bab 3
Beberapa minggu lagi peperiksaan Sijil
Penilaian Menengah akan bermula. Pelajar-pelajar sekolah Menengah Tanjung bertungkus
lumus membuat persiapan terakhir sebelum bermulanya SPM. Tidak kurangnya dengan
Wardah Humairah dan rakan-rakannya. Begitu juga dengan Hairi. Semenjak
dinasihati oleh Mai, dia telah sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan
bukannya masa untuk berfikir tentang cinta. Sejak itu, dia mula rapat dengan
Humairah. Mereka membuat study group agar memudahkan mereka bertanya antara
satu sama lain. Hanya Izzul,Zahlia,Hairi,Alisya dan dirinya sendiri dalam study
group ini. Bagi Humairah study group yang ahlinya terlalu ramai akan
menyebabkan mereka sibuk bergosip dan
tidak fokus.
“Korang…korang lapar tak?” Tanya Alisya kepada
Humairah dan rakan-rakannya.
“Lapar tak laparlah. Kenapa? Kau ni Lisya…
study baru 30 minit dah lapar.” Balas Izzul.
“Aku tanya je. Tak cakap pun aku lapar!” jawab
Alisya dengan geram.
“Alah kalau dah tanya pasal lapar ke tak tu
maknanya kau dah laparlah. Makan je kau ingat. Tak habis study lagi kot.”
Tambah Izzul mengapi-apikan lagi perasaan Alisya.
“Ish!! Kau ni kalau satu hari tak usik Alisya
memeng tak sah kan Izzul. Dah..dah jangan gaduh.Aku tengok mama aku kat dapur
sat. korang sambung study dulu.” Mai cuba melaraikan Izzul dan Alisya. Alisya
tersenyum kemenangan kerana dibela oleh Mai.
Humairah
cuba membantu apa yang patut didapur. Menu pada hari itu sangat menarik.
Tambahan pula mamanya masak untuk rakan-rakannya juga. Setelah siap, Humairah
membantu menghidangkan lauk. Aroma masak lemak cili api menusuk sampai ke
hadapan. Aroma itu juga menyebabkan Alisya memberhentikan kerjanya dan terus ke
dapur. Melihat Alisya Puan Hanisah sudah faham.
Puan Hanisah menyuruh Alisya memanggil rakan-rakannya yang lain untuk
makan tengah hari bersama. Puan Hanisah telah menganggap Alisya seperti
anaknya. Tambahan pula mak Alisya adalah kawan baiknya.
“Sedapnya makcik masak. Dah lama
saya tak makan lauk ni.” kata Zahlia.
“Biasa je makcik masak ni.” ucap
Puan Hanisah merendah diri.
“Alisya tambah lagi . Bukan ke
kau kata tadi kau lapar.” Izzul mula mencari bahan untuk mengusik Alisya.
“Bila masa pulak aku cakap aku
lapar tadi.” Alisya berdalih.
“Ya. Semua orang menjadi
saksinya.” Tambah Izzul.
“Diamlah Izzul. Aku tak cakap
pun aku lapar. Aka Cuma tanya korang lapar tak.. Ada faham?!” balas Alisya
dengan nada geram. Izzul hendak membalas tetapi telah disampuk oleh Humairah.
“Eh korang berdua ni kalau
sehari tak bergaduh memang tak sah kan? Aku kahwinkan korang berdua ni baru
tau.”
“Ah!! Tak nak aku kahwin dengan
dia. Gelap masa depan.” Balas Alisya.
“Aku pun tak nak kahwin dengan
kau Lisya. Bankrap kalau aku kahwin dengan kau. Asyik makan je kerja.” Kata
Izzul pula.
“Eh! Kalau ada orang nak kahwin
dengan aku takde maknanya aku bankrap. Bertambah bahagia adalah.” Kata Alisya
sambil menjelirkan lidah.
“Dah.. Dah.. Aku baru cakap dah
gaduh balik. Memang sesuai korang ni kahwin.”
Tegur Humairah.
“Depan rezeki tak elok
bergaduh.” Tambah Hairi pula. Izzul dan Alisya menarik muka masam.
Puan
Hanisah tersenyum melihat keletah
Humairah dan kawan-kawannya. Humairah hanya mampu menyembunyikan senyumannnya
melihat reaksi Izzul dan Alisya selepas
ditegur oleh Hairi.
Menjelang pukul 4 petang barulah
study group tersebut selesai. Semua kawan Humairah ingin meminta diri. Mereka
mengucapkan terima kasih kerana sudi mencadangkan rumahnya sebagai tempat study
group. Tambahan pula, halaman rumah Humairah yang luas dan mempunyai taman mini
yang segar membolehkan mereka belajar
dengan aman dan tenang. Tidak lama kemudian, ayah Humairah pulang. Ayahnya
bercadang untuk mengajak mereka makan di luar pada malam itu bersempena dengan
hari Annivesary nya yang ke-22. Pada mulanya Humairah tidak mahu ikut serta
kerana tidak mahu kacau daun dengan suasana romantis kedua ibubapanya. Akan
tetapi setelah dipujuk oleh encik Fauzi barulah dia bersetuju. Lagipun pula mereka
jarang dapat makan bersama-sama. Seminggu kemudian Wafie telah menelefon
Humairah dan memberitahu bahawa dia akan pulang tak lama lagi. Hal ini telah
menggembirakan Humairah kerana along kesayangannya akan pulang ke Malaysia. Dalam sibuk mengelamun, handphone nya berbunyi
minta diangkat.
“ Eh along! Kenapa telefon Mai
ni? bukan aritu dah call ke?” Humairah
kehairanan.
“Laa.. tak boleh ke along nak
call kekasih hati pujaan along ni? Wafie berpura-pura sedih.
“ Tak ada la salah. Tapi along
kan buat panggilan dari UK tu. Nanti banyak pulak nak kena bayar bil telefon.”
“Tak apa la. Orang tak sudi nak
cakap dengan kita. Kita ni yang asyik rindukan dia. Dia langsung tak rindu
kita.” Humairah tergelak mendengar kata-kata Wafie.
‘along aku ni
kenapa pulak sensitif sangat’ hati Humairah berkata-kata
“ Ya laa. Mai ngaku. Mai pun
rindu sangat-sangat dengan along. Along ni tak payah nak jiwang-jiwang la
dengan Mai. Dengan kena sampuk dengan hantu ke?” Wafie ketawa. Dia berdiri betul-betul di
belakang Humairah secara senyap.
“Along.. Along… Kenapa along
senyap ni? Janganlah merajuk. Mai tak pandai nak pujuk-pujuk orang ni.”
“Mai!!” sergah Wafie daripada
belakang.
“Opocot mak kau sayang
meletup..” Wafie gelak melihat Mai melatah. Humairah mula memuncungkan mulut
sedepa. Tawa Wafie mula kendur dan hanya tersenyum melihat muka Mai yang masam
mencuka.
“sorry darling. Along tak
sengaja nak terkejutkan Mai. Tak payah la muncung macam tu. Dah boleh buat
penyangkut baju.” Usik Wafie lagi lalu memeluk Mai. Humairah tersenyum.
Tiba-tiba Wafie mencucuk perut Humairah. Humairah yang kegeliaan berlari dan
mendapatkan ibunya.
Humairah amat rindu dengan alongnya. Setelah
beberapa tahun tidak berjumpa akhirnya dapat bertemu kembali. Wafie juga
gembira telah menamatkan pengajiaanya dalam bidang perniaagaan di UK. Humairah
gembira kerana kini keluarganya telah lengkap. Kedengaran suara papanya
memanggil untuk menolong mengangkat barang shopping. Kedua ibu bapanya terkejut
melihat kehadiran Wafie yang dijangka pulang pada minggu hadapan. Setelah
bersalaman dengan kedua ibu bapanya barulah dia menjelaskan perkara yang
sebenar dan mengapa dia pulang awal.
Pagi itu Mai bangun awal
daripada biasa. Puan Hanisah terkejut anak daranya bangun awal. Kebiasaannya
Humairah akan bangun lewat sikit ketika cuti. Tapi tidak pula pada hari itu.
Puan Hanisah memandang Humairah dengan perasaan pelik. Akhirnya Humairah
memberitahu bahawa Wafie nak temankan dia pergi shopping. Oleh sebab itu, dia
bangun awal.
“Eh, awalnya adik along ni bangun.
Mimpi apa ni?”
“Haah.. awalnya anak papa ni
bangun.”
“Hehe.. Ada orang nak ajak Mai
shopping. Of corse la Mai bangun awal.” Balas Humairah sambil tersengih seperti
kera dapat bunga.
“ Mai belanja along kan?” soal
Wafie.
“Apa pulak? Bukan along kata nak
belanja Mai ke? Mana aci! Mai tak ada duit nak belanja along.” Humairah mula
membuat muka seposennya. Semua orang gelak mkelihat reaksi Humairah.
“Yelaa.. Abang belanja adik
kesayangan abang ni.”selepas bersarapan Humairah dan Wafie menyalami mama dan
papanya. Hala tuju mereka waktu itu adalah The Mines. Mines agak sibuk waktu
itu. Kebetulan pula waktu itu adalah cuti sekolah. Ramai pelajar bersepah di
Mines.
“Wafie!! Kebetulan pula jumpa
kau kat sini.” Johnny menegur Wafie.
Johnny dan Wafie belajar bersama-sama di UK Cuma Jhonny mengambil jurusan
fotografer disana berbanding Wafie yang lebih suka mengambil jurusan
perniagaan.
“ Woi John. Long time no see..
Apa cerita kau sekarang?” Wafie berjabat
tangan dengan Johnny dan berborak. Kehadiran Humairah disitu tidak diendahkan.
Mereka terlalu khusyuk. Humairah berdehem dengan kuat untuk menyedarkan mereka
akan kewujudannya disitu. Johnny baru tersedar akan kewujudan seorang perempuan
yang cantik di sisi Wafie.
“Wow!! Siapa ni bro?? girlfriend
kau ke bro?” tegur Johnny. Dia terpegun untuk seketika. Humairah hanya
memuncungkan mulutnya. Wafie tersengih melihat ulah adiknya itu.
“Aku tak ada girlfriend lah
John. Ni aku perkenalkan adik aku, Wardah Humairah. Satu-satunya adik,kekasih
merangkap girlfriend aku, yang paling aku kasihi dan cintai” balas Wafie. Dia
menarik Humairah dan memaut bahunya.
“Kau tak pernah pun beritahu
aku, kau ada adik kan bro?! How dare you!” Johnny menumbuk bahu Wafie.
“ Ala… Kalau aku beritahu kau
pun, kau nak buat apa dengan adik aku? Nak mengurat dia? No way bro!! Aku tak
nak bagi kau. Ini hak milik aku.” Gelak Humairah apabila mendengar kata-kata
abangnya itu. Mereka berdua tercengang melihat Humairah. Tidak tahu mana yang
lucu sehingga Humairah gelak sebegitu rupa sehingga mengalirkan air mata.
“Kenapa Mai gelak?” tanya Wafie.
“Hehehe… Muka along tu la..
Kelakar. Confindent sungguh.” Balas Humairah. Wafie menjeling adiknya.
“Sorrylah bro. Aku chow dulu.
Aku tak nak jadi kacau daun adik beradik ni bermesra.” Johnny menahan tawanya.
Selepas menamatkan bicaranya dia berjabat tangan dengan Wafie.
Seharian
mereka di Mines cukup membuatkan Humairah gembira. Tambahan pula alongnya telah
berhabis duit untuk hari itu untuk membeli segala kemahuan Humairah. Humairah
begitu senang. Dia berasa bahagia mempunyai seorang along yang perihatin
terhadap dirinya dan sangat menyayanginya.
Hari ini
adalah kertas terakhirnya dalam SPM. Dia menduduki SPM untuk kertas kimia pada
hari ini. Rasa tidak sabar untuk menghabiskan kertas terakhir ini
melonjak-lonjak. Andai masa dapat dipercepatkan, Humairah mahu masa berlalu
dengan pantas. Tamat sahaja kertas kimia, semua pelajar bersorak kegirangan.
Bunyi mercun disana sini. Walaupun mereka telah diberi amaran keras untuk tidak
membawa ke sekolah, akan tetapi ada segelintir pelajar yang tetap membawa
barang tersebut. Bagi pelajar perempuan pula merka sibuk berborak mengenai
rancangan masing-masing selepas SPM. Ada yang sibuk mahu bekerja dan mengumpul
duit. Ada yang mahu mengmbil lessen kereta dan bermacam-macam ragam lagi.
Humairah mencari-cari kelibat Alisya. Dia begitu teruju untuk mengetahui kemana
hala tuju sahabatnya itu selepas ini.
“Izzul!!! Kau ada nampak Alisya
tak?” tanya Humairah.
“Alisya?? Aku rasa dia pergi
toilet tadi. Kenapa?” Balas Izzul.
“Nothing. Saja nak jumpe dia
sebelum cuti. By the way thanks and happy holiday I guest.” Humairah
melambaikan tangan dan pergi meninggalkan Izzul di situ. Dalam pencarian
mencari Alisya Humairah terserempak dengan Hairi. Setelah berbual untuk
beberapa ketika Humairah pun berlalu.
“Hai laa. Susahnya aku nak cari
kau. Macam nak cari artis pun ada.” Alisya hanya menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Ni mesti kes tak faham apa aku
cakap kan?! Kau tu la susah sangat nak cari. Nasib baiklah aku tanya Izzul dia
tau kau kat mana. Kuat betul chemistry korang kan?” Humairah memulakan
perbualan untuk mengenankan Izzul dengan Alisya.
“Kau jangan nak start cerita
merepek tu. Aku dengan dia tu tak ada chemistry langsung tau! Kau pun tau kan
dia suka cari gaduh dengan aku. Aku benci gila dengan dia.”
“Orang kata mula-mula benci,
lama-lama nanti sayanglah. Lagipun tak elok kau gaduh-gaduh dengan dia nanti
kahwin betol-betol baru tau!” Humairah memulakan spekulasi yang entah benar
atau tidak itu.
“Mai!!!!!!!” Humairah berlari
daripada dicubit oleh Alisya. Akhirnya mereka berhenti kepenatan di taman sekolah
dan tergelak bersama-sama.
“Alisya, kaulah sahabat aku
dunia akhirat. Nanti bila kau dah tak ada macam manalah agaknya aku ni kan?”
muka Humairah sedih.
“Kau jangan macam ni. even kita
dah jauh pun teknologi sekarang kan makin canggih. Apa guna ada handphone,
lappy semua tu kalau tak diguna. Gunakanlah semua tu untuk hubungi aku. Apa-apa
masalah, terus call aku. Takkan mengganggu
punya.” Nasihat Alisya.
“Huhuhu. Ini yang buat aku
sayang lebih dengan kau, Alisya. Jangan putus hubungan dengan aku ya!” ucap
Humairah dari sudut hati yang penuh ikhlas. Alisya memeluk Humairah. Humairah
mengeratkan lagi pelukan itu. Akhirnya menitis jua air mata yang ditahan sejak
tadi. Ukhuwah itu tidak akan terputus sampai bila-bila.
Pagi itu
Humairah sedikit cuak dan takut kerana pada hari itu keputusan SPM diumumkan. Setelah
beberapa bulan dia tidak berjumpa guru dan rakan-rakannya, terselit perasaan
segan untuk berjumpa kembali. Setelah berpakain lengkap seragam sekolah, dia
turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Alongnya memberikan persetujuan untuk
menghantar dan bersama-sama dengannya ketika keputusan diumumkan.
“Macam mana dengan perasaan adik along nak ambil result
SPM ni? tanya Wafie.
“Along ni..boleh pulak tanya
soalan macam tu saat-saat macam ni. Of
corse la a bit worse.”
“Okay. Mai target dapat berapa
Spm ni?” tanya Wafie lagi.
“Along ni tanya soalan apa?”
marah Humairah. Dalam saat dia cuak macam ni boleh pulak tanya soalan macam
ini.
“Jawab je lah soalan tu.” Wafie
geli hati melihat telatah adiknya itu. Dia hanya menahan gelak daripada
tersembur keluar.
“Hmm..Mai target paling kurang
pun 7A laa kot.”
“Ni along nak nasihatkan Mai. Tak
salah nak target tinggi-tinggi. Tapi jangan terlalu mengharap, takut nanti akan
kecewa. Kalau dah kecewa nanti siapa yang susah? Along jugak!” Humairah pelik. Apa
pulak kena mengena dengan along nya pulak. Akhirnya tawa Wafie yang
ditahan-tahan sebelum ini tersembur juga. Humairah mula menarik muka tanda
protes.
Satu ppersatu
nama disebut. Humairah sedikit gusar kerana namanya tidak dipanggil lagi. Dia mula
mahu melangkah, akan tetapi nama terakhir yang disebut menyebabkan Humairah
rasa mahu pengsan kerana terkejut. Sentuhan alongnya menyedarkan dia. Humairah
bergegas naik ke atas pentas dan mengambik keputusan SPM tersebut. Humairah
menyeka air matanya yang mula bergenang. Semua pelajar mengucapkan tahniah
kepadanya. Alisya datang dan memeluk Humairah. Dia bangga mempunyai seorang
kawan yang pandai.
“Alisya. Kau dapat berapa A?”
tanya Humairah.
“Aku tak sepandai kau yang dapat
8A. aku dapat sikit je.” Alisya memuncungkan mulutnya.
“Sepatutnya kau bersyukur dengan
apa yang kau dapat. Kau dah usaha pun kan. Ada hikmah disebalik semua ni. bla…bla…bla..”
Alisya menekup mulut Humairah yang masih membebel lagi. Humairah membesarkan
matanya. Alisya hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Kau tak payah nak membebel kat
sini. Aku dah puas dengar tau. Aku dapat 7A1B. Alhamdulillah. B chemistry.”
“ Alhamdulillah. Hebat jugak kawan
aku ni.” luah Humairah.
“Jomlah aku hantar kau balik
sekali. Alang-alang rumah kau pun dekat dengan aku. Lagipun aku tau, kau datang
seorang kan.” Humairah menarik tangan Alisya dan membawanya ke tempat kereta
myvi ditempatkan. Alongnya menunggu di situ. Pada mulanya Alisya seperti
teragak-agak untuk masuk ke dalam. Setelah beberapa kali dipaksa akhirnya dia tidak
membantah.
0 comments:
Catat Ulasan