CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 21 Mei 2014

sambungan bab 5



BAB 5


Syed Adam Hakimi mengajak Maya keluar pada hari itu untuk menemaninya makan tengah hari. Pada mulanya, dia agak keberatan untuk mengajak Maya disebabkan perangai Maya yang kadangkala membuatnya meluat. Maya senang hati menerima pelawaan Adam. Jarang untuk Adam mengajaknya keluar bersama. Peluang ini tidak akan dilepaskan Maya. Kereta Audi meluncur dengan megahnya ke tempat yang dituju.

" You, kita nak makan kat mana ni?” Maya membuat muka comelnya kepada Adam.

“ Nanti you taulah. You tak payah buat muka comel you. I akan bawa you makan kat tempat yang you suka.” Ujar Syed Adam sedangkan dalam hatinya telah mengutuk-ngutuk Maya yang perasan dirinya comel padahal menyebabkan orang bertambah meluat dengannya adalah.

“ Wah! Betul ke you nak bawa I pergi makan kat tempat yang I suka? Terharunya! Ini buat I makin bertambah sayang dekat you. I harap you pun bertambah saaayaang dekat I.” ucap Maya dengan gaya gediknya sambil memeluk tangan Adam yang sedang memandu. Adam mula tidak selesa diperlakukan sebegitu. Dia menyesal mengajak Maya keluar. Sepatutnya dia perlu ajak Haikal menemaninya keluar makan.

“ You… I tengah memandu ni. Jangan buat macam ni. Accident nanti kesian kereta I. you pun tak nak kan you punya muka calar-calar kan?”

“ Oppss…. Sorry Adam I tak nak muka I calar. Nanti dah tak lawa.” Pantas Maya menarik tangannya sambil tersenyum.  Syed Adam membalas senyumannya tapi senyuman itu lebih kepada senyuman kelegaan kerana terlepas dari azab Maya.

“ Maya kita dah sampai. Jom. Makan puas-puas.” Sinis Adam berkata.

“ Eh mestilah. You belanja I kan? Mana boleh tak puas. Tapi I tak boleh makan banyak-banyak. Takut gemuk.” Lagi sekali Maya memeluk lengan Adam.

“ Maya, please. Orang tengok.”

“ Biarlah orang nak tengok. Tak lama lagi kan I bakal jadi wife you.” Ujar Maya dengan bangganya.

‘siapalah nak kahwin dengan minah ni. Mati hidup semula aku tak akan kahwin dengan dia.’ Kutuk Syed Adam dalam hati.

 

   
SEOUL, KOREA

               

“ Hyung, this is your letter from Malaysia.” Ujar Kai. Dia berlari-lari anak memberi surat tersebut kepada Eric. Kemudian dia tergesa-gesa menyarung kasutnya.

“ Where? Gomawo Kai. Where you want to go?” Eric berterima kasih kepada Kai.

“ I want to meet my friend. They ask me to meet at our music studio. Why? Do you want to follow too? Ah! Hyung! I forget to tell omma. Can you text or tell omma I will back a bit late because many work to do. Can? Bye!” Belum sempat Eric berkata apa-apa Kai melangkah pergi sambil melambaikan tangannya.

Begitulah rutin kehidupan keluarga mereka. Ibu dan bapa Eric bekerja. Adiknya pula mengambil kelas muzik dan balik pada lewat malam. Manakala abangnya pula bekerja di Malaysia. Maka hanya tinggal dia keseorangan di rumah pada waktu begini. Ibu bapa Eric adalah orang Malaysia tapi mereka telah berpindah ke korea tiga tahun yang lalu disebabkan kerja ayahnya. Akan tetapi Eric menyambung persekolahannya di Malaysia kerana tidak mahu mensia-siakannya dan cinta pada Malaysia. Eric akan balik ke Korea pada waktu cuti untuk berjumpa dengan familynya. Family Eric menggunakan bahasa English dalam pertuturan seharian mereka tetapi mereka juga akan berbahasa Hangeul dan Malaysia sekali sekala.

Eric membuka surat yang diterimanya dengan berhati-hati. Dia terkejut melihat surat tawaran sambung belajarnya ke Ireland. Satu lagi surat adalah surat tawaran belajar juga tapi hanya di dalam Negara. Pasti abangnya yang menghantar surat itu ke mari kerana semua alamat surat menyurat adalah alamat rumah abangnya. Pantas Eric menelefon abangnya.

“ Hello hyung.”

“  Hello. Eric surat dah sampai rumah? I guess it should be in your hand right now.”

“ Don’t worry. Sampai dah. Gomawo hyung. By the way how are you?”

“ I’m fine. Make the right decision okay! It’s doesn’t matter if you want to continue to Ireland or Malaysia. Hyung must hang up right now because many work to do. Later I will call you again.”

“Araso hyung. Be careful. Don’t forget to eat.” Kata Eric lantas memutuskan panggilan. Setelah berfikir dengan panjang, akhirnya Eric membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di sana. Dia tidak tahu apa yang menriknya disana tapi hatinya begitu tertarik untuk belajar disitu. Dia nekad. Keputusan itu akan diberitahu kepada kedua ibu bapanya. Dia segera naik ke biliknya dan membuka laman sesawang facebook untuk bertanya kawan-kawan yang lain tentang surat tawaran yang mereka dapat.

 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
 
  Wafie dan En. Fadzil baru pulang daripada kerja. Wafie menutup pintu pagar rumah dan mengambil surat didalam peti. Dia perasan ada beberapa surat untuk Humairah. Dia berfikir-fikir sama ada nak mengusik adiknya itu ataupun tidak.

“ Mama, Mai dah pandai sekarang ni. Dapat surat daripada pakwe dia.” Wafie melaung untuk Humairah dengar apa yng ingin dia perkatakan. Serangan bermula.

“ Apa along? Pakwe? Sejak bila pula Mai pandai berpakwe-pakwe sekarang ni?” Tanya Puan Hanisah. Humairah yang mendengar daripada atas segera turun.

“ Ada apa Along? Mai dengar ada orang sebut-sebut nama Mai.” Humairah membuat muka toyanya. Pertanyaan daripada puan Hanisah tidak dihiraukan. Dia tahu pasti along berpakat dengan mama untuk kenakan dia. Lantas dia merampas surat daripada Wafie dan membukanya dengan rakus.

“ Tengok ma. Bukan main laju lagi dia rampas surat daripada along bila cakap pakwe dia yang bagi.” Protes wafie.

“ Yeay! Mama! Mai dapat masuk UKM. Mai dapat coarse yang Mai nak.” Jerit Humairah. Dia melompat kesukaan dan berlari memeluk Puan hanisah dan En. Fadzil.

“ Along tak nak peluk jugak ke?” Tanya Wafie.

“ Tak nak. Sebab along jahat dengan Mai.” Balas Humairah. Kemudian menjelirkan lidahnya.

“ Ish.. tak matured langsung Mai ni. Umur je dah 18 tahun tapi perangai macam budak-budak. Belum lagi termasuk yang tadi menjerit dengan terlompat-lompatnya. Tak boleh bawa pergi majlis ni. Buat malu along je.”

“ Mama!! Tengok along ni” Humairah memuncungkan mulutnya.

“ Along.. sudah-sudahlah mengusik adik kamu tu. Pening kepala mama tengok kamu berdua ni. Mama ada dua orang anak tapi gaya macam ada sepuluh orang anak.” Humairah tersenyum puas. Puan Hanisah menarik En. Fadzil untuk minum petang dan meninggalkan Humairah dan Wafie.

“Wueekk!! Mama sokong Mai.” Humairah menjelir lidah. Wafie mendekati Humairah dan terus mencubit kedua-due belah pipi Humairah. Humairah menjerit kegeraman dan mengejar Wafie. Kemudian mereka menyertai ibu bapa mereka minum petang.

 
                                                                                                                                                                   
 

 
Suasana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pagi itu agak hingar binger. Semua pelajar sibuk dengan pendaftaran masing-masing. Tidak ketinggalan juga bagi Humairah. Dia bernasib baik kerana ada beberapa orang yang dikenali berada di situ walaupun berlainan course. Tidaklah dia berasa keseorangan disitu. Setelah selesai mendaftar, Humairah berjalan kearah  mereka yang menunggu. Terdapat Alisya, Izzul dan Hairi sedia menunggu.

“ Wah! Tak sangka aku kita sama lagi lah Lisya.” Humairah memeluk Alisya kegembiraan.

“ Aku pun happy dapat bersama-sama dengan kawan aku tercinta ni.” Kata alisya.

“ Tapi aku hairanlah Lisya. Dimana ada kau disitu terletaknya Izzul. Macam ada pape je?” Hairi pula menyampuk. Alisya dan Izzul mula menarik muka kelat.

“ Kitaorang tak ada pape eh Hairi. Kau jangan nak buat spekulasi yang tak berkenaan. Tambahan pulak kau nak ambil kos Quraan Sunnah ni, perlukan jiwa yang suci dan bersih tau.” Balas Izzul.

“ Haha.. Whateverlah Izzul. I don’t mind about anyone business. Dah hentikan perbualan ni. Korang pun kena cari bilik korang kan? Kejap lagi orentasi akan bermula. Lambat nanti kena denda. Aku tak nak bertanggungjawab.” Lembut Hairi mengingatkan dan menutup segala persoalan yang bermain di minda Alisya dan Humairah.

“ Itu dia! Apabila ex-ketua pelajar berkata-kata.” Balas Izzul. Yang lain tergelak. Mereka bergerak ke bilik masing-masing. Orientasi bermula!

Setelah seminggu berpenat lelah dan terkejar-kejar masa sewaktu orientasi, Akhirnya barulah mereka dapat merehatkan diri. Humairah dapat satu bilik dengan pelajar daripada Johor. Setelah berkenalan dan berborak untuk seketika, Humairah mula membuat persiapan untuk pembelajaran pada esok hari.

Eric kelam kabut bersiap. Kelasnya akan bermula lagi lima minit. Dia tidak mahu menjadi pelajar yang lambat. Segala benda yang menghalangnya dilanggar. Bilik itu sudah seperti dilanggar garuda. Setelah bersiap sekadarnya, Eric berlari-lari anak untuk pergi ke dewan kuliahnya yang terletak lima kilometer daripada hostelnya. Ttiba-tiba dia terlanggar seseorang. Habis berterabur barang-barang budak tu.

“ I’m sorry. Really sorry.” Kata Eric sambil mengutip buku tersebut. Humairah hanya merenung Eric.

‘Macam pernah jumpa orang ni. Tapi kat mana ek?’ soal Humairah dalam hati.

“ Eh awak! Jumpa lagi kita disini. Maaflah terlanggar. Ini buku awak. Saya dah terlambat ni. Nice to meet you.” Ucap Eric dan terus mempercepatkan langkahnya ke falkulti perubatan.

Humairah tergamam. Patutlah seperti pernah jumpa. Mereka penah bertemu di Langkawi dulu. Dan seperti dulu juga, pertemuan hari ini disebabkan oleh lelaki tersebut berlanggar dengan nya. Malang betul nasib. Tiap kali jumpa mesti terlanggar. Humairah tersedar daripada kenangan lalu. Dia dah terlambat untuk ke kuliah. Ni gara-gara lelaki tu. Humairah mempercepatkan langkahnya untuk ke dewan kuliahnya. Sampai di dewan kuliah, semua tempat di bahagian hadapan telah penuh. Hanya terdapat satu tempat kosong di bahagian tengah bersebelahan seorang lelaki. Dia terus menuju ke tempat tersebut dan terus duduk memandangkan pensyarah telah tiba.

Prof. Zaki menerangkan subjek yang akan mereka belajar pada sem itu. Beliau mengarahkan agar para pelajar untuk membuat group seramai lima orang untuk membuat presentation. Beliau juga menegaskan agar pelajar tidak datang lambat ke kuliahnya. Humairah berkenalan dengan seorang pelajar Kedah yang bernama Syikin dan bersetuju untuk masuk kedalam groupnya. Group mereka memerlukan dua orang lagi untuk memenuhkan kuota. Kebetulan dua orang lelaki menghampiri dan ingin masuk ke dalam group tersebut. Setelah selesai, Syikin mengajak Qila dan Humairah ke café sebelum kelas seterusnya bermula.

Eric mendapat panggilan daripada abangnya. Kebetulan pada waktu itu dia sedang rehat, jadi bolehlah dia menjawab panggilan tersebut.

“Hello Eric. How are you?” ucap abang Eric.

“ Hyung! I’m fine. Nice to hear your voice.” Balas Eric sambil tergelak.

“Wah. Happy nampak. Puas hati dengan your decision?”

“Yup. Sangat puas. Lagipun kat sini ada hyung if anything happen.”

“Wah. You are so lucky right? By the way, how is your study?”

“Hyung! Class just begin but so far so good. Don’t worry too much ya. This weekend I’m going to your house. Don’t forget to prepare my favorite food.” Ujar Eric sambil tergelak.

“Alright. Okay. Hyung must end the call. See you this weekend. Annyeong.”

 
                                                                                                                                                                 
 
 
Syed Adam Hakimi tertekan dengan desakan daripada ibunya untuk mengahwinkan Adam dengan Maya. Bagi Adam dia terlalu muda untuk berkahwin pada umur 29 tahun. Tambahan pula, perempuan yang ingin dikahwini adalah Maya. Oleh itu, dia sekeras-kerasnya menentang permintaan ibunya. Adam meminta bantuan daripada ayahnya utuk menghalang ibunya daripada mengahwinkannya dengan Maya.

“Mummy please. Jangan paksa Adam. Lagipun umur Adam ni muda lagi. Standard lah orang lelaki umur macam ni tak kahwin lagi. Kan papa?” Adam bersuara.

“Betul tu yang. Biarkan dia enjoy dengan life dia dulu. Sampai masanya nantidia kahwinlah.” Bela ayah Adam.

“Itulah awak. Suka sangat membela anak bujang awak. Entah-entah awak ada pasang lain then komplot dengan anak awak tu jangan baritahu saya.”

“Eh. Ke situ pulak dia. Buat apa pulak saya nak pasang lain. Cukuplah awak seora ng. Biarlah Adam betul-betul majukan syarikat dulu then kembangkan ke pasaran luar Negara. Time tu awak nak suruh dia kahwin pun saya tak halang.” Pujuk Syed Hashim a.k.a ayah Adam. Akhirnya Puan Sharifah bersetuju dengan cadangan ayah Adam. Adam mengenyitkan mata kepada ayahnya sebagai ucapan terima kasih.

“Adam, so far syarikat macam mana sekarang ni? Any problem?” tanya ayah Adam.

“So far we don’t have any problem. Just you know ekonomi kejap naik kejap turun. That’s why tak berapa mencapai target yang syarikat nak. But daddy, don’t worry. Adam akan sedaya upaya naik kan balik target syarikat.” Balas Adam mula serius.

“Good job! Daddy don’t want to hear that our profit going down. And another thing, I want you to try open another company at overseas. I will give you two years to do that.” Cabar Syed Hashim.


“Alraight daddy! I will.” Balas Adam dengan penuh keazaman.



Nantikan sambungan seterusnya daripada saya!!!!!!! hehehehe :D

Jumaat, 31 Januari 2014

TAMBAHAN BAB 4

Setelah puas membeli cenderahati untuk Alisya dan family, meraka berangkat ke balai berlepas untuk pulang. Humairah melihat pemandangan di Langkawi untuk yang kesekian kalinya kemudian masuk ke dalam kapal terbang. Di dalam kapal terbang, Humairah sempat berangan. Seandainya betul dia ada jodoh dengan mamat tu, pasti dia akan jumpa lagi dengan dia. Humairah tersenyum sumbing. Perlakuan Humairah diperhatikan oleh Wafie.
“Woi dik! Berangan lg eh?”
“Along ni! Sehari tak terkejut kan Mai tak boleh ke? Lama-lama, Mai rasa Mai boleh dapat sakit jantung tau!” Wafie selamba menayangkan barisan giginya yang putih.
“Along ingat Mai nak ambil along jadi model iklan gigi ke? Jangan mimpilah.” Humairah menjulingkan matanya ke atas.
“Mama tolong ada alien sebelah along. Dia kacau along.” Bisik Wafie pada Puan Hanisah. Puan Hanisah hanya tersenyum melihat telatah anaknya.
“ Kamu berdua ni bila x jumpa rindu. Bila dah jumpa memanjang je nk bergaduh, macam anjing dengan kucing tau tak.” Bebel Puan Hanisah. Wafie dan Humairah hanaya tersenyum.

Pagi itu humairah merancang untuk keluar berjumpa dengan Alisya. Setelah memohon kebenaran daripada mamanya dia terus ke rumah Alisya. Alisya sudah tercegakberdiri di hadapan rumahnya menunggu kedatangan Humairah. Maklumlah rumah mereka sangat dekat. Alisya menarik tangan Humairah untuk lepak di biliknya.
“Kau nak minum apa? Aku buatkan kejap.”
“Fresh orange satu please.” Selamba Humairah meminta.
“Amboi-amboi. Banyak cantik muka kau. Ni bukan restoren eh. MInum apa yang ada.”
“Tadi tanya aku nak minum apa. Aku jawablah.” Humairah memuncungkan mululutnya. Alisya malas nak melayan kerenah Humairah dan terus ke dapur.
Alisya kembali dengan menatang air anggur dan sedikit kuih kedalam bilik. Umairah berterusan membuat muka dengan Alisya.
“Alolo.. Merajuk ke kawan aku ni?” pantas Alisya mendekatkan diri dan mula menggeletek pinggang Humairah. Humairah menjerit kegelian.
“Okey. Okey. Aku tak merajuk dah. Jangan geletek lagi. Aku geli.” Alisya tersenyum kemenangan.
“ So how your trip to Langkawi? Best? Jumpa mamat handsome tak? Souvenier untuk aku mana?”
“Miss Alisya… Can you ask me one by one please? Dah macam polis pencen soal aku banyak-banyak.  First sekali ni untuk kau dan yang ni untuk family kau.” Humairah menghulurkan bungkusan plastic kepada Alisya dan satu lagi khas untuk dirinya.
“Thanks Mai. Terharu aku bila kawan aku ni ingat aku kat sana.” Alisya memeluk Humairah.
“Dah. Jangan nak buat cerita sedih eh. Aku memang ingat kau pun. So far aku taka da sebab tak ingat kau pun. By the way trip pergi Langkawi ni best jugak. Tapi paling best adaperistiwa berlaku kat sana.”
“Ha? Kau cari gaduh dengan orang kat sana ke? Ke ada mamat hensem?”
“Kau rasa?”
“Mai!!! Baik kau bagitau sekarang sebelum aku geletek kau lagi” Alisya memberi amaran.
“Kau ni Alisya. Aku taulah aku lemah sikit bab-bab orang geletek. Saja nak gertak aku. Macam ni.. aku accident dengan mamat hensem. Tapi bukan accident kereta.”
“Dah tu?” Humairah pun menceritakan perkara yang berlaku di langkawi.
“ Macam poyo je mamat tu. Siap speaking bagai. Sebaik muka handsome. Dah tu kau tak tanya dia duduk mana ke?”
“ Tak. Malaslah aku. Tapi setahu aku dia kata dia pun bercuti kat situ je. Bukan orang situlah
maknanya.”
“Untunglah. Aku ni mamat handsome pun tak terjumpa lagi.”
“Eh. Kau dah ada Izzul. Okey apa. Handsome pulak tu.”Alisya mula mencubit lengan HUmairah dengan tangan ketamnya.

“okey!Aku tak sebut nama dia lagi. Sorry.” Humairah membuat muka simpati.

TO BE CONTINUED..............................BAB 5 <3

Rabu, 9 Oktober 2013

BAB 4

sambungan.....


Alisya merasa pelik. Ini bukan jalan biasa yang dilalui mereka untuk pulang tetapi dia cuba berlagak tenang walaupun mindanya tertanya-tanya. Setelah beberapa minit, dia memandang Humairah untuk mendapatkan kepastian.  Humairah menoleh dan tersenyum pada Alisya. Alisya membalas senyuman tersebut.
“Mai.. Sebenarnya kita nak kemana ni? Tanya Alisya. Humairah dan Wafie hanya tersenyum.
“Nak jalan-jalan laa. Along aku dah volunteer nak jadi driver hari ni. Hehehe.” Balas Humairah.
“Lisya jangan takut. Kitaorang tak akan bawa awak lari la.” Tambah Wafie pula. Alisya hanya tersenyum sumbing mendengar jawapan itu.
Mereka tiba di restoran kfc. Akan tetapi restoran itu lengang daripada pengunjung. Kehairanan Alisya semakin bertambah-tambah. Setelah keluar daripada kereta, dia terpandang kereta kepunyaan bapanya berhampiran kereta abang Humairah.
‘Eh, tak silap aku itu kereta ayah.’ Detik Alisya. Dia cuba membaca plat kereta tersebut.
‘Sah! Memang kereta ayah. Tapi.. Apa ayah buat kat sini pulak? Ada apa sebenarnya ni?’ sedang Alisya sibuk memikirkan segala kemungkinan mengapa mereka dan ayahnya di sini, tiba-tiba Humairah menarik tangan Alisya untuk masuk ke restoran tersebut.
“Suprisses!!!!” jerit Humairah. Alisya terkejut. Semua familynya ada di situ. Ada kek di tangan ibunya. Dia bertambah pelik.
“Ibu… birthday siapa pulak ni? Kenapa ibu, ayah dengan adik-adik ada kat sini?” bertubi-tubi soalan Alisya.
“Ibu dah agak. Mesti anak ibu ni lupa birthday dia hari ni. Kebetulan pulak jatuh pada hari result kamu keluar. Ini semua idea Mai yang beriya-iya nak wat majlis birthday kamu kat sini. Lagipun ibu dah tahu kamu pun dapat keputusan cemerlang kan?!”  kata Puan Sya. Tubir mata Alisya mula digenangi dengan air. Menungu saatnya untuk tumpah. Sungguh!! Dia terharu dengan Mai! Terharu sangat sampai hari penting dalam hidup dia pun Mai tak lupa.
“Thanks Mai. Kaulah kawan aku dunia akhirat.” Alisya memeluk Humairah seeratnya. Semua yang ada disitu terdiam menahan sebak.
“Dah. Dah.. Janganlah sedih pulak. Tak manis pulak aku tengok kau menangis ni. Tak sweet la aku tengok.” Humairah mengelap air mata Alisya. Alisya tersipu malu apabila semua mata memandangnya. Ibu bapanya hanya tersenyum gembira apabila melihat Alisya gembira. Tidak lama kemudian nyanyian lagu selamat hari jadi bergema. Lilin pun ditiup.


Bersempena dengan kejayaan Humairah dalam SPM, En. Fadzil dan Puan Hanisah merancang untuk membawa mereka sekeluarga melancong ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.  Pada mulanya mereka merancang untuk membuat kejutan kepada Humairah, akan tetapi perkara tersebut telah  terbongkar. Betapa gembiranya hati Humairah apbila mengetahui perihal tersebut.
“Along, along bawa berapa helai baju ni? Baju apa je nak bawa?” Tanya Humairah.
“Hmm.. inilah namanya perempuan. Asal nak pergi bercuti Tanya orang nak bawa baju apa. Manalah along tahu Mai nak bawak baju apa. Nanti along suruh bawak baju sikit kata tak cukuplah apalah.” Bebel Wafie.
“Yelaa..Yelaa.  Taulah Mai nak kemas apa. Along pi lah dok jauh-jauh. Kacau Mai nak kemas je.” Balas Humairah dengan nada geram.
“Tak maulah.  Abng nak duduk sini tengok adik along. You look so pretty when mad.”  Wafie tersenyum sumbing melihat Humairah yang sedang merenungnya.
“Along!!!!” Wafie terus melarikan diri ke biliknya daripada menjadi mangsa cubitan ketam adiknya itu. Dia faham benar perangai adiknya yang pantang dipuji itu. Pasti akan marah.
Setelah semua keperluan dikemaskan mereka menaiki flight ke Pulau Langkawi. Humairah menyanyi kecil menandakan hatinya gembira dan teruja untuk sampai ke sana. Wafie pula berbincang dengan ayah dan ibunya tentang rancangan yang dilakukan setelah tiba di langkawi nanti.
“Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga di pulau Mahsuri ni.” Ucap puan Hanisah.
“Apa-apa pun kte check in dulu. Jom mama, papa” kata Wafie sambil mengangkat beg Humairah.
“Dik apa yang kau bawa ni. Berat sangat. Along tak larat nak bawa.” Wafie memulakan modal untuk mengenakan Humairah.
“Along jangan nak banyak songeh pulak ya. Along sendiri yang tawarkan diri nak bawa beg Mai kan. So just close your mouth!” tegas Humairah.
“Suka hati along lah. Allah dah bagi nikmat bercakap kita kenalah gunakan dengan sebaiknya.”jawab Wafie.
“Masalahnya along gunakan nikmat untuk mencari pasal dengan Mai. Tak ada faedah pun.”
“Apa salahnya along nak usik adik along ni pun. X salah disisi undang-undang kan?!”
“Memanglah tak salah tapi ia salah dari segi hokum Mai.” Humairah menahan geram dengan alongnya.
“Eh? Tak pernah dengar pulak hukum Mai tu. Hukum baru eh?” gelak Wafie.
“Mama!! Tengok along ni. Sehari tak usik Mai taK SAH.!”  Puan Hanisah hanya menggelengkan kepala.
“Humairah, Wafie sedar sikit kamu kat mana ni. Ini tempat awam. Semua orang tengok. Tak malu ke?" Humairah mula memuncungkan mulut manakala wafie hanya tersenyum sumbing menyedari kesilapannya.
Malam itu mereka sekeluarga makan di hotel City Bay.  Makanan yang disediakan disitu sungguh menyelerakan. Tambahan pula waiter-waiter  disitu tidak kurang hebatnya. Humairah meminte diri seketika untuk ke toilet. Dalam perjalanan ke toilet seorang lelaki teleh melanggarnya dan menyebabkan dia terjatuh.
“Opss! Sorry miss. Really sorry. I did’nt see you. Are you okay?” Luah Eric.
“Never mind. I’m okay. But watch out your step oke! “ jawab Humairah sambil membetulkan
‘Ya Allah. Handsomenye mamat ni.’ Gumam Humairah dalam hati. Pertama kalli melihat lelaki kacak selain alongnya. Humairah tergamam.
“Miss.. Miss.. Are sure you’re okay? Miss?” Eric jadi buntu apabila gadis dihadapannya hanya diam seribu bahasa. Eric menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setelah berfikir dia meninggalkan sahaja Humairah dalam keadaan sebegitu.
Puan Hanisah dan En Fadzil gelisah apabila anak gadisnya terlalu lama pergi ke tandas. Selalunya Humairah tidak akan pergi selama ini. En Fadzil menyuruh wafie melihat Humairah andan ada perkara yang berlaku terhadap dirinya.
‘Mai ni menyusahkan aku nak makan betul lah. Mana pulak pergi budak ni?’ gumam Wafie.
 Dari kejauhan Wafie ternampak seorang gadis yang berdiri tanpa bergerak. Dia mengecam gadis itu. ‘Sah! Humairah lah tu. Tapi apa yang dia pandang?’ Wafie berasa pelik. Dia mendekati adiknya perlahan-lahan.
                “Wardah Humairah!!” sergah Wafie
“Opocot mak kau meletop! Along!! Terkejut Mai!” Wafie sudah tergelak-gelak melihat adiknya melatah.
 “itulah. Jauh sangat berangan sampai along datang pun tak perasan. Mama dengan papa dah risau Mai tak balik toilet lagi.rupanya sempat dia mengelamun kat depan ni.” Gelak Wafie.
“Mana ada orang berangan. Orang Cuma fikir masa depanlah along.” Humairah menjelir lidah ke Wafie.
“Tengok tu. Suka betul dia jelir-jelir lidah. Along potong nanti baru tau.” Gertak Wafie.
“Yelaa.. Mai nak masuk toilet jap. Along tunggu Mai kat sini!”
“Mestilah kena tunggu. Kalau tak berangan lagi tuan puteri kita ni.” Wafie tersenyum kemenangan. Humairah terus masuk ke toilet kerana tidak mahu mendengar kata alongnya yang bajet bagus itu.

Pagi yang cerah itu mereka menyewa sebuah kereta dan bersiar-siar di makam mahsuri. Humairah tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama familynya. Wafie pula ditugaskan sebagai jurukamera tak bergaji bagi Humairah. Pelbagai posisi Humairah buat. Wafie hanya menurut kehendak adik tercinta. Tidak lama kemudian, mama dan papa Wafie serta Humairah mengajak untuk pulang. Akan tetapi Humairah tidak puas lagi untuk berjalan-jalan. Akhirnya, Wafie bersetuju untuk menemani Humairah untuk beberapa minit lagi.
“Along tak kisah ke nak temankan Humairah ni?” Soal Humairah.
“Kisah sangat. Along baru nak manja dengan mama. Dah Mai suruh along temankan. Along temankanlah.” Jawab Wafie.
“Bila masa pulak Mai suruh along temankan. Mai kata Mai nak jalan-jalan lagi je. Dah tak boleh baliklah jom.” Kata Humairah sedih dan mula bergerak untuk pulang.
“Alololo.. Along gurau jelah. Along tak kisah pun. Jom jalan-jalan. Kita pergi Underwater World nak tak? Along belanja.” pujuk Wafie.
“Along belanja? Seriously? Wah. Baiknya along Mai ni. Hahaha..” Humairah melonjak kegirangan.
“Ya Allah. Budak ni tak tau malu ke? Semua orang tengoklah. Umur dah meningkat tapi perangai macam budak-budak lagi.” Tegur Wafie.
“Hehehe.” Humairah tersengih macam kerang busuk. Wafie terus mengajak Humairah menaiki kerete yang disewanya.
Humairah sangat gembira dapat pergi ke Underwater World. Dia gembira berpeluang melihat pelbagai hidupan di laut. Banyak gambar yang ditangkap untuk tatapan sahabatnya,Alisya. Sedang dia sibuk menangkap gambardia terlanggar seseorang.
“Alamak. I’m sorry. I didn’t see you.” Ucap Humairah.
“It’s okay. But I think I’ve seen you.” Balas Eric.
“owh.. Really? Where?” Tanya Humairah. Dia cuba untuk mengingati.
‘oh. Ni mamat poyo yang langgar aku hari tu. Yang speaking dgn aqku then blah macam tu je. Belagaknya lah mamat ni.’ Luah Humairah didalam hati.
“Owh. I remember. I’ve seen you at toilet. Yang berlanggar tu.”
“Oh. Betul lah.” Humairah tersenyum.
“By the way nice to meet you.” Kata Eric dan berlalu pergi.
“Siapa tu? Kawan Mai ke?” Tanya Wafie.
“Eh bukanlah. Mai terlanggar dia lagi.” Jawab Mai.
“Terlanggar lagi? Maksud Mai?”
“Sebelum ni dia terlanggar Mai. Ingat tak yang kita makan kat hotel tu? Mira lama pergi toilet sebab accident dengan dia. Macam dah jodoh je kitorang.  Chemistry sangat kuat.” Humairah tersenyum sorang-sorang.
“Wahai adikku tercinta.. itu bukan jodoh namanya. Itu kebetulan. Jangan nak berangan eh Mai. Ini bukan dalam drama korea ke apa.” Panjang Wafie berleter.humairah menarik muka empat belas.

TO BE CONTINUED..............

Ahad, 6 Oktober 2013

assalamualaikum w.b.t

lama dah tangan tak menari-nari atas keyboard ni. lama gak sambungan novel bab 4 tergendala.disebabkan kesibukan diri yang semakin hari semakin sibuk dan subjek yang makin susah. menyebabkan aku sukar untuk meluangkan masa. akhirnya tamat sudah sem 4 ku di mic0st. and now smester break. 
hehehehe...
so aku akan try siapkn smbungan tu minggu ni gak. nantikan.. 
lol..

Rabu, 29 Mei 2013

bab 3-sambungan saat lafaz sakinah



bab 3

Beberapa minggu lagi peperiksaan Sijil Penilaian Menengah akan bermula. Pelajar-pelajar sekolah Menengah Tanjung bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum bermulanya SPM. Tidak kurangnya dengan Wardah Humairah dan rakan-rakannya. Begitu juga dengan Hairi. Semenjak dinasihati oleh Mai, dia telah sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan bukannya masa untuk berfikir tentang cinta. Sejak itu, dia mula rapat dengan Humairah. Mereka membuat study group agar memudahkan mereka bertanya antara satu sama lain. Hanya Izzul,Zahlia,Hairi,Alisya dan dirinya sendiri dalam study group ini. Bagi Humairah study group yang ahlinya terlalu ramai akan menyebabkan mereka sibuk bergosip dan  tidak fokus.
“Korang…korang lapar tak?” Tanya Alisya kepada Humairah dan rakan-rakannya.
“Lapar tak laparlah. Kenapa? Kau ni Lisya… study baru 30 minit dah lapar.” Balas Izzul.
“Aku tanya je. Tak cakap pun aku lapar!” jawab Alisya dengan geram.
“Alah kalau dah tanya pasal lapar ke tak tu maknanya kau dah laparlah. Makan je kau ingat. Tak habis study lagi kot.” Tambah Izzul mengapi-apikan lagi perasaan Alisya.
“Ish!! Kau ni kalau satu hari tak usik Alisya memeng tak sah kan Izzul. Dah..dah jangan gaduh.Aku tengok mama aku kat dapur sat. korang sambung study dulu.” Mai cuba melaraikan Izzul dan Alisya. Alisya tersenyum kemenangan kerana dibela oleh Mai.
Humairah cuba membantu apa yang patut didapur. Menu pada hari itu sangat menarik. Tambahan pula mamanya masak untuk rakan-rakannya juga. Setelah siap, Humairah membantu menghidangkan lauk. Aroma masak lemak cili api menusuk sampai ke hadapan. Aroma itu juga menyebabkan Alisya memberhentikan kerjanya dan terus ke dapur. Melihat Alisya Puan Hanisah sudah faham.  Puan Hanisah menyuruh Alisya memanggil rakan-rakannya yang lain untuk makan tengah hari bersama. Puan Hanisah telah menganggap Alisya seperti anaknya. Tambahan pula mak Alisya adalah kawan baiknya.
                “Sedapnya makcik masak. Dah lama saya tak makan lauk ni.” kata Zahlia.
                “Biasa je makcik masak ni.” ucap Puan Hanisah merendah diri.
                “Alisya tambah lagi . Bukan ke kau kata tadi kau lapar.” Izzul mula mencari bahan untuk mengusik Alisya.
                “Bila masa pulak aku cakap aku lapar tadi.” Alisya berdalih.
                “Ya. Semua orang menjadi saksinya.” Tambah Izzul.
                “Diamlah Izzul. Aku tak cakap pun aku lapar. Aka Cuma tanya korang lapar tak.. Ada faham?!” balas Alisya dengan nada geram. Izzul hendak membalas tetapi telah disampuk oleh Humairah.
                “Eh korang berdua ni kalau sehari tak bergaduh memang tak sah kan? Aku kahwinkan korang berdua ni baru tau.”
                “Ah!! Tak nak aku kahwin dengan dia. Gelap masa depan.” Balas Alisya.
                “Aku pun tak nak kahwin dengan kau Lisya. Bankrap kalau aku kahwin dengan kau. Asyik makan je kerja.” Kata Izzul pula.
                “Eh! Kalau ada orang nak kahwin dengan aku takde maknanya aku bankrap. Bertambah bahagia adalah.” Kata Alisya sambil menjelirkan lidah.
                “Dah.. Dah.. Aku baru cakap dah gaduh balik. Memang sesuai korang ni kahwin.”  Tegur Humairah.
                “Depan rezeki tak elok bergaduh.” Tambah Hairi pula. Izzul dan Alisya menarik muka masam.
Puan Hanisah  tersenyum melihat keletah Humairah dan kawan-kawannya. Humairah hanya mampu menyembunyikan senyumannnya melihat reaksi  Izzul dan Alisya selepas ditegur oleh Hairi.

                Menjelang pukul 4 petang barulah study group tersebut selesai. Semua kawan Humairah ingin meminta diri. Mereka mengucapkan terima kasih kerana sudi mencadangkan rumahnya sebagai tempat study group. Tambahan pula, halaman rumah Humairah yang luas dan mempunyai taman mini yang segar  membolehkan mereka belajar dengan aman dan tenang. Tidak lama kemudian, ayah Humairah pulang. Ayahnya bercadang untuk mengajak mereka makan di luar pada malam itu bersempena dengan hari Annivesary nya yang ke-22. Pada mulanya Humairah tidak mahu ikut serta kerana tidak mahu kacau daun dengan suasana romantis kedua ibubapanya. Akan tetapi setelah dipujuk oleh encik Fauzi barulah dia bersetuju. Lagipun pula mereka jarang dapat makan bersama-sama.  Seminggu kemudian Wafie telah menelefon Humairah dan memberitahu bahawa dia akan pulang tak lama lagi. Hal ini telah menggembirakan Humairah kerana along kesayangannya akan pulang ke Malaysia.  Dalam sibuk mengelamun, handphone nya berbunyi minta diangkat.
                “ Eh along! Kenapa telefon Mai ni? bukan aritu dah call ke?”  Humairah kehairanan.
                “Laa.. tak boleh ke along nak call kekasih hati pujaan along ni? Wafie berpura-pura sedih.
                “ Tak ada la salah. Tapi along kan buat panggilan dari UK tu. Nanti banyak pulak nak kena bayar bil telefon.”
                “Tak apa la. Orang tak sudi nak cakap dengan kita. Kita ni yang asyik rindukan dia. Dia langsung tak rindu kita.” Humairah tergelak mendengar kata-kata Wafie.
                               ‘along aku ni kenapa pulak sensitif sangat’ hati Humairah berkata-kata
                “ Ya laa. Mai ngaku. Mai pun rindu sangat-sangat dengan along. Along ni tak payah nak jiwang-jiwang la dengan Mai. Dengan kena sampuk dengan hantu ke?”  Wafie ketawa. Dia berdiri betul-betul di belakang Humairah secara senyap.
                “Along.. Along… Kenapa along senyap ni? Janganlah merajuk. Mai tak pandai nak pujuk-pujuk orang ni.”
                “Mai!!” sergah Wafie daripada belakang.
                “Opocot mak kau sayang meletup..” Wafie gelak melihat Mai melatah. Humairah mula memuncungkan mulut sedepa. Tawa Wafie mula kendur dan hanya tersenyum melihat muka Mai yang masam mencuka.
                “sorry darling. Along tak sengaja nak terkejutkan Mai. Tak payah la muncung macam tu. Dah boleh buat penyangkut baju.” Usik Wafie lagi lalu memeluk Mai. Humairah tersenyum. Tiba-tiba Wafie mencucuk perut Humairah. Humairah yang kegeliaan berlari dan mendapatkan ibunya.
 Humairah amat rindu dengan alongnya. Setelah beberapa tahun tidak berjumpa akhirnya dapat bertemu kembali. Wafie juga gembira telah menamatkan pengajiaanya dalam bidang perniaagaan di UK. Humairah gembira kerana kini keluarganya telah lengkap. Kedengaran suara papanya memanggil untuk menolong mengangkat barang shopping. Kedua ibu bapanya terkejut melihat kehadiran Wafie yang dijangka pulang pada minggu hadapan. Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapanya barulah dia menjelaskan perkara yang sebenar dan mengapa dia pulang awal.

               
                  Pagi itu Mai bangun awal daripada biasa. Puan Hanisah terkejut anak daranya bangun awal. Kebiasaannya Humairah akan bangun lewat sikit ketika cuti. Tapi tidak pula pada hari itu. Puan Hanisah memandang Humairah dengan perasaan pelik. Akhirnya Humairah memberitahu bahawa Wafie nak temankan dia pergi shopping. Oleh sebab itu, dia bangun awal.
                “Eh, awalnya adik along ni bangun. Mimpi apa ni?”
                “Haah.. awalnya anak papa ni bangun.”
                “Hehe.. Ada orang nak ajak Mai shopping. Of corse la Mai bangun awal.” Balas Humairah sambil tersengih seperti kera dapat bunga.
                “ Mai belanja along kan?” soal Wafie.
                “Apa pulak? Bukan along kata nak belanja Mai ke? Mana aci! Mai tak ada duit nak belanja along.” Humairah mula membuat muka seposennya. Semua orang gelak mkelihat reaksi Humairah.
                “Yelaa.. Abang belanja adik kesayangan abang ni.”selepas bersarapan Humairah dan Wafie menyalami mama dan papanya. Hala tuju mereka waktu itu adalah The Mines. Mines agak sibuk waktu itu. Kebetulan pula waktu itu adalah cuti sekolah. Ramai pelajar bersepah di Mines.
                “Wafie!! Kebetulan pula jumpa kau kat sini.”  Johnny menegur Wafie. Johnny dan Wafie belajar bersama-sama di UK Cuma Jhonny mengambil jurusan fotografer disana berbanding Wafie yang lebih suka mengambil jurusan perniagaan.
                “ Woi John. Long time no see.. Apa cerita kau sekarang?”  Wafie berjabat tangan dengan Johnny dan berborak. Kehadiran Humairah disitu tidak diendahkan. Mereka terlalu khusyuk. Humairah berdehem dengan kuat untuk menyedarkan mereka akan kewujudannya disitu. Johnny baru tersedar akan kewujudan seorang perempuan yang cantik di sisi Wafie.
                “Wow!! Siapa ni bro?? girlfriend kau ke bro?” tegur Johnny. Dia terpegun untuk seketika. Humairah hanya memuncungkan mulutnya. Wafie tersengih melihat ulah adiknya itu.
                “Aku tak ada girlfriend lah John. Ni aku perkenalkan adik aku, Wardah Humairah. Satu-satunya adik,kekasih merangkap girlfriend aku, yang paling aku kasihi dan cintai” balas Wafie. Dia menarik Humairah dan memaut bahunya.
                “Kau tak pernah pun beritahu aku, kau ada adik kan bro?! How dare you!” Johnny menumbuk bahu Wafie.
                “ Ala… Kalau aku beritahu kau pun, kau nak buat apa dengan adik aku? Nak mengurat dia? No way bro!! Aku tak nak bagi kau. Ini hak milik aku.” Gelak Humairah apabila mendengar kata-kata abangnya itu. Mereka berdua tercengang melihat Humairah. Tidak tahu mana yang lucu sehingga Humairah gelak sebegitu rupa sehingga mengalirkan air mata.
                “Kenapa Mai gelak?” tanya Wafie.
                “Hehehe… Muka along tu la.. Kelakar. Confindent sungguh.” Balas Humairah. Wafie menjeling adiknya.
                “Sorrylah bro. Aku chow dulu. Aku tak nak jadi kacau daun adik beradik ni bermesra.” Johnny menahan tawanya. Selepas menamatkan bicaranya dia berjabat tangan dengan Wafie.
Seharian mereka di Mines cukup membuatkan Humairah gembira. Tambahan pula alongnya telah berhabis duit untuk hari itu untuk membeli segala kemahuan Humairah. Humairah begitu senang. Dia berasa bahagia mempunyai seorang along yang perihatin terhadap dirinya dan sangat menyayanginya.

Hari ini adalah kertas terakhirnya dalam SPM. Dia menduduki SPM untuk kertas kimia pada hari ini. Rasa tidak sabar untuk menghabiskan kertas terakhir ini melonjak-lonjak. Andai masa dapat dipercepatkan, Humairah mahu masa berlalu dengan pantas. Tamat sahaja kertas kimia, semua pelajar bersorak kegirangan. Bunyi mercun disana sini. Walaupun mereka telah diberi amaran keras untuk tidak membawa ke sekolah, akan tetapi ada segelintir pelajar yang tetap membawa barang tersebut. Bagi pelajar perempuan pula merka sibuk berborak mengenai rancangan masing-masing selepas SPM. Ada yang sibuk mahu bekerja dan mengumpul duit. Ada yang mahu mengmbil lessen kereta dan bermacam-macam ragam lagi. Humairah mencari-cari kelibat Alisya. Dia begitu teruju untuk mengetahui kemana hala tuju sahabatnya itu selepas ini.
                “Izzul!!! Kau ada nampak Alisya tak?” tanya Humairah.
                “Alisya?? Aku rasa dia pergi toilet tadi. Kenapa?” Balas Izzul.
                “Nothing. Saja nak jumpe dia sebelum cuti. By the way thanks and happy holiday I guest.” Humairah melambaikan tangan dan pergi meninggalkan Izzul di situ. Dalam pencarian mencari Alisya Humairah terserempak dengan Hairi. Setelah berbual untuk beberapa ketika Humairah pun berlalu.
                “Hai laa. Susahnya aku nak cari kau. Macam nak cari artis pun ada.” Alisya hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
                “Ni mesti kes tak faham apa aku cakap kan?! Kau tu la susah sangat nak cari. Nasib baiklah aku tanya Izzul dia tau kau kat mana. Kuat betul chemistry korang kan?” Humairah memulakan perbualan untuk mengenankan Izzul dengan Alisya.
                “Kau jangan nak start cerita merepek tu. Aku dengan dia tu tak ada chemistry langsung tau! Kau pun tau kan dia suka cari gaduh dengan aku. Aku benci gila dengan dia.”
                “Orang kata mula-mula benci, lama-lama nanti sayanglah. Lagipun tak elok kau gaduh-gaduh dengan dia nanti kahwin betol-betol baru tau!” Humairah memulakan spekulasi yang entah benar atau tidak itu.
                “Mai!!!!!!!” Humairah berlari daripada dicubit oleh Alisya. Akhirnya mereka berhenti kepenatan di taman sekolah dan tergelak bersama-sama.
                “Alisya, kaulah sahabat aku dunia akhirat. Nanti bila kau dah tak ada macam manalah agaknya aku ni kan?” muka Humairah sedih.
                “Kau jangan macam ni. even kita dah jauh pun teknologi sekarang kan makin canggih. Apa guna ada handphone, lappy semua tu kalau tak diguna. Gunakanlah semua tu untuk hubungi aku. Apa-apa masalah, terus  call aku. Takkan mengganggu punya.” Nasihat Alisya.
                “Huhuhu. Ini yang buat aku sayang lebih dengan kau, Alisya. Jangan putus hubungan dengan aku ya!” ucap Humairah dari sudut hati yang penuh ikhlas. Alisya memeluk Humairah. Humairah mengeratkan lagi pelukan itu. Akhirnya menitis jua air mata yang ditahan sejak tadi. Ukhuwah itu tidak akan terputus sampai bila-bila.


Pagi itu Humairah sedikit cuak dan takut kerana pada hari itu keputusan SPM diumumkan. Setelah beberapa bulan dia tidak berjumpa guru dan rakan-rakannya, terselit perasaan segan untuk berjumpa kembali. Setelah berpakain lengkap seragam sekolah, dia turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Alongnya memberikan persetujuan untuk menghantar dan bersama-sama dengannya ketika keputusan diumumkan.
                “Macam mana  dengan perasaan adik along nak ambil result SPM ni? tanya Wafie.
                “Along ni..boleh pulak tanya soalan macam tu saat-saat macam ni.  Of corse la a bit worse.”
                “Okay. Mai target dapat berapa Spm ni?” tanya Wafie lagi.
                “Along ni tanya soalan apa?” marah Humairah. Dalam saat dia cuak macam ni boleh pulak tanya soalan macam ini.
                “Jawab je lah soalan tu.” Wafie geli hati melihat telatah adiknya itu. Dia hanya menahan gelak daripada tersembur keluar.
                “Hmm..Mai target paling kurang pun 7A laa kot.”
                “Ni along nak nasihatkan Mai. Tak salah nak target tinggi-tinggi. Tapi jangan terlalu mengharap, takut nanti akan kecewa. Kalau dah kecewa nanti siapa yang susah? Along jugak!” Humairah pelik. Apa pulak kena mengena dengan along nya pulak. Akhirnya tawa Wafie yang ditahan-tahan sebelum ini tersembur juga. Humairah mula menarik muka tanda protes.
Satu ppersatu nama disebut. Humairah sedikit gusar kerana namanya tidak dipanggil lagi. Dia mula mahu melangkah, akan tetapi nama terakhir yang disebut menyebabkan Humairah rasa mahu pengsan kerana terkejut. Sentuhan alongnya menyedarkan dia. Humairah bergegas naik ke atas pentas dan mengambik keputusan SPM tersebut. Humairah menyeka air matanya yang mula bergenang. Semua pelajar mengucapkan tahniah kepadanya. Alisya datang dan memeluk Humairah. Dia bangga mempunyai seorang kawan yang pandai.
                “Alisya. Kau dapat berapa A?” tanya Humairah.
                “Aku tak sepandai kau yang dapat 8A. aku dapat sikit je.” Alisya memuncungkan mulutnya.
                “Sepatutnya kau bersyukur dengan apa yang kau dapat. Kau dah usaha pun kan. Ada hikmah disebalik semua ni. bla…bla…bla..” Alisya menekup mulut Humairah yang masih membebel lagi. Humairah membesarkan matanya. Alisya hanya tersengih seperti kerang busuk.
                “Kau tak payah nak membebel kat sini. Aku dah puas dengar tau. Aku dapat 7A1B. Alhamdulillah. B chemistry.” 
                “ Alhamdulillah. Hebat jugak kawan aku ni.” luah Humairah.
                “Jomlah aku hantar kau balik sekali. Alang-alang rumah kau pun dekat dengan aku. Lagipun aku tau, kau datang seorang kan.” Humairah menarik tangan Alisya dan membawanya ke tempat kereta myvi ditempatkan. Alongnya menunggu di situ. Pada mulanya Alisya seperti teragak-agak untuk masuk ke dalam. Setelah beberapa kali dipaksa akhirnya dia tidak membantah.