang!! Apa yang abang buat ni? Abang nak apa?”
“Duit!! Mana duit?” Rasyid bertanya.
“Tak cukup lagi ke wang yang saya beri semalam?” Puan Siti sudah mula teresak-esak.
“Ah! Aku tak peduli!! Aku tau kau ada simpan duit lagi!”Rasyid menyelongkar almari dan katil. Habis bersepah barang-barang di bilik tersebut.
“Abang, Siti dah tiada wang lagi. Semua wang Siti dah beri semalam. Abang nak buat apa dengan duit banyak-banyak tu?”
“Kau senyap! Aku tau! Mesti kau bagi Syifa’ pegang duit tu kan?” Rasyid segera pergi ke bilik Syifa’. Puan Siti terus meluru kearah suaminya dan merayu agar Syifa’ tidak diganggu.
“Abang! Jangan apa-apakan Syifa’!”
“Ketepilah!” Puan Siti ditolak dengan kasar. Pintu bilik Syifa’ ditolak dengan kuat. Syifa’ terkejut.
“Eh Ayah. Kenapa ni?” Syifa’ memaniskan mukanya.
“Mana kau simpan duit?”
“duit apa? Saya takde simpan duit.”
“Kau jangan nak bohong! Aku tau kau ada simpan duit. Kau jangan nak sorok daripada aku!”Rasyid segera menarik rambut Syifa’.
“Ayah sakit. Mak tolong Syifa’ mak!”
“Bang saya merayu jangan buat Syifa’ macam ni. Dia nak SPM tahun ni. Kami memang tak simpan duit.”
“Ah! Peduli apa aku dengan SPM dia. Sekarang ni aku nak kau bagi duit tu kalau tak aku bunuh budak ni.” Rasyid mengugut puanSiti.
“Ayah sakit!” tidak puas menarik kepala Syifa’ dihantukkan pula ke dinding.
“Abang! Jangan buat syifa’ macam tu. Baiklah saya beri wang tu.” Puan Siti segera membuka laci belajar Syifa’ dan member wang tersebut kepadanya Rasyid. Setelah mendapat wang tersebut Rasyid egera beredar.
*******************************************************************
“Puan Siti…Puan Siti… Jauhnya puan mengelamun.” Suara doktor Fazli menyedarkan Puan Siti ke alam nyata.
“Oh. Minta maaf doktor. Rasanya dia pernah terhantuk sekali.”
“Hmm… Saya berharap puan dapat bersabar dengan apa yang saya mahu katakan ini.” Doktor Fazli terdiam seketika. Dia mencari kata-kata yang sesuai untuk dijelaskan kepada Puan Siti.
“Macam ni. Anak puan disahkan mengadapi tumor otak tahap tiga. Mungkin ini disebabkan oleh kerana dia pernaha terhantuk. So ada darah beku dalam kepala dia. And now, bila dia terhantuk lagi baru boleh Nampak ketumbuhan itu. Saya berharap puan dapat bersabar.”
Puan Siti tergamam dengan apa yang diperkatakan oleh doktor tersebut. Dia tidak menyangka demam Syifa’ selama ini merupakan tanda ketumbuhan tersebut.
“Terima kasih doktor.” Puan Siti seraya keluar daripada bilik tersebut. Dia masuk ke wad anaknya ditempatkan.
“Mak dah tahu ke?”Syifa’ bertanya.
“ Syifa’ dah tahu ke selama ini?” Syifa’ mengangguk.
“Saya minta maaf sebab tak bagitau mak. Saya tak nak mak susah hati. Cukuplah apa yang ayah telah lakukan kepada emak.” Puan siti segera memeluk anak yang dikasihinya. Baginya Syifa’ terlalu banyak menanggung rasa seperti dirinya.


“Syifa’! macam mana keadaan kamu sekarang ni?” Aisyah bertanya.
“Alhamdulillah. Saya rasa sihat sikit. Thanks korang sebab sudi lawat Syifa’.” Syifa’ berkata.
“Hmm.. Ni sebab kitaorang mempunyai belas kasihan nak jenguk kau. Eh Syifa’ gurau je. Kitaorang risau keadaan kau. Tu yang jenguk. Kalau tak memang tak Nampaklah batanh hidung kitaorang ni.” Farah mula dengan gurauan nya.
“oh! Kalau jenguk takkan takde menghulur buah tangan ke cenderahati ke?”Syifa’ membalas balik gurauan Farah.
“Alamak! Mana aku letak buah tadi? Ya Allah! Aku trtinggal kat rumahlah.” Farah mula rasa bersalah.
“It’s okey laa. Aku tak mengharap sangat pun.” Syifa’ cuba memujuk.
“Kak Syifa’ ni ada buah tangan sikit daripada saya. Takpelahsaya wakilkan kak Farah sekali.” Semua tergelak mendengar ulah Nik.
“Untunglah ada yang mewakilkan. Eh kita tak elok kacau pesakit. Jom balik. Lagipun mesti Syifa’ nak berehat.” Aisyah berkata.
“Takpe lah Aisyah.Saya tak kisah pun. Thanks korang sebab sudi melawat. And thanks too kepada pemberi buah ni.” Kemudian mereka berlima beredar daripada situ meninggalkan Syifa’ keseorangan.

Beberapa minggu kemudian Syifa’ kembali kesekolah seperti biasa. Dia perlu struggle belajar kerana minggu itu percubaan SPM. Sakit kepalanya perlu diketepikan. Dia tidak mahu sakitnya itu menjadi penyebab untuk dia berjaya.
“Syifa’ kamu okey tak ni? Muka kamu Nampak pucat.” Aisyah bertanya.
“InsyaaAllah takde pape. Saya okey je. Mungkin ni sebab cuak nak jawab biology. Hehehe..”Syifa’ mencuba untuk senyum walaupun dia tahu senyumannya itu Nampak hambar.
“Betul ke ni?”
“Betul. Tiada apa yang nak dirisaukanlah. Doakan saya dapat jawab dengan tenang. Jom masuk.” Syifa’ menarik tangan Aisyah.
Selepas habis percubaan itu Syifa’ terus kembali kerumah tanpa menegur Aisyah. Aisyah kehairanan dengan perangai Syifa’ beberapa minggu ini.
Syifa’ segera ke hospital untuk berjumpa dengan Doktor Fazli. Dia sangat tidak berdaya pada hari itu. Dia sangat bersyukur kerana percubaan SPM telah tamat.
“Syifa’ awak kena banyak berehat. Jangan lupa untuk datang rawatan pada setiap minggu.” Kata doktor Fazli.
“Terima kasih doktor.” Syifa’ terus pulang kerumah. Ketika sampai di hadapan rumahnya dia amat terkejut melihat ramai orang. Hatinya mula dihinggap perasaaan tidak enak.
‘kenapa ramai-ramai kat rumah aku ni?’ monolog hati Syifa’.
“Assalamualaikum.. Emak!” semua orang memandang simpati kepada Syifa’.
‘kenapa semua orang pandang aku macam ni? ada sesuatu yang berlaku kat mak ke?’ Syifa’ segera berlari ke ruang tamu. Dia ternampak tubuh kaku seseorang. Siapa? Ibunya ke?