CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 9 Februari 2012

sambungan post sahabat oh sahabat


 السلام عليكم......


Ibu bapa Syifa’ segera dihubungi dan diberitahu mengenai Syifa’. Syifa’ segera dihantar ke wad kecemasan Hospital Tunku Ampuan Rahimah. Tidak lama kemudian ibu Syifa’ datang berseorangan ke hospital.
“macam mana dengan anak saya ustazah?”
“Buat masa sekarang ni doctor tak bagitau apa-apa. Dia masih dalam unit kecemasan. Kita tunggu doctor beritahu kondisi Syifa’. Sabarlah Puan Siti. Banyakkan doa agar Syifa’ cepat sembuh.” Ustazah Kamaliah menenangkan hati Puan Siti.
“Ya Allah satu persatu dugaan yang Kau beri keatas keluarga kami. Tabahkanlah hatiku Ya Allah” monolog Puan Siti di dalam hati. Beberapa minit kemudian Doktor Fazli keluar. Puan Siti terus menerpa kearah doktor Fazli.
“ doktor bagaimana keadaan anak saya?”
“Alhamdulillah. Buat masa ni keadaan dia stabil. Boleh saya berjumpa puan persenol dalam bilik saya?”doktor Fazli bertanya. Puan Siti tertanya-tanya sendiri kenapa Doktor Fazli ingin berjumpa dengannya secara personal.
“Sebenarnya saya ingin bertanya mengenai anak puan. Pernah tak dia terhantuk atau terjatuh?” doktor Fazli bertanya. Puan Siti mengingat semula kejadian yang berlaku.Setahunya Syifa’ tidak pernah terhantuk ataupun terjatuh cuma…….
*******************************************************************
Malam itu Rasyid pulang dalam keadaan marah-marah lagi.
Habis bersepah barang-barang di biliknya. Tujuannya Cuma satu, dia inginkan wang daripada isterinya.
“Abang!! Apa yang abang buat ni? Abang nak apa?”
“Duit!! Mana duit?” Rasyid bertanya.
“Tak cukup lagi ke wang yang saya beri semalam?” Puan Siti sudah mula teresak-esak.
“Ah! Aku tak peduli!! Aku tau kau ada simpan duit lagi!”Rasyid menyelongkar almari dan katil. Habis bersepah barang-barang di bilik tersebut.
“Abang, Siti dah tiada wang lagi. Semua wang Siti dah beri semalam. Abang nak buat apa dengan duit banyak-banyak tu?”
“Kau senyap! Aku tau! Mesti kau bagi Syifa’ pegang duit tu kan?” Rasyid segera pergi ke bilik Syifa’. Puan Siti terus meluru kearah suaminya dan merayu agar Syifa’ tidak diganggu.
“Abang! Jangan apa-apakan Syifa’!”
“Ketepilah!” Puan Siti ditolak dengan kasar. Pintu bilik Syifa’ ditolak dengan kuat. Syifa’ terkejut.
“Eh Ayah. Kenapa ni?” Syifa’ memaniskan mukanya.
“Mana kau simpan duit?”
“duit apa? Saya takde simpan duit.”
“Kau jangan nak bohong! Aku tau kau ada simpan duit. Kau jangan nak sorok daripada aku!”Rasyid segera menarik rambut Syifa’.
“Ayah sakit. Mak tolong Syifa’ mak!”
“Bang saya merayu jangan buat Syifa’ macam ni. Dia nak SPM tahun ni. Kami memang tak simpan duit.”
“Ah! Peduli apa aku dengan SPM dia. Sekarang ni aku nak kau bagi duit tu kalau tak aku bunuh budak ni.” Rasyid mengugut puanSiti.
“Ayah sakit!” tidak puas menarik kepala Syifa’ dihantukkan pula ke dinding.
“Abang! Jangan buat syifa’ macam tu. Baiklah saya beri wang tu.” Puan Siti segera membuka laci belajar Syifa’ dan member wang tersebut kepadanya Rasyid. Setelah mendapat wang tersebut Rasyid egera beredar.
*******************************************************************
“Puan Siti…Puan Siti… Jauhnya puan mengelamun.” Suara doktor Fazli menyedarkan Puan Siti ke alam nyata.
“Oh. Minta maaf doktor. Rasanya dia pernah terhantuk sekali.”
“Hmm… Saya berharap puan dapat bersabar dengan apa yang saya mahu katakan ini.” Doktor Fazli terdiam seketika. Dia mencari kata-kata yang sesuai untuk dijelaskan kepada Puan Siti.
“Macam ni. Anak puan disahkan mengadapi tumor otak tahap tiga. Mungkin ini disebabkan oleh kerana dia pernaha terhantuk. So ada darah beku dalam kepala dia. And now, bila dia terhantuk lagi baru boleh Nampak ketumbuhan itu. Saya berharap puan dapat bersabar.”
Puan Siti tergamam dengan apa yang diperkatakan oleh doktor tersebut. Dia tidak menyangka demam Syifa’ selama ini merupakan tanda ketumbuhan tersebut.
“Terima kasih doktor.” Puan Siti seraya keluar daripada bilik tersebut. Dia masuk ke wad anaknya ditempatkan.
“Mak dah tahu ke?”Syifa’ bertanya.
“ Syifa’ dah tahu ke selama ini?” Syifa’ mengangguk.
“Saya minta maaf sebab tak bagitau mak. Saya tak nak mak susah hati. Cukuplah apa yang ayah telah lakukan kepada emak.” Puan siti segera memeluk anak yang dikasihinya. Baginya Syifa’ terlalu banyak menanggung rasa seperti dirinya.


“Syifa’! macam mana keadaan kamu sekarang ni?” Aisyah bertanya.
“Alhamdulillah. Saya rasa sihat sikit. Thanks korang sebab sudi lawat Syifa’.” Syifa’ berkata.
“Hmm.. Ni sebab kitaorang mempunyai belas kasihan nak jenguk kau. Eh Syifa’ gurau je. Kitaorang risau keadaan kau. Tu yang jenguk. Kalau tak memang tak Nampaklah batanh hidung kitaorang ni.” Farah mula dengan gurauan nya.
“oh! Kalau jenguk takkan takde menghulur buah tangan ke cenderahati ke?”Syifa’ membalas balik gurauan Farah.
“Alamak! Mana aku letak buah tadi? Ya Allah! Aku trtinggal kat rumahlah.” Farah mula rasa bersalah.
“It’s okey laa. Aku tak mengharap sangat pun.” Syifa’ cuba memujuk.
“Kak Syifa’ ni ada buah tangan sikit daripada saya. Takpelahsaya wakilkan kak Farah sekali.” Semua tergelak mendengar ulah Nik.
“Untunglah ada yang mewakilkan. Eh kita tak elok kacau pesakit. Jom balik. Lagipun mesti Syifa’ nak berehat.” Aisyah berkata.
“Takpe lah Aisyah.Saya tak kisah pun. Thanks korang sebab sudi melawat. And thanks too kepada pemberi buah ni.” Kemudian mereka berlima beredar daripada situ meninggalkan Syifa’ keseorangan.

Beberapa minggu kemudian Syifa’ kembali kesekolah seperti biasa. Dia perlu struggle belajar kerana minggu itu percubaan SPM. Sakit kepalanya perlu diketepikan. Dia tidak mahu sakitnya itu menjadi penyebab untuk dia berjaya.
“Syifa’ kamu okey tak ni? Muka kamu Nampak pucat.” Aisyah bertanya.
“InsyaaAllah takde pape. Saya okey je. Mungkin ni sebab cuak nak jawab biology. Hehehe..”Syifa’ mencuba untuk senyum walaupun dia tahu senyumannya itu Nampak hambar.
“Betul ke ni?”
“Betul. Tiada apa yang nak dirisaukanlah. Doakan saya dapat jawab dengan tenang. Jom masuk.” Syifa’ menarik tangan Aisyah.
Selepas habis percubaan itu Syifa’ terus kembali kerumah tanpa menegur Aisyah. Aisyah kehairanan dengan perangai Syifa’ beberapa minggu ini.
Syifa’ segera ke hospital untuk berjumpa dengan Doktor Fazli. Dia sangat tidak berdaya pada hari itu. Dia sangat bersyukur kerana percubaan SPM telah tamat.
“Syifa’ awak kena banyak berehat. Jangan lupa untuk datang rawatan pada setiap minggu.” Kata doktor Fazli.
“Terima kasih doktor.” Syifa’ terus pulang kerumah. Ketika sampai di hadapan rumahnya dia amat terkejut melihat ramai orang. Hatinya mula dihinggap perasaaan tidak enak.
‘kenapa ramai-ramai kat rumah aku ni?’ monolog hati Syifa’.
“Assalamualaikum.. Emak!” semua orang memandang simpati kepada Syifa’.
‘kenapa semua orang pandang aku macam ni? ada sesuatu yang berlaku kat mak ke?’ Syifa’ segera berlari ke ruang tamu. Dia ternampak tubuh kaku seseorang. Siapa? Ibunya ke?

0 comments:

Catat Ulasan