CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 5 April 2013

bab 2 (sambungan saat lafaz sakinah)


                Pagi itu Humairah terlewat bangun. Tepat pukul 6.30 baru dia terjaga. Tergopoh-gapah dia ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Dia bergegas ke dapur dan makan beberapa ketul karipap. Dia perlu mengambil sarapan pagi kerana mempunyai gastric.
 “Ma!!! Awat tak kejut Mai tadi? Mai dah lambat pergi sekolah ni. nanti kena denda pulak dengan pengawas.” Kata Humairah.
“ Mama dah ketuk pintu kamu. Ingatkan kamu terus bangun. Rupanya tidur lagi. Dah jangan nak membebel lagi. Ikut siapalah Mai ni suke membebel.” Gerutu Puan Hanisah. Lantas dia mencapai kunci kereta dan memanaskan enjin.
Wardah Humairah bersyukur kerana dia sempat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Tiadalah dia perlu menghadap muka pengawas dan dikenakan denda.
“ Mai pergi dulu mama.” Ucap Mai sambil menyalami tangan mamanya.
“Hmm.. Belajar elok-elok. Jangan nak dok berangan je. Kirim salam mama dengan Alisya.” Humairah tersenyum sumbing. Puan Hanisah terus memandu pulang ke rumahnya. Kemudian  Wardah humairah berlari-lari anak ke kelas. Sampai sahaja dikelas, dia terus mendapatkan Alisya.
“Lisya mama aku kirim salam. Dia kata jangan banyak berangan ingat buah hati.” Kata Humairah sambil mengenyitkan mata.
“Banyaklah kau.  Mama kau tu pesan dekat kau kan sebenarnya. Tapi memandai je nak kenakan aku pulak. Setahu aku yang kuat berangan ni Wardah Humairah Binti Fauzi. Bukan aku.” Alisya memulangkan paku buah kerass kepada Humairah.
“Mana pulak aku kuat berangan. Aku Cuma merenung masa hadapan. Hehehe.” Balas HUmairah sambil tersenyum.
“Tengok tu sempat lagi berangan. Hoi.!! Cikgu dah datang tu.” Tambah Alisya.

                   Keriuhan pada waktu balik sekolah ini amat membingitkan. Akan tetapi ia tidak menjadi masalah kerana semua pelajar gembira apabila tamatnya pembelajaran. Peluang ini juga tidak dilepaskan bagi Humairah. Ketika sedang menunggu mamanya pulang daripada kerja untuk mengambilnya, hairi datang menghampiri.  Tujuannya Cuma satu. Dia ingin mendapatkan jawapan daripada Humairah.
“Humairah!!” seru Hairi.
“Opocot mak kau!! Ya Allah terperanjat saya.kot ya pun bagilah salam dulu.” Marah Humairah.
“Maaf. Saya ingat awak sedar kehadiran saya. Jauh awak termenung.” Tegur hairi. Humairah hanya membisu.
Sepi terjadi beberapa ketika. Hairi mencari ayat untuk bertanaya kepada Humairah.
“ Awak… Apa jawapan dia?” Tanya Hairi.
‘Setahu aku dia tak pernah tanya apa-apa pun dengan aku.’ Bisik hati kecil Humairah.
“Jawapan apa?” Humairah kebingungan.
“Hmm..jawapan untuk surat semalam.” Jawab Hairi.
“Oh.. Maafkan saya Hairi. Saya bukan nak kata apa. Tapi cukuplah sekadar kita berkawan dan tak lebih daripada itu. Saya hormati awak sebagai seorang ketua pengawas. Seharusnya awak menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain. Lagipun tahun ini kita berdua nak hadapi peperiksaan besar. Saya tidak mahu ada apa-apa yang menganggu fokus saya dalam pelajaran. Saya harap awak mengerti. Assalamualaikum. Saya pulang dahulu.” Ucap Humairah dan segera berlalu mendapatkan mamanya yang sedang menunggu di luar pagar. Meninggalkan Hairi yang tergamam mendengarkan ungkapan yang cukup menyentap jiwa dan raganya.

                Humairah mengeluh sedalam-dalamnya. Dia amat tidak menyukai perkara yang menyebabkan dia tidak fokus dalam pelajarannya. Sedari dahulu dia terkenal dengan kebijaksanaan dan kecantikannya sehingga terjadi sesuatu yang tidak diingini olehnya di akhir tahun di sekolah rendahnya. Mengenangkan hal itu menyebabkan dia berdiam diri dan banyak termenung sendirian.

‘Petang itu Humairah datang awal ke sekolah. Sebagai pengawas, dia perlu melakukan tugas yang diamanahkan. Kedududukan kelas Humairah yang sedikit jauh daripada tempat letak basikal menyebabkan dia perlu berjalan kaki ke kelasnya.  Daripada jauh kehadiran Humairah telah diperhatikan oleh Zihan yang telah sekian lama menyukainya. Zihan merupakan pelajar sekolah menengah yang amat dibenci oleh pelajar perempuan yang lain kerana dia suka mempermainkan perasaan perempuan. Zihan mula menghampiri Humairah. Kedatangan Zihan telah mematikan langkah Humairah.
“Hai Humairah. Awal awak datang ke kelas hari ini. Seorang saje?” Tanya Zihan. Humairah meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan pertanyaan Zihan. Dia tidak mahu ambil peduli dengan lelaki playboy itu.
“Amboi..  Sombongnya.. Mari saya temankan awak sampai ke kelas.” Sambung  Zihan. Dia cuba mengambil perhatian Humairah. Humairah hanya melirik kepada Zihan dan mempercepatkan langkahnya.
                Tiba-tiba Zihan memegang lengannya. Humairah meronta untuk melepaskannya tetapi tidak boleh. Zihan membawanya ke tempat yang orang lain tidak boleh nampak.
“eh?!!! Lepaskan tangan saya.” Marah Humairah.
“Awak ni cantik sangatlah Humairah.” Ucap Zihan. Dia cuba untuk menyentuh wajah Humairah tetapi ditepis. Humairah amat takut ketika itu. Dia menolak Zihan sekuat hati dan terus berlari. Akan tetapi Zihan sempat menangkap pergelangan Humairah dan menyebabkan Humairah terjatuh sama ke tanah.
“Awak jangan berani nak dekat dengan saya. Kalau tak saya jerit!” tutur Humairah dengan nada geram. Zihan hanya gelak.
“Awak jerit kuat mana pun tak ada orang yang dengar. Awak sedar tak kawasan kelas awak ni jauh daripada pejabat dan kelas yang lain?” ketawa Zihan semakin galak.
“Tolong!! Awak jangan dekat dengan saya. Kalau tak tahulah saya nak buat apa.” Humairah member amaran kepada Zihan.
“Apa awak nak buat dengan saya? Setakat awak ni, saya boleh handle seorang.” Kata Zihan sambil ketawa.
                Humairah hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan dia daripada Zihan. Tiba-tiba Humairah terpegang sesuatu yang keras. Yes!! Batu! Dia mempunyai benda yang bakal menyelamatkan dirinya andai sesuatu berlaku. Zihan semakin menghampiri. Dia mencuba untuk memegang tangan Humairah sekali lagi.  Humairah mengambil batu tersebut dan melontarkan kepada Zihan. Humairah melontarkan batu sebanyak yang mungkin untuk menyelamatkan dirinya. Keadaan ketika itu seperti hujan batu yang sedang melanda di sekolah itu.
“Aduh!! Humairah!! Apa awak buat ni?” Zihan mengaduh kesakitan.Zihan cuba mempertahankan dirinya daripada terkena batu.  Kesempatan ini tidak dilepaskan oleh Humairah untuk melepaskan diri dan menyorok daripada penglihatan Zihan. Humairah sempat mengintai dari celahan kelasnya untuk melihat Zihan. Dia cuba mengawal pernafasannya daripada didengari oleh Zihan. Dia terkejut apabila melihat cecair merah mengalir di kepala Zihan. Dia berasa kasihan tetapi dia mencegah dirinya untuk kasihan dengan lelaki itu.
“Berani awak buat saya macam ni Humairah.  Tahulah apa saya akan buat. Saya akan adukan perkara ini kepada guru besar atas sebab awak menyerang saya kerana saya mengur awak. Awak tahulah nanti.” Sejurus berkata sedemikian Zihan terus berlalu daripada situ.
 Humairah hanya mampu menangis di situ. Dia menyesal kerana mengikut kata hati yang tiba-tiba mahu datang awal ke sekolah hari itu. Dia tahu dia akan dikenakan tindakan. Akan tetapi dia bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa keadaan. Biarlah apapun yang terjadi dia akan hadapi dengan tabah. Berikutan hal itu, HUmairah telah dilucutkan jawatan dan beberapa hari kemudian berpindah ke sekolah lain. Semenjak itu dia tidak mahu berjumpa lagi dengan insane yang keji bernama Zihan itu lagi.

“Wardah Humairah binti Fauzi!!! Ya Allah… sempat lagi berangan dalam kereta tu. Eh ni kenapa anak mama menangis ni?” Puan Hanisah kerisauan.
“ Tak ada apa-apa mama.. Mai okay je.” Balas Humairah.
“Ni berapa lama nak duduk dalam kereta?” tanya Puan Hanisah untuk mengembalikan anaknya kea lam nyata.
“eh?? Dah berapa lama mama sampai rumah ni? baik ma!! Mai nak turun ni!” kata Humairah sambil memeluk erat mamanya.