CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 29 Mei 2013

bab 3-sambungan saat lafaz sakinah



bab 3

Beberapa minggu lagi peperiksaan Sijil Penilaian Menengah akan bermula. Pelajar-pelajar sekolah Menengah Tanjung bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum bermulanya SPM. Tidak kurangnya dengan Wardah Humairah dan rakan-rakannya. Begitu juga dengan Hairi. Semenjak dinasihati oleh Mai, dia telah sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan bukannya masa untuk berfikir tentang cinta. Sejak itu, dia mula rapat dengan Humairah. Mereka membuat study group agar memudahkan mereka bertanya antara satu sama lain. Hanya Izzul,Zahlia,Hairi,Alisya dan dirinya sendiri dalam study group ini. Bagi Humairah study group yang ahlinya terlalu ramai akan menyebabkan mereka sibuk bergosip dan  tidak fokus.
“Korang…korang lapar tak?” Tanya Alisya kepada Humairah dan rakan-rakannya.
“Lapar tak laparlah. Kenapa? Kau ni Lisya… study baru 30 minit dah lapar.” Balas Izzul.
“Aku tanya je. Tak cakap pun aku lapar!” jawab Alisya dengan geram.
“Alah kalau dah tanya pasal lapar ke tak tu maknanya kau dah laparlah. Makan je kau ingat. Tak habis study lagi kot.” Tambah Izzul mengapi-apikan lagi perasaan Alisya.
“Ish!! Kau ni kalau satu hari tak usik Alisya memeng tak sah kan Izzul. Dah..dah jangan gaduh.Aku tengok mama aku kat dapur sat. korang sambung study dulu.” Mai cuba melaraikan Izzul dan Alisya. Alisya tersenyum kemenangan kerana dibela oleh Mai.
Humairah cuba membantu apa yang patut didapur. Menu pada hari itu sangat menarik. Tambahan pula mamanya masak untuk rakan-rakannya juga. Setelah siap, Humairah membantu menghidangkan lauk. Aroma masak lemak cili api menusuk sampai ke hadapan. Aroma itu juga menyebabkan Alisya memberhentikan kerjanya dan terus ke dapur. Melihat Alisya Puan Hanisah sudah faham.  Puan Hanisah menyuruh Alisya memanggil rakan-rakannya yang lain untuk makan tengah hari bersama. Puan Hanisah telah menganggap Alisya seperti anaknya. Tambahan pula mak Alisya adalah kawan baiknya.
                “Sedapnya makcik masak. Dah lama saya tak makan lauk ni.” kata Zahlia.
                “Biasa je makcik masak ni.” ucap Puan Hanisah merendah diri.
                “Alisya tambah lagi . Bukan ke kau kata tadi kau lapar.” Izzul mula mencari bahan untuk mengusik Alisya.
                “Bila masa pulak aku cakap aku lapar tadi.” Alisya berdalih.
                “Ya. Semua orang menjadi saksinya.” Tambah Izzul.
                “Diamlah Izzul. Aku tak cakap pun aku lapar. Aka Cuma tanya korang lapar tak.. Ada faham?!” balas Alisya dengan nada geram. Izzul hendak membalas tetapi telah disampuk oleh Humairah.
                “Eh korang berdua ni kalau sehari tak bergaduh memang tak sah kan? Aku kahwinkan korang berdua ni baru tau.”
                “Ah!! Tak nak aku kahwin dengan dia. Gelap masa depan.” Balas Alisya.
                “Aku pun tak nak kahwin dengan kau Lisya. Bankrap kalau aku kahwin dengan kau. Asyik makan je kerja.” Kata Izzul pula.
                “Eh! Kalau ada orang nak kahwin dengan aku takde maknanya aku bankrap. Bertambah bahagia adalah.” Kata Alisya sambil menjelirkan lidah.
                “Dah.. Dah.. Aku baru cakap dah gaduh balik. Memang sesuai korang ni kahwin.”  Tegur Humairah.
                “Depan rezeki tak elok bergaduh.” Tambah Hairi pula. Izzul dan Alisya menarik muka masam.
Puan Hanisah  tersenyum melihat keletah Humairah dan kawan-kawannya. Humairah hanya mampu menyembunyikan senyumannnya melihat reaksi  Izzul dan Alisya selepas ditegur oleh Hairi.

                Menjelang pukul 4 petang barulah study group tersebut selesai. Semua kawan Humairah ingin meminta diri. Mereka mengucapkan terima kasih kerana sudi mencadangkan rumahnya sebagai tempat study group. Tambahan pula, halaman rumah Humairah yang luas dan mempunyai taman mini yang segar  membolehkan mereka belajar dengan aman dan tenang. Tidak lama kemudian, ayah Humairah pulang. Ayahnya bercadang untuk mengajak mereka makan di luar pada malam itu bersempena dengan hari Annivesary nya yang ke-22. Pada mulanya Humairah tidak mahu ikut serta kerana tidak mahu kacau daun dengan suasana romantis kedua ibubapanya. Akan tetapi setelah dipujuk oleh encik Fauzi barulah dia bersetuju. Lagipun pula mereka jarang dapat makan bersama-sama.  Seminggu kemudian Wafie telah menelefon Humairah dan memberitahu bahawa dia akan pulang tak lama lagi. Hal ini telah menggembirakan Humairah kerana along kesayangannya akan pulang ke Malaysia.  Dalam sibuk mengelamun, handphone nya berbunyi minta diangkat.
                “ Eh along! Kenapa telefon Mai ni? bukan aritu dah call ke?”  Humairah kehairanan.
                “Laa.. tak boleh ke along nak call kekasih hati pujaan along ni? Wafie berpura-pura sedih.
                “ Tak ada la salah. Tapi along kan buat panggilan dari UK tu. Nanti banyak pulak nak kena bayar bil telefon.”
                “Tak apa la. Orang tak sudi nak cakap dengan kita. Kita ni yang asyik rindukan dia. Dia langsung tak rindu kita.” Humairah tergelak mendengar kata-kata Wafie.
                               ‘along aku ni kenapa pulak sensitif sangat’ hati Humairah berkata-kata
                “ Ya laa. Mai ngaku. Mai pun rindu sangat-sangat dengan along. Along ni tak payah nak jiwang-jiwang la dengan Mai. Dengan kena sampuk dengan hantu ke?”  Wafie ketawa. Dia berdiri betul-betul di belakang Humairah secara senyap.
                “Along.. Along… Kenapa along senyap ni? Janganlah merajuk. Mai tak pandai nak pujuk-pujuk orang ni.”
                “Mai!!” sergah Wafie daripada belakang.
                “Opocot mak kau sayang meletup..” Wafie gelak melihat Mai melatah. Humairah mula memuncungkan mulut sedepa. Tawa Wafie mula kendur dan hanya tersenyum melihat muka Mai yang masam mencuka.
                “sorry darling. Along tak sengaja nak terkejutkan Mai. Tak payah la muncung macam tu. Dah boleh buat penyangkut baju.” Usik Wafie lagi lalu memeluk Mai. Humairah tersenyum. Tiba-tiba Wafie mencucuk perut Humairah. Humairah yang kegeliaan berlari dan mendapatkan ibunya.
 Humairah amat rindu dengan alongnya. Setelah beberapa tahun tidak berjumpa akhirnya dapat bertemu kembali. Wafie juga gembira telah menamatkan pengajiaanya dalam bidang perniaagaan di UK. Humairah gembira kerana kini keluarganya telah lengkap. Kedengaran suara papanya memanggil untuk menolong mengangkat barang shopping. Kedua ibu bapanya terkejut melihat kehadiran Wafie yang dijangka pulang pada minggu hadapan. Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapanya barulah dia menjelaskan perkara yang sebenar dan mengapa dia pulang awal.

               
                  Pagi itu Mai bangun awal daripada biasa. Puan Hanisah terkejut anak daranya bangun awal. Kebiasaannya Humairah akan bangun lewat sikit ketika cuti. Tapi tidak pula pada hari itu. Puan Hanisah memandang Humairah dengan perasaan pelik. Akhirnya Humairah memberitahu bahawa Wafie nak temankan dia pergi shopping. Oleh sebab itu, dia bangun awal.
                “Eh, awalnya adik along ni bangun. Mimpi apa ni?”
                “Haah.. awalnya anak papa ni bangun.”
                “Hehe.. Ada orang nak ajak Mai shopping. Of corse la Mai bangun awal.” Balas Humairah sambil tersengih seperti kera dapat bunga.
                “ Mai belanja along kan?” soal Wafie.
                “Apa pulak? Bukan along kata nak belanja Mai ke? Mana aci! Mai tak ada duit nak belanja along.” Humairah mula membuat muka seposennya. Semua orang gelak mkelihat reaksi Humairah.
                “Yelaa.. Abang belanja adik kesayangan abang ni.”selepas bersarapan Humairah dan Wafie menyalami mama dan papanya. Hala tuju mereka waktu itu adalah The Mines. Mines agak sibuk waktu itu. Kebetulan pula waktu itu adalah cuti sekolah. Ramai pelajar bersepah di Mines.
                “Wafie!! Kebetulan pula jumpa kau kat sini.”  Johnny menegur Wafie. Johnny dan Wafie belajar bersama-sama di UK Cuma Jhonny mengambil jurusan fotografer disana berbanding Wafie yang lebih suka mengambil jurusan perniagaan.
                “ Woi John. Long time no see.. Apa cerita kau sekarang?”  Wafie berjabat tangan dengan Johnny dan berborak. Kehadiran Humairah disitu tidak diendahkan. Mereka terlalu khusyuk. Humairah berdehem dengan kuat untuk menyedarkan mereka akan kewujudannya disitu. Johnny baru tersedar akan kewujudan seorang perempuan yang cantik di sisi Wafie.
                “Wow!! Siapa ni bro?? girlfriend kau ke bro?” tegur Johnny. Dia terpegun untuk seketika. Humairah hanya memuncungkan mulutnya. Wafie tersengih melihat ulah adiknya itu.
                “Aku tak ada girlfriend lah John. Ni aku perkenalkan adik aku, Wardah Humairah. Satu-satunya adik,kekasih merangkap girlfriend aku, yang paling aku kasihi dan cintai” balas Wafie. Dia menarik Humairah dan memaut bahunya.
                “Kau tak pernah pun beritahu aku, kau ada adik kan bro?! How dare you!” Johnny menumbuk bahu Wafie.
                “ Ala… Kalau aku beritahu kau pun, kau nak buat apa dengan adik aku? Nak mengurat dia? No way bro!! Aku tak nak bagi kau. Ini hak milik aku.” Gelak Humairah apabila mendengar kata-kata abangnya itu. Mereka berdua tercengang melihat Humairah. Tidak tahu mana yang lucu sehingga Humairah gelak sebegitu rupa sehingga mengalirkan air mata.
                “Kenapa Mai gelak?” tanya Wafie.
                “Hehehe… Muka along tu la.. Kelakar. Confindent sungguh.” Balas Humairah. Wafie menjeling adiknya.
                “Sorrylah bro. Aku chow dulu. Aku tak nak jadi kacau daun adik beradik ni bermesra.” Johnny menahan tawanya. Selepas menamatkan bicaranya dia berjabat tangan dengan Wafie.
Seharian mereka di Mines cukup membuatkan Humairah gembira. Tambahan pula alongnya telah berhabis duit untuk hari itu untuk membeli segala kemahuan Humairah. Humairah begitu senang. Dia berasa bahagia mempunyai seorang along yang perihatin terhadap dirinya dan sangat menyayanginya.

Hari ini adalah kertas terakhirnya dalam SPM. Dia menduduki SPM untuk kertas kimia pada hari ini. Rasa tidak sabar untuk menghabiskan kertas terakhir ini melonjak-lonjak. Andai masa dapat dipercepatkan, Humairah mahu masa berlalu dengan pantas. Tamat sahaja kertas kimia, semua pelajar bersorak kegirangan. Bunyi mercun disana sini. Walaupun mereka telah diberi amaran keras untuk tidak membawa ke sekolah, akan tetapi ada segelintir pelajar yang tetap membawa barang tersebut. Bagi pelajar perempuan pula merka sibuk berborak mengenai rancangan masing-masing selepas SPM. Ada yang sibuk mahu bekerja dan mengumpul duit. Ada yang mahu mengmbil lessen kereta dan bermacam-macam ragam lagi. Humairah mencari-cari kelibat Alisya. Dia begitu teruju untuk mengetahui kemana hala tuju sahabatnya itu selepas ini.
                “Izzul!!! Kau ada nampak Alisya tak?” tanya Humairah.
                “Alisya?? Aku rasa dia pergi toilet tadi. Kenapa?” Balas Izzul.
                “Nothing. Saja nak jumpe dia sebelum cuti. By the way thanks and happy holiday I guest.” Humairah melambaikan tangan dan pergi meninggalkan Izzul di situ. Dalam pencarian mencari Alisya Humairah terserempak dengan Hairi. Setelah berbual untuk beberapa ketika Humairah pun berlalu.
                “Hai laa. Susahnya aku nak cari kau. Macam nak cari artis pun ada.” Alisya hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
                “Ni mesti kes tak faham apa aku cakap kan?! Kau tu la susah sangat nak cari. Nasib baiklah aku tanya Izzul dia tau kau kat mana. Kuat betul chemistry korang kan?” Humairah memulakan perbualan untuk mengenankan Izzul dengan Alisya.
                “Kau jangan nak start cerita merepek tu. Aku dengan dia tu tak ada chemistry langsung tau! Kau pun tau kan dia suka cari gaduh dengan aku. Aku benci gila dengan dia.”
                “Orang kata mula-mula benci, lama-lama nanti sayanglah. Lagipun tak elok kau gaduh-gaduh dengan dia nanti kahwin betol-betol baru tau!” Humairah memulakan spekulasi yang entah benar atau tidak itu.
                “Mai!!!!!!!” Humairah berlari daripada dicubit oleh Alisya. Akhirnya mereka berhenti kepenatan di taman sekolah dan tergelak bersama-sama.
                “Alisya, kaulah sahabat aku dunia akhirat. Nanti bila kau dah tak ada macam manalah agaknya aku ni kan?” muka Humairah sedih.
                “Kau jangan macam ni. even kita dah jauh pun teknologi sekarang kan makin canggih. Apa guna ada handphone, lappy semua tu kalau tak diguna. Gunakanlah semua tu untuk hubungi aku. Apa-apa masalah, terus  call aku. Takkan mengganggu punya.” Nasihat Alisya.
                “Huhuhu. Ini yang buat aku sayang lebih dengan kau, Alisya. Jangan putus hubungan dengan aku ya!” ucap Humairah dari sudut hati yang penuh ikhlas. Alisya memeluk Humairah. Humairah mengeratkan lagi pelukan itu. Akhirnya menitis jua air mata yang ditahan sejak tadi. Ukhuwah itu tidak akan terputus sampai bila-bila.


Pagi itu Humairah sedikit cuak dan takut kerana pada hari itu keputusan SPM diumumkan. Setelah beberapa bulan dia tidak berjumpa guru dan rakan-rakannya, terselit perasaan segan untuk berjumpa kembali. Setelah berpakain lengkap seragam sekolah, dia turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Alongnya memberikan persetujuan untuk menghantar dan bersama-sama dengannya ketika keputusan diumumkan.
                “Macam mana  dengan perasaan adik along nak ambil result SPM ni? tanya Wafie.
                “Along ni..boleh pulak tanya soalan macam tu saat-saat macam ni.  Of corse la a bit worse.”
                “Okay. Mai target dapat berapa Spm ni?” tanya Wafie lagi.
                “Along ni tanya soalan apa?” marah Humairah. Dalam saat dia cuak macam ni boleh pulak tanya soalan macam ini.
                “Jawab je lah soalan tu.” Wafie geli hati melihat telatah adiknya itu. Dia hanya menahan gelak daripada tersembur keluar.
                “Hmm..Mai target paling kurang pun 7A laa kot.”
                “Ni along nak nasihatkan Mai. Tak salah nak target tinggi-tinggi. Tapi jangan terlalu mengharap, takut nanti akan kecewa. Kalau dah kecewa nanti siapa yang susah? Along jugak!” Humairah pelik. Apa pulak kena mengena dengan along nya pulak. Akhirnya tawa Wafie yang ditahan-tahan sebelum ini tersembur juga. Humairah mula menarik muka tanda protes.
Satu ppersatu nama disebut. Humairah sedikit gusar kerana namanya tidak dipanggil lagi. Dia mula mahu melangkah, akan tetapi nama terakhir yang disebut menyebabkan Humairah rasa mahu pengsan kerana terkejut. Sentuhan alongnya menyedarkan dia. Humairah bergegas naik ke atas pentas dan mengambik keputusan SPM tersebut. Humairah menyeka air matanya yang mula bergenang. Semua pelajar mengucapkan tahniah kepadanya. Alisya datang dan memeluk Humairah. Dia bangga mempunyai seorang kawan yang pandai.
                “Alisya. Kau dapat berapa A?” tanya Humairah.
                “Aku tak sepandai kau yang dapat 8A. aku dapat sikit je.” Alisya memuncungkan mulutnya.
                “Sepatutnya kau bersyukur dengan apa yang kau dapat. Kau dah usaha pun kan. Ada hikmah disebalik semua ni. bla…bla…bla..” Alisya menekup mulut Humairah yang masih membebel lagi. Humairah membesarkan matanya. Alisya hanya tersengih seperti kerang busuk.
                “Kau tak payah nak membebel kat sini. Aku dah puas dengar tau. Aku dapat 7A1B. Alhamdulillah. B chemistry.” 
                “ Alhamdulillah. Hebat jugak kawan aku ni.” luah Humairah.
                “Jomlah aku hantar kau balik sekali. Alang-alang rumah kau pun dekat dengan aku. Lagipun aku tau, kau datang seorang kan.” Humairah menarik tangan Alisya dan membawanya ke tempat kereta myvi ditempatkan. Alongnya menunggu di situ. Pada mulanya Alisya seperti teragak-agak untuk masuk ke dalam. Setelah beberapa kali dipaksa akhirnya dia tidak membantah.