CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 2 Mac 2013

SAAT LAFAZ SAKINAH~


BAB 1

“Kring.kring.”  Ganggang telefon minta diangkat dengan segera. Sejurus itu laungan Puan Hanisah kedengaran.
            “Mai, pergi angkat call tu. Mak tengah masak kat dapur ni!” laung Puan Hanisah.
            “ Ala mama..Mama lah yang angkat. Mai tengah busy tengok cirita korea ni. tengah part best pulak tu.”
            “  Ish. Anak bertuah ni. pergilah angkat sekejap.” Pening Puan Hanisah melihat sikap Humairah yang sedikit pelik daripada abangnya. Dia faham benar. Andai dia sedang menonton cerita korea pasti tidak akan bergerak apabila disuruh. Puan Hanisah meninggalkan sebentar masakannya dan mengangkat telefon tersebut.
            “Hello. Mak cik boleh saya bercakap dengan Mai?”
            “oh. Alisya. Sebentar ye.” Ganggang bertukar tangan. Puan Hanisah segera ke dapur.
            “ha! Ada apa call aku ni Lisya? Aku tengah syok tengok  City  Hunter ni.” ngomel Humairah. Tontonannya sedikit terganggu.
            “ Sorrylah sayang. Saya taulah awak tu pandai.baca sekejap dah boleh ingat. Eh, Mai kau dah siap kerja addmath yang Cikgu Maimunah bagi?”
            “Owh. Dah. Kenapa?” tanya Humairah.
            “ kan aku dah cakap.sekejap je kau buat. Kejap lagi aku datang umah.sediakanlah apa-apa yang patut eh.” Alisya menamatkan panggilan dan bersiap-siap untuk ke rumah Humairah.

Setelah Alisya menyudahkan kerja addmath, dia meminta diri untuk pulang ke rumah tetapi dihalang oleh Puan Hanisah. Puan Hanisah mengajak Alisya untuk turut serta makan petang di banglo itu. Alisya berura-ura untuk balik juga tetapi ditarik oleh Humairah ke taman di dalam rumah itu.
            “Asal kau ni Lisya? Tak payah nak malu-malu kucing pulak dengan family aku. Aku tau kau dari tadi lapar kan? Aku dengar bunyi perut kau tu.” Muncul idea Humairah untuk menyakat sahabatnya itu.
            “Eh? Ada ke perut aku bunyi?”Tanya Alisya.
            “Ada. Bunyi dia macam ni..mieow.mieow.” kata Humairah sambil menggayakan seekor kucing yang kelaparan. Alisya baru mengetahui dirinya telah dikenakan lantas menyubit Humairah.
            “Adoi! Bisanya tangan kau ni. Kalah ketam.”  Usik Humairah lagi. Alisya tergelak mendengar celoteh Humairah. Humairah sengaja meletakkan banyak kuih didalam pinggan Alisya. Lantas Alisya mengambil pinggannya kembali.
            “Kau sengaja ambilkan banyak-banyak. Siapa nk makan ni?” Alisya berpura-pura marah.
            “Tak payah nak diet sangat laa kan. Kalau takut gemuk setiap minggu jom temenkan aku jongging. Tak jauh pun. Adalah dalam 10 meter.” Kata Humairah sambil mengenyit mata. Dia tahu Alisya memang tidak gemar berjogging. Takut muka burn katanya.
            “Ah! Taknaklah aku. Kau pun tahu aku takut muka aku ni burn. Kalu dah burn siapalah yg nakkan aku ni. lainlah kau.berlambak orang nak. Orang HOT lah katakan.” Jawapan Alisya menyebabkan Humairah gelak terguling-guling.
            “Mai aku serius tau. Semua orang nak kau. Aku ni siapalah yang nak ye.” Kata Alisya. Kata-kata Alisya menambahkan lagi tawa Humairah.
            “Mai!!!  Aku serius ni.” geram Alisya.
            “Bukan aku yang nakkan diorang pun. Tak hingin aku”kata Humairah dalam tawa yang masih bersisa. Puan Hanisah hanya menggelengkan kepala melihat keletah dua orang sahabat itu.

            Pagi yang indah dan harmoni itu Humairah pergi ke sekolah dengan perasaan yang sungguh gembira. Dia bersyukur pada hari itu dia masih lagi dihidupkan. Gembira kerana dia dapat menambah lagi ilmu untuk dirinya. Pada tahun ini, Humairah akan menduduki Sijil Penilaian Menengah. Oleh itu, dia perlu mendapatkan keputusan yang terbaik untuk membalas jasa kedua ibu bapanya. Malahan pula ayahnya seorang businessman yang terkenal di Kuala lumpur. Oleh kerana itu dia mahu membuat papanya bangga dengannya. Laungan namanya membuatkan dia tersedar berada di alam nyata. Humairah terhenti seketika. Dia kenal benar dengan suara Alisya yang suka melaung namanya tidak kira waktu dan ketika.
            “Mai! Mai! Mai!” laung Alisya
“Lajunya kau jalan. Tak terkejar aku. Penat tau!”tercungap-cungap alisya menghirup udara.
            “Yang kau ni kenapa Alisya? Kau nak kejar apa? Takkan lari gunung dikejar tapi kallau aku yg kau kejar aku cabut dulu.” Humairah yang berura mahu masuk ke kelas ditahan oleh Alisya.
            “Yang kau ni tak menyempat nak masuk ke kelas kenapa? Ni ha! Ada surat untuk kau. Secret admire bagi.” Tersungging senyuman Alisya.
            “untunglah ada secret admire.” Tambah Alisya lagi. Humairah mencebik.
            “Takde untungnya kak oi. Aku malas la nk baca. Kau buang je la dalam tong sampah tu. Aku tak berminat.” tutur Humairah lantas masuk ke kelas dan duduk di tempatnya.
Setelah puas dipujuk humairah mengambil juga dan meletakkan surat itu di meja. Dia malas nak ambil pusing semua ini. Setelah diasak beberapa kali barulah dia membaca surat tersebut sekadar untuk menutup mulut Alisya yang becok bertanya. Kemudian dia pergi ke tong sampah dan mengoyakkan surat itu sehingga menjadi cebisan kecil. Alisya hanya memerhati. Dia berasa hairan dengan Humairah. Seorang yang tak kisah pasal lelaki. Andai tiada lelaki di sampingnya pun dia tak kisah.
            “Ish! Geli geleman aku baca surat tu. Habis naik semua bulu roma aku.” Kata Humairah.
            “Apa dak tu cakap sampai aku tengok kau geli semacam ni? siap koyak kecil-kecil lagi.” Tanya Alisya.
            “dia kata I Love u la. Nak kawin dengan aku la. Ish! Diorang ni takde benda lain nak fikir ke? Fikirlah pasal SPM ke. Boleh skor ke x? Apa hala tuju lepas ni ke? Takde faedahnya pun fikir pasal ni. lagipun kau tahu kan aku tak suka. Belum sampai masanya nak fikir benda ni. bla..bla..bla..”
‘Adoi. Mak cik ni kalau dah start membebel memang takkan habislah.’ Ngomel Alisya/
            “Chop! Chop! Kau ni suka sangat membebel. Tak sanggup lagi aku nak dengar. Cikgu dah sampai tu.” Alisya segera menarik Humairah agar duduk di tempatnya segera.

            Waktu rehat itu, seperti biasa kedua-dua sahabat itu akan berseiringan pergi ke kantin. Tak lengkap andai tiada salah seorang daripadanya. Di pertengahan jalan, mereka ditegur oleh ketua pengawas, Mohd Hairi. Dia amat terkenal dengan kekacakannya hingga boleh membuatkan pelajar perempuan cair apabila melihat dia. Tidak terkeculi Alisya.
            “ Mai saya ada barang nak beri kepada awak. Jumpa di belakang sekolah selepas tamat kelas.” Ucap Hairi tanpa mendapatkan persetujuan daripada Humairah. Selepas Hairi pergi mereka  berbual kosong.
            “Kenapa Hairi tiba-tiba nak jumpa kau?” Tanya Alisya.
            “ Manalah aku tau. Aku ni bukan ahli nujum la.” Humairah sengaja membuat lawak untuk menghilangkan debaran hatinya. Lawaknya tidak menjadi kerana Alisya tidak gelak.
Setelah tamat waktu persekolahan, Humairah mengajak Alisya untuk bersamanya ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu. Beberapa minit kemudian, barulah muncul Hairi.
            “Maafkan saya kerana terlewat. Kelas habis lambat tadi.” Ucap Hairi
            “Oh. Tak mengapa.” Balas Humairah.
Sepi seketika. Hairi cuba mengumpul kekuatan untuk memberi surat itu. Humairah menunggu. Akhirnya Humairah terpaksa membuka mulut agar suasana di situ tidak terlalu sunyi.
            “ Kenapa awAk nak jumpa saya Hairi?” Tanya Humairah. Hairi terkedu.
            “ Saya nak beri awak surat ni. harap awak baca dahulu baru fikirkan. Maaf sekali lagi kerana menyusahkan awak dan Alisya. Terima kasih sebab sudi datang.” Luah Hairi.
Humairah mengambil surat itu dengan teragak-agak. Kemudian Hairi berlalu pergi. Mereka berdua terkedu. Hairi mahu jumpa Humairah semata-mata nak bagi surat tu. Pelbagai persoalan menerjah minda mereka berdua tapi tidak terluah. Setelah pulang daripada sekolah Humairah lantas membaringkan tubuhnya ke katil tanpa membuka tudung. Dia menjadi pelik dengan sikap Hairi tiba-tiba. Tidak pernah lelaki itu memberi surat. Dia juga pelik kenapa dia tidak membuang surat itu.
Hatinya menolak keras untuk membuat sedemikian. Dia sangat penat untuk memikirkan surat itu lantas membuka dan membacanya.

Ke hadapan Saudari Humairah……
Maafkan saya andai kehadiran surat ini sedikit sebanyak mengganggu emosi saudari. Saya tahu mungkin saya juga akan ditolak mentah-mentah seperti lelaki lain yang cuba mendekatkan diri dengan awak.
Sedari mula saya amat tertarik dengan saudari. Sudah lama saya memerhatikan saudari daripada jauh. Saya tidak berani kerana ramai budak lelaki yang kata awak ni garang dan akan ditolak mentah-mentah. Tapi hati saya tetap mahu mencubanya juga. Budi bahasa dan lenggok gaya saudari membuAtkan hati saya lebih tertarik untuk bersama saudari. Makin bertambah-tambah cinta saya untuk saudari. Baying-bayang saudari selalu hadir tatkala lena mahupun jaga. Dan sekarang saya amat yakin cinta saya ini memang untuk saudari. Sudikah saudari mencintai saya juga? Harap saudari sudi menjadi teman saya dikala ini. Kita boleh belajar bersama-sama dan sebagainya.
SAYA CINTAKAN AWAK HUMAIRAH.
Saya menunggu jawapan awak esok hari.
Yang tulus mencintaimu,
            HAIRI..

Humairah terkejut dengan apa yang dibacanya. Tidak disangka lelaki yang disegani di sekolahnya menyukainya dan ingin bercouple dengannya. Dia semakin binggung. Apa yang wajar dilakukannya. Inilah perkara yang tidak digemarinya. Dia takut kalau dia menyukai orang itu ataupun lelaki itu menyukai dia ataupun mereka berdua menyukai satu sama lain. Dia tidak sangka gerak gerinya disekolah sentiasa menjadi perhatian. Berdosakah dia? Salah dia ke menyebabkan kaum adam ini menyukainya?Huh. Dia melepaskan keluhan. Dia sudah membuat satu  keputusan. Dia tidak akan bercinta dengan sesiapa hingga dia dapat menggenggam segulung ijazah. Itu tekadnya. Cukuplah sekadar berkawan. Akhirnya Humairah terlelap kerana terlalu banyak dihujani dengan persoalan. Malas dia mahu memikkirkan semua itu.

0 comments:

Catat Ulasan