CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 24 Januari 2012

sambungan post sahabat oh sahabat


Sorrylah sebab lame tak update sambungan post sahabat oh sahabat.. ku susun sepuluh jari di atas kelemahan diri ini untuk menyambung cerita ini..
********************************************************************

Pagi yang dingin itu Nik Nur Naimah dating ke sekolah. Hajatnya cuma satu iaitu ingin menelaah pelajaran di sekolah. Tiba-tiba perasaan tidah enak menular dlam dirinya. Di kejauhan dia telah mendengar keriuhan yang tercetus di 5 Jauhari. Perasaan tidak enak itu mula meninggi.
‘Ya Allah.. Kenapa bising-bising kat sekolah pagi-pagi buta ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?’ Nik menoleh sekilas pada jam tangan kesangannya itu.
‘Baru pukul 6.50 pagi. Takkan lah dah ramai yang dating kat sekolah pagi-pagi ni. Baik aku pergi tengok sekejap.’ Monolog hati Nik.
“Apalagi yang kau nak daripada aku? Tak cukup dengan apa yang kau dah buat dengan aku hari tu?” kemarahan Syifa’ memuncak. Di dalam saat sebegini dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Syifa’ seorang yang cepat marah akan tetapi kemarahan itu cepat reda. Habis sume barang yang dapat dicapainya dibaling ke Syafiq Hamdan. Entah apa yang dikehendakinya.
“Aku tak nak apa-apa. Aku Cuma nak kau.” Syafiq tersenyum.
“Siapa nak kau! Eh lelaki macam kau ni berjuta-juta aku boleh jumpa kat luar sana tu. Dan untuk pengetahuan kau aku tak pernah suka kan kau, dan tak akan pernah mencintai kau.. Aku rasa kalau tanya perempuan mana-mana, semua akan tolak kau mentah-mentah.” Kemarahan Syifa’ semakin meluap-luap.
“Kau jangan cakap besar. Disebabkan kau dah tolak cinta aku mentah-mentah kau kena terima akibatnya!” Syafiq mula memeluk Syifa’.

Puas Syifa’ meronta tetapi dirinya tidak mempunyai kekuatan untuk melawan tenaga Syafiq. Nik yang kebetulan melalui hadapan kelas itu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia lantas menjerit meminta tolong. Amir Huzaifah yang kebetulan baru sampai pada ketika itu lantas mendapatkan Nik. Syafiq pada ketika itu sangat terkejut dengan kehadiran Amir Huzaifah. Dia segera melarikan diri melalui pintu belakang kelas 5 Jauhari. Amir Huzaifah mengejarnya dan akhirnya dapat menangkap Syafiq Hamdan. Nik segera mendapatkan Syifa’. Nik segera memeluk Syifa’ dan menenangkannya.Syifa’ sangat bersyukur pada ketika itu kerana Syafiq tidak sempat berbuat apa-apa terhadap dirinya. Orang mula ramai kerana pada ketika itu pukul 7.00 pagi. Semua orang mula mengerumuni Syifa’. Beberapa orang yang datang awal dan melihat kejadian itu membantu Syifa’. Kehdiran Amir Huzaifah pada ketika itu menyebabkan kekecohan berlaku. Amir cuba meleraikan situasi itu dan menyuruh mereka kembali ke kelas.

“ Alhamdulillah akhirnya tertangkap jua manusia durjana itu.” Amir memulakan bicara.
“Terima kasih kerana sudi membantu” Syifa’ membalas.
“Kebetulan saya berada di situ. Lagipun saya berada di situ kerana terdengar jeritan Nik. Berterima kasih lah kepada Nik kerana kalau dia tidak menjerit tadi tiada siapa yang tahu apa yang berlaku” Syifa’ seraya memandang Nik Nur Naimah.
“Semua tu kebetulan je kak. Mungkin Allah telah gerakkan hati saya untuk datang awal ke sekolah hari ini.” Nik berkata.
“  Terima kasih Nik. Walaupun awak kata itu kebetulan akak berterima kasih sangat-sangat. Kalau awak tak ada tak tahulah apa yang jadi dengan akak ni. Amir terima kasih jugak” Syifa’ hanya menundukkan muka ketika berbicara dengan Amir. Aisyah berlari-lari mendapatkan Syifa’. Amir segera meminta diri untuk berjumpa dengan Ustaz Anuar berhubungan kes tersebut.

“Syifa’ kamu okey tak ni? Nik apa yang terjadi sebenarnya ni?” bertubi-tubi soalan yang Aisyah keluarkan. Syifa’ tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu.
“Inshaa Allah tak de pape. Nanti saya cerita dekat kamu. Sekarang ni kita kena masuk kelas sebab pembelajaran akan bermula. Thanks tau Nik sebab tolong akak tadi.” Aisyah dan Nik membantu Syifa’ untuk bangun. Baru beberapa tapak mereka berjalan tiba-tiba Syifa’ pengsan.
“Syifa’!!
“Kak Syifa’!!

Nik dan Aisyah menjerit serentak. Aisyah segera memangku Syifa’. Dia amat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Dia segera menyuruh Nik memanggil cikgu. Baru dia menyedari kepala Syifa’ berdarah di bahagian belakang.Ustaz Anuar dan Amir Huzaifah yang kebetulan melalui kawasan itu segera membantu Aisyah. Kemudian Nik datang dengan Ustazah Kamaliah merangkap guru PBSM sekolah itu. Ustaz Anuar pula menelefon ambulans. Tidak lama kemudian ambulans sampai. Sekolah menjadi kecoh kembali dengan kehadiran ambulans. Aisyah dan Nik membantu Ustazah Kamaliah membawa Aisyah ke ambulans untuk dihantar ke hospital. 

***********************************************************************************
Berita Syifa' dimasukkan ke hospital telah tersebar.. Ibunya telah di telefon. Dato' Bahar pula telah ditelefon.