Pagi itu Humairah terlewat
bangun. Tepat pukul 6.30 baru dia terjaga. Tergopoh-gapah dia ke bilik air
untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Dia bergegas ke dapur dan makan beberapa
ketul karipap. Dia perlu mengambil sarapan pagi kerana mempunyai gastric.
“Ma!!! Awat tak kejut Mai tadi? Mai dah lambat
pergi sekolah ni. nanti kena denda pulak dengan pengawas.” Kata Humairah.
“ Mama dah
ketuk pintu kamu. Ingatkan kamu terus bangun. Rupanya tidur lagi. Dah jangan
nak membebel lagi. Ikut siapalah Mai ni suke membebel.” Gerutu Puan Hanisah.
Lantas dia mencapai kunci kereta dan memanaskan enjin.
Wardah
Humairah bersyukur kerana dia sempat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
Tiadalah dia perlu menghadap muka pengawas dan dikenakan denda.
“ Mai pergi
dulu mama.” Ucap Mai sambil menyalami tangan mamanya.
“Hmm..
Belajar elok-elok. Jangan nak dok berangan je. Kirim salam mama dengan Alisya.”
Humairah tersenyum sumbing. Puan Hanisah terus memandu pulang ke rumahnya.
Kemudian Wardah humairah berlari-lari
anak ke kelas. Sampai sahaja dikelas, dia terus mendapatkan Alisya.
“Lisya mama
aku kirim salam. Dia kata jangan banyak berangan ingat buah hati.” Kata
Humairah sambil mengenyitkan mata.
“Banyaklah
kau. Mama kau tu pesan dekat kau kan
sebenarnya. Tapi memandai je nak kenakan aku pulak. Setahu aku yang kuat
berangan ni Wardah Humairah Binti Fauzi. Bukan aku.” Alisya memulangkan paku
buah kerass kepada Humairah.
“Mana pulak
aku kuat berangan. Aku Cuma merenung masa hadapan. Hehehe.” Balas HUmairah
sambil tersenyum.
“Tengok tu
sempat lagi berangan. Hoi.!! Cikgu dah datang tu.” Tambah Alisya.
Keriuhan
pada waktu balik sekolah ini amat membingitkan. Akan tetapi ia tidak menjadi
masalah kerana semua pelajar gembira apabila tamatnya pembelajaran. Peluang ini
juga tidak dilepaskan bagi Humairah. Ketika sedang menunggu mamanya pulang
daripada kerja untuk mengambilnya, hairi datang menghampiri. Tujuannya Cuma satu. Dia ingin mendapatkan
jawapan daripada Humairah.
“Humairah!!”
seru Hairi.
“Opocot mak
kau!! Ya Allah terperanjat saya.kot ya pun bagilah salam dulu.” Marah Humairah.
“Maaf. Saya
ingat awak sedar kehadiran saya. Jauh awak termenung.” Tegur hairi. Humairah
hanya membisu.
Sepi
terjadi beberapa ketika. Hairi mencari ayat untuk bertanaya kepada Humairah.
“ Awak… Apa
jawapan dia?” Tanya Hairi.
‘Setahu aku
dia tak pernah tanya apa-apa pun dengan aku.’ Bisik hati kecil Humairah.
“Jawapan
apa?” Humairah kebingungan.
“Hmm..jawapan
untuk surat semalam.” Jawab Hairi.
“Oh..
Maafkan saya Hairi. Saya bukan nak kata apa. Tapi cukuplah sekadar kita
berkawan dan tak lebih daripada itu. Saya hormati awak sebagai seorang ketua
pengawas. Seharusnya awak menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain.
Lagipun tahun ini kita berdua nak hadapi peperiksaan besar. Saya tidak mahu ada
apa-apa yang menganggu fokus saya dalam pelajaran. Saya harap awak mengerti.
Assalamualaikum. Saya pulang dahulu.” Ucap Humairah dan segera berlalu
mendapatkan mamanya yang sedang menunggu di luar pagar. Meninggalkan Hairi yang
tergamam mendengarkan ungkapan yang cukup menyentap jiwa dan raganya.
Humairah mengeluh
sedalam-dalamnya. Dia amat tidak menyukai perkara yang menyebabkan dia tidak
fokus dalam pelajarannya. Sedari dahulu dia terkenal dengan kebijaksanaan dan
kecantikannya sehingga terjadi sesuatu yang tidak diingini olehnya di akhir
tahun di sekolah rendahnya. Mengenangkan hal itu menyebabkan dia berdiam diri
dan banyak termenung sendirian.
‘Petang itu Humairah datang awal ke sekolah.
Sebagai pengawas, dia perlu melakukan tugas yang diamanahkan. Kedududukan kelas
Humairah yang sedikit jauh daripada tempat letak basikal menyebabkan dia perlu
berjalan kaki ke kelasnya. Daripada jauh
kehadiran Humairah telah diperhatikan oleh Zihan yang telah sekian lama
menyukainya. Zihan merupakan pelajar sekolah menengah yang amat dibenci oleh
pelajar perempuan yang lain kerana dia suka mempermainkan perasaan perempuan.
Zihan mula menghampiri Humairah. Kedatangan Zihan telah mematikan langkah
Humairah.
“Hai
Humairah. Awal awak datang ke kelas hari ini. Seorang saje?” Tanya Zihan.
Humairah meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan pertanyaan Zihan. Dia tidak
mahu ambil peduli dengan lelaki playboy itu.
“Amboi.. Sombongnya.. Mari saya temankan awak sampai
ke kelas.” Sambung Zihan. Dia cuba
mengambil perhatian Humairah. Humairah hanya melirik kepada Zihan dan
mempercepatkan langkahnya.
Tiba-tiba Zihan memegang
lengannya. Humairah meronta untuk melepaskannya tetapi tidak boleh. Zihan
membawanya ke tempat yang orang lain tidak boleh nampak.
“eh?!!!
Lepaskan tangan saya.” Marah Humairah.
“Awak ni
cantik sangatlah Humairah.” Ucap Zihan. Dia cuba untuk menyentuh wajah Humairah
tetapi ditepis. Humairah amat takut ketika itu. Dia menolak Zihan sekuat hati
dan terus berlari. Akan tetapi Zihan sempat menangkap pergelangan Humairah dan
menyebabkan Humairah terjatuh sama ke tanah.
“Awak
jangan berani nak dekat dengan saya. Kalau tak saya jerit!” tutur Humairah
dengan nada geram. Zihan hanya gelak.
“Awak jerit
kuat mana pun tak ada orang yang dengar. Awak sedar tak kawasan kelas awak ni
jauh daripada pejabat dan kelas yang lain?” ketawa Zihan semakin galak.
“Tolong!! Awak
jangan dekat dengan saya. Kalau tak tahulah saya nak buat apa.” Humairah member
amaran kepada Zihan.
“Apa awak
nak buat dengan saya? Setakat awak ni, saya boleh handle seorang.” Kata Zihan
sambil ketawa.
Humairah hanya mampu berdoa agar
Allah menyelamatkan dia daripada Zihan. Tiba-tiba Humairah terpegang sesuatu
yang keras. Yes!! Batu! Dia mempunyai benda yang bakal menyelamatkan dirinya
andai sesuatu berlaku. Zihan semakin menghampiri. Dia mencuba untuk memegang
tangan Humairah sekali lagi. Humairah
mengambil batu tersebut dan melontarkan kepada Zihan. Humairah melontarkan batu
sebanyak yang mungkin untuk menyelamatkan dirinya. Keadaan ketika itu seperti
hujan batu yang sedang melanda di sekolah itu.
“Aduh!!
Humairah!! Apa awak buat ni?” Zihan mengaduh kesakitan.Zihan cuba
mempertahankan dirinya daripada terkena batu.
Kesempatan ini tidak dilepaskan oleh Humairah untuk melepaskan diri dan
menyorok daripada penglihatan Zihan. Humairah sempat mengintai dari celahan
kelasnya untuk melihat Zihan. Dia cuba mengawal pernafasannya daripada
didengari oleh Zihan. Dia terkejut apabila melihat cecair merah mengalir di
kepala Zihan. Dia berasa kasihan tetapi dia mencegah dirinya untuk kasihan
dengan lelaki itu.
“Berani
awak buat saya macam ni Humairah. Tahulah
apa saya akan buat. Saya akan adukan perkara ini kepada guru besar atas sebab
awak menyerang saya kerana saya mengur awak. Awak tahulah nanti.” Sejurus berkata
sedemikian Zihan terus berlalu daripada situ.
Humairah
hanya mampu menangis di situ. Dia menyesal kerana mengikut kata hati yang
tiba-tiba mahu datang awal ke sekolah hari itu. Dia tahu dia akan dikenakan
tindakan. Akan tetapi dia bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa
keadaan. Biarlah apapun yang terjadi dia akan hadapi dengan tabah. Berikutan hal
itu, HUmairah telah dilucutkan jawatan dan beberapa hari kemudian berpindah ke
sekolah lain. Semenjak itu dia tidak mahu berjumpa lagi dengan insane yang keji
bernama Zihan itu lagi.
“Wardah
Humairah binti Fauzi!!! Ya Allah… sempat lagi berangan dalam kereta tu. Eh ni
kenapa anak mama menangis ni?” Puan Hanisah kerisauan.
“ Tak ada
apa-apa mama.. Mai okay je.” Balas Humairah.
“Ni berapa
lama nak duduk dalam kereta?” tanya Puan Hanisah untuk mengembalikan anaknya kea
lam nyata.
“eh?? Dah berapa lama mama sampai rumah ni? baik
ma!! Mai nak turun ni!” kata Humairah sambil memeluk erat mamanya.
0 comments:
Catat Ulasan