sambungan.....
Alisya merasa pelik. Ini bukan jalan biasa yang
dilalui mereka untuk pulang tetapi dia cuba berlagak tenang walaupun mindanya
tertanya-tanya. Setelah beberapa minit, dia memandang Humairah untuk
mendapatkan kepastian. Humairah menoleh
dan tersenyum pada Alisya. Alisya membalas senyuman tersebut.
“Mai.. Sebenarnya kita nak kemana ni? Tanya
Alisya. Humairah dan Wafie hanya tersenyum.
“Nak jalan-jalan laa. Along aku dah volunteer
nak jadi driver hari ni. Hehehe.” Balas Humairah.
“Lisya jangan takut. Kitaorang tak akan bawa
awak lari la.” Tambah Wafie pula. Alisya hanya tersenyum sumbing mendengar
jawapan itu.
Mereka tiba di restoran kfc. Akan tetapi
restoran itu lengang daripada pengunjung. Kehairanan Alisya semakin
bertambah-tambah. Setelah keluar daripada kereta, dia terpandang kereta
kepunyaan bapanya berhampiran kereta abang Humairah.
‘Eh, tak silap aku itu kereta ayah.’ Detik
Alisya. Dia cuba membaca plat kereta tersebut.
‘Sah! Memang kereta ayah. Tapi.. Apa ayah
buat kat sini pulak? Ada apa sebenarnya ni?’ sedang Alisya sibuk memikirkan
segala kemungkinan mengapa mereka dan ayahnya di sini, tiba-tiba Humairah
menarik tangan Alisya untuk masuk ke restoran tersebut.
“Suprisses!!!!” jerit Humairah. Alisya terkejut.
Semua familynya ada di situ. Ada kek di tangan ibunya. Dia bertambah pelik.
“Ibu… birthday siapa pulak ni? Kenapa ibu, ayah
dengan adik-adik ada kat sini?” bertubi-tubi soalan Alisya.
“Ibu dah agak. Mesti anak ibu ni lupa birthday
dia hari ni. Kebetulan pulak jatuh pada hari result kamu keluar. Ini semua idea
Mai yang beriya-iya nak wat majlis birthday kamu kat sini. Lagipun ibu dah tahu
kamu pun dapat keputusan cemerlang kan?!”
kata Puan Sya. Tubir mata Alisya mula digenangi dengan air. Menungu
saatnya untuk tumpah. Sungguh!! Dia terharu dengan Mai! Terharu sangat sampai
hari penting dalam hidup dia pun Mai tak lupa.
“Thanks Mai. Kaulah kawan aku dunia akhirat.”
Alisya memeluk Humairah seeratnya. Semua yang ada disitu terdiam menahan sebak.
“Dah. Dah.. Janganlah sedih pulak. Tak manis
pulak aku tengok kau menangis ni. Tak sweet la aku tengok.” Humairah mengelap
air mata Alisya. Alisya tersipu malu apabila semua mata memandangnya. Ibu
bapanya hanya tersenyum gembira apabila melihat Alisya gembira. Tidak lama
kemudian nyanyian lagu selamat hari jadi bergema. Lilin pun ditiup.
Bersempena dengan kejayaan Humairah dalam SPM,
En. Fadzil dan Puan Hanisah merancang untuk membawa mereka sekeluarga melancong
ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Pada
mulanya mereka merancang untuk membuat kejutan kepada Humairah, akan tetapi
perkara tersebut telah terbongkar.
Betapa gembiranya hati Humairah apbila mengetahui perihal tersebut.
“Along, along bawa berapa helai baju ni? Baju
apa je nak bawa?” Tanya Humairah.
“Hmm.. inilah namanya perempuan. Asal nak pergi
bercuti Tanya orang nak bawa baju apa. Manalah along tahu Mai nak bawak baju
apa. Nanti along suruh bawak baju sikit kata tak cukuplah apalah.” Bebel Wafie.
“Yelaa..Yelaa.
Taulah Mai nak kemas apa. Along pi lah dok jauh-jauh. Kacau Mai nak
kemas je.” Balas Humairah dengan nada geram.
“Tak maulah.
Abng nak duduk sini tengok adik along. You look so pretty when
mad.” Wafie tersenyum sumbing melihat
Humairah yang sedang merenungnya.
“Along!!!!” Wafie terus melarikan diri ke
biliknya daripada menjadi mangsa cubitan ketam adiknya itu. Dia faham benar
perangai adiknya yang pantang dipuji itu. Pasti akan marah.
Setelah semua keperluan dikemaskan mereka
menaiki flight ke Pulau Langkawi. Humairah menyanyi kecil menandakan hatinya
gembira dan teruja untuk sampai ke sana. Wafie pula berbincang dengan ayah dan
ibunya tentang rancangan yang dilakukan setelah tiba di langkawi nanti.
“Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga di pulau
Mahsuri ni.” Ucap puan Hanisah.
“Apa-apa pun kte check in dulu. Jom mama, papa”
kata Wafie sambil mengangkat beg Humairah.
“Dik apa yang kau bawa ni. Berat sangat. Along
tak larat nak bawa.” Wafie memulakan modal untuk mengenakan Humairah.
“Along jangan nak banyak songeh pulak ya. Along
sendiri yang tawarkan diri nak bawa beg Mai kan. So just close your mouth!”
tegas Humairah.
“Suka hati along lah. Allah dah bagi nikmat
bercakap kita kenalah gunakan dengan sebaiknya.”jawab Wafie.
“Masalahnya along gunakan nikmat untuk mencari
pasal dengan Mai. Tak ada faedah pun.”
“Apa salahnya along nak usik adik along ni pun.
X salah disisi undang-undang kan?!”
“Memanglah tak salah tapi ia salah dari segi
hokum Mai.” Humairah menahan geram dengan alongnya.
“Eh? Tak pernah dengar pulak hukum Mai tu.
Hukum baru eh?” gelak Wafie.
“Mama!! Tengok along ni. Sehari tak usik Mai
taK SAH.!” Puan Hanisah hanya
menggelengkan kepala.
“Humairah, Wafie sedar sikit kamu kat mana ni.
Ini tempat awam. Semua orang tengok. Tak malu ke?" Humairah mula
memuncungkan mulut manakala wafie hanya tersenyum sumbing menyedari
kesilapannya.
Malam itu mereka sekeluarga makan di hotel City
Bay. Makanan yang disediakan disitu
sungguh menyelerakan. Tambahan pula waiter-waiter disitu tidak kurang hebatnya. Humairah meminte
diri seketika untuk ke toilet. Dalam perjalanan ke toilet seorang lelaki teleh
melanggarnya dan menyebabkan dia terjatuh.
“Opss! Sorry miss. Really sorry. I did’nt see
you. Are you okay?” Luah Eric.
“Never mind. I’m okay. But watch out your step
oke! “ jawab Humairah sambil membetulkan
‘Ya Allah. Handsomenye mamat ni.’ Gumam
Humairah dalam hati. Pertama kalli melihat lelaki kacak selain alongnya.
Humairah tergamam.
“Miss.. Miss.. Are sure you’re okay? Miss?”
Eric jadi buntu apabila gadis dihadapannya hanya diam seribu bahasa. Eric
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setelah berfikir dia meninggalkan sahaja
Humairah dalam keadaan sebegitu.
Puan
Hanisah dan En Fadzil gelisah apabila anak gadisnya terlalu lama pergi ke
tandas. Selalunya Humairah tidak akan pergi selama ini. En Fadzil menyuruh
wafie melihat Humairah andan ada perkara yang berlaku terhadap dirinya.
‘Mai ni
menyusahkan aku nak makan betul lah. Mana pulak pergi budak ni?’ gumam Wafie.
Dari kejauhan Wafie ternampak seorang gadis
yang berdiri tanpa bergerak. Dia mengecam gadis itu. ‘Sah! Humairah lah tu.
Tapi apa yang dia pandang?’ Wafie berasa pelik. Dia mendekati adiknya
perlahan-lahan.
“Wardah Humairah!!” sergah Wafie
“Opocot mak kau meletop! Along!!
Terkejut Mai!” Wafie sudah tergelak-gelak melihat adiknya melatah.
“itulah. Jauh sangat berangan sampai along
datang pun tak perasan. Mama dengan papa dah risau Mai tak balik toilet
lagi.rupanya sempat dia mengelamun kat depan ni.” Gelak Wafie.
“Mana ada orang berangan. Orang Cuma
fikir masa depanlah along.” Humairah menjelir lidah ke Wafie.
“Tengok tu. Suka betul dia
jelir-jelir lidah. Along potong nanti baru tau.” Gertak Wafie.
“Yelaa.. Mai nak masuk toilet jap.
Along tunggu Mai kat sini!”
“Mestilah kena tunggu. Kalau tak
berangan lagi tuan puteri kita ni.” Wafie tersenyum kemenangan. Humairah terus
masuk ke toilet kerana tidak mahu mendengar kata alongnya yang bajet bagus itu.
Pagi yang cerah itu mereka menyewa
sebuah kereta dan bersiar-siar di makam mahsuri. Humairah tidak melepaskan
peluang untuk bergambar bersama familynya. Wafie pula ditugaskan sebagai
jurukamera tak bergaji bagi Humairah. Pelbagai posisi Humairah buat. Wafie
hanya menurut kehendak adik tercinta. Tidak lama kemudian, mama dan papa Wafie
serta Humairah mengajak untuk pulang. Akan tetapi Humairah tidak puas lagi
untuk berjalan-jalan. Akhirnya, Wafie bersetuju untuk menemani Humairah untuk
beberapa minit lagi.
“Along tak kisah ke nak temankan
Humairah ni?” Soal Humairah.
“Kisah sangat. Along baru nak manja
dengan mama. Dah Mai suruh along temankan. Along temankanlah.” Jawab Wafie.
“Bila masa pulak Mai suruh along
temankan. Mai kata Mai nak jalan-jalan lagi je. Dah tak boleh baliklah jom.”
Kata Humairah sedih dan mula bergerak untuk pulang.
“Alololo.. Along gurau jelah. Along
tak kisah pun. Jom jalan-jalan. Kita pergi Underwater World nak tak? Along
belanja.” pujuk Wafie.
“Along belanja? Seriously? Wah.
Baiknya along Mai ni. Hahaha..” Humairah melonjak kegirangan.
“Ya Allah. Budak ni tak tau malu ke?
Semua orang tengoklah. Umur dah meningkat tapi perangai macam budak-budak
lagi.” Tegur Wafie.
“Hehehe.” Humairah tersengih macam
kerang busuk. Wafie terus mengajak Humairah menaiki kerete yang disewanya.
Humairah sangat gembira dapat pergi
ke Underwater World. Dia gembira berpeluang melihat pelbagai hidupan di laut.
Banyak gambar yang ditangkap untuk tatapan sahabatnya,Alisya. Sedang dia sibuk
menangkap gambardia terlanggar seseorang.
“Alamak. I’m sorry. I didn’t see
you.” Ucap Humairah.
“It’s okay. But I think I’ve seen
you.” Balas Eric.
“owh.. Really? Where?” Tanya
Humairah. Dia cuba untuk mengingati.
‘oh. Ni mamat poyo yang langgar aku
hari tu. Yang speaking dgn aqku then blah macam tu je. Belagaknya lah mamat
ni.’ Luah Humairah didalam hati.
“Owh. I remember. I’ve seen you at
toilet. Yang berlanggar tu.”
“Oh. Betul lah.” Humairah tersenyum.
“By the way nice to meet you.” Kata
Eric dan berlalu pergi.
“Siapa tu? Kawan Mai ke?” Tanya
Wafie.
“Eh bukanlah. Mai terlanggar dia
lagi.” Jawab Mai.
“Terlanggar lagi? Maksud Mai?”
“Sebelum ni dia terlanggar Mai.
Ingat tak yang kita makan kat hotel tu? Mira lama pergi toilet sebab accident
dengan dia. Macam dah jodoh je kitorang. Chemistry sangat kuat.” Humairah tersenyum
sorang-sorang.
“Wahai adikku tercinta.. itu bukan
jodoh namanya. Itu kebetulan. Jangan nak berangan eh Mai. Ini bukan dalam drama
korea ke apa.” Panjang Wafie berleter.humairah menarik muka empat belas.
TO BE CONTINUED..............
0 comments:
Catat Ulasan