CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 6 Januari 2012

sahabat oh sahabat

    Kelas 5 Jauhari gamat dengan gelak tawa pelajarnya. Semua pelajar sibuk dengan hal masing2. ada yang sibuk menelaah pelajaran dan ada yang sibuk berbual. Ketiadaan guru untuk waktu pertama dan kedua membuatkan kelas ini gamat dengan gelak ketawa mereka. Tapi tidak bagi Aisyah Humaira seorang pelajar cemerlang. Maklumlah pada tahun ini mereka akan mengambil Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM). Tidak lama kemudian Syifa' masuk dengan terburu-buru dan terus menghampiri Aisyah.
 
"Aisyah tolong aku!! keadaan Syifa' yg ketakutan itu menyebabkan Aisyah hilang fokus untuk study.
"Kenapa ni? Apa yang aku boleh tolong? Cuba cerita dengan aku."
"Macam mana aku nak jelaskan dengan kamu. aku takut sangat. aku takut cikgu marah."  Hujan air mata mula menuruni pipi mulus Syifa'. Keadaan ini membuatkan Aisyah bertambah hairan. Syifa tidak selalunya begini. Syifa' seorang yg happy go lucky orangnya. Dia menjangka pasti ada sesuatu yang menyebabkan Syifa' jadi begitu.
"Kamu okey tak ni? ish.. Jangan buat aku risau macam ni. cuba cerita dengan aku. Mana tau aku boleh tolong. Kalau kamu terus menangis macam ni tak akan selesaikan masalah pon." Dengan tenang Aisyah memujuk Syifa'.
Belum sempat Syifa' sempat nak menceritakan keadaan sebenar, tiba-tiba Hazwan ketua kelas 5 Jauhari mencari Syifa' Nur Asyikin. Katanya Ustaz Anuar ingin berjumpa dengan Syifa' di bilik disiplin sekarang juga.
 
"Aisyah kamu kena temankan aku pergi ke bilik disiplin. Aku tak kuat nak pergi sendirian." lantas dia menarik tangan Aisyah untuk menurutinya.

      Terasa suasana ketegangan di dalam bilik disiplin. Udara yang dirasakan pada ketika itu membuatkan Aisyah dan Syifa' gundah dengan tindakan Ustaz Anuar. Beberapa minit kemudian Ustaz Anuar memulakan bicara.

 "Syifa' nur asyikin! Awak tahu apa yang telah lakukan? Mana kami selaku guru-guru nak letak muka? Apa yang kami nak katakan pada Dato' Bahar?"
"Saya tak buat apa-apa pun ustaz. Saya tak bersalah dalam hal ini." Syifa' memegang tangan Aisyah dengan lebih kejap. Dia berharap agar Aisyah dapat memberinya kekuatan.

TO BE CONTINUED....

2 comments:

Nur Afiqah berkata...

asal taknak sambung haih ! orang syok2 baceeeeeee

shidanurul berkata...

sorrylah aq bru nk smgung laa ni..

Catat Ulasan