السلام عليكم......
Ibu bapa Syifa’ segera dihubungi
dan diberitahu mengenai Syifa’. Syifa’ segera dihantar ke wad kecemasan
Hospital Tunku Ampuan Rahimah. Tidak lama kemudian ibu Syifa’ datang
berseorangan ke hospital.
“macam mana dengan anak saya
ustazah?”
“Buat masa sekarang ni doctor tak
bagitau apa-apa. Dia masih dalam unit kecemasan. Kita tunggu doctor beritahu
kondisi Syifa’. Sabarlah Puan Siti. Banyakkan doa agar Syifa’ cepat sembuh.”
Ustazah Kamaliah menenangkan hati Puan Siti.
“Ya Allah satu persatu dugaan yang
Kau beri keatas keluarga kami. Tabahkanlah hatiku Ya Allah” monolog Puan Siti
di dalam hati. Beberapa minit kemudian Doktor Fazli keluar. Puan Siti terus
menerpa kearah doktor Fazli.
“ doktor bagaimana keadaan anak
saya?”
“Alhamdulillah. Buat masa ni
keadaan dia stabil. Boleh saya berjumpa puan persenol dalam bilik saya?”doktor
Fazli bertanya. Puan Siti tertanya-tanya sendiri kenapa Doktor Fazli ingin berjumpa
dengannya secara personal.
“Sebenarnya saya ingin bertanya
mengenai anak puan. Pernah tak dia terhantuk atau terjatuh?” doktor Fazli
bertanya. Puan Siti mengingat semula kejadian yang berlaku.Setahunya Syifa’
tidak pernah terhantuk ataupun terjatuh cuma…….
*******************************************************************
Malam itu Rasyid pulang dalam
keadaan marah-marah lagi.
Habis bersepah barang-barang di
biliknya. Tujuannya Cuma satu, dia inginkan wang daripada isterinya.
“Abang!! Apa yang abang buat ni?
Abang nak apa?”
“Duit!! Mana duit?” Rasyid
bertanya.
“Tak cukup lagi ke wang yang saya
beri semalam?” Puan Siti sudah mula teresak-esak.
“Ah! Aku tak peduli!! Aku tau kau
ada simpan duit lagi!”Rasyid menyelongkar almari dan katil. Habis bersepah
barang-barang di bilik tersebut.
“Abang, Siti dah tiada wang lagi.
Semua wang Siti dah beri semalam. Abang nak buat apa dengan duit banyak-banyak
tu?”
“Kau senyap! Aku tau! Mesti kau
bagi Syifa’ pegang duit tu kan?” Rasyid segera pergi ke bilik Syifa’. Puan Siti
terus meluru kearah suaminya dan merayu agar Syifa’ tidak diganggu.
“Abang! Jangan apa-apakan Syifa’!”
“Ketepilah!” Puan Siti ditolak
dengan kasar. Pintu bilik Syifa’ ditolak dengan kuat. Syifa’ terkejut.
“Eh Ayah. Kenapa ni?” Syifa’
memaniskan mukanya.
“Mana kau simpan duit?”
“duit apa? Saya takde simpan duit.”
“Kau jangan nak bohong! Aku tau kau
ada simpan duit. Kau jangan nak sorok daripada aku!”Rasyid segera menarik
rambut Syifa’.
“Ayah sakit. Mak tolong Syifa’
mak!”
“Bang saya merayu jangan buat
Syifa’ macam ni. Dia nak SPM tahun ni. Kami memang tak simpan duit.”
“Ah! Peduli apa aku dengan SPM dia.
Sekarang ni aku nak kau bagi duit tu kalau tak aku bunuh budak ni.” Rasyid
mengugut puanSiti.
“Ayah sakit!” tidak puas menarik
kepala Syifa’ dihantukkan pula ke dinding.
“Abang! Jangan buat syifa’ macam
tu. Baiklah saya beri wang tu.” Puan Siti segera membuka laci belajar Syifa’
dan member wang tersebut kepadanya Rasyid. Setelah mendapat wang tersebut
Rasyid egera beredar.
*******************************************************************
“Puan Siti…Puan Siti… Jauhnya puan
mengelamun.” Suara doktor Fazli menyedarkan Puan Siti ke alam nyata.
“Oh. Minta maaf doktor. Rasanya dia
pernah terhantuk sekali.”
“Hmm… Saya berharap puan dapat
bersabar dengan apa yang saya mahu katakan ini.” Doktor Fazli terdiam seketika.
Dia mencari kata-kata yang sesuai untuk dijelaskan kepada Puan Siti.
“Macam ni. Anak puan disahkan
mengadapi tumor otak tahap tiga. Mungkin ini disebabkan oleh kerana dia pernaha
terhantuk. So ada darah beku dalam kepala dia. And now, bila dia terhantuk lagi
baru boleh Nampak ketumbuhan itu. Saya berharap puan dapat bersabar.”
Puan Siti tergamam dengan apa yang
diperkatakan oleh doktor tersebut. Dia tidak menyangka demam Syifa’ selama ini
merupakan tanda ketumbuhan tersebut.
“Terima kasih doktor.” Puan Siti
seraya keluar daripada bilik tersebut. Dia masuk ke wad anaknya ditempatkan.
“Mak dah tahu ke?”Syifa’ bertanya.
“ Syifa’ dah tahu ke selama ini?”
Syifa’ mengangguk.
“Saya minta maaf sebab tak bagitau
mak. Saya tak nak mak susah hati. Cukuplah apa yang ayah telah lakukan kepada
emak.” Puan siti segera memeluk anak yang dikasihinya. Baginya Syifa’ terlalu
banyak menanggung rasa seperti dirinya.
“Syifa’! macam mana keadaan kamu
sekarang ni?” Aisyah bertanya.
“Alhamdulillah. Saya rasa sihat
sikit. Thanks korang sebab sudi lawat Syifa’.” Syifa’ berkata.
“Hmm.. Ni sebab kitaorang mempunyai
belas kasihan nak jenguk kau. Eh Syifa’ gurau je. Kitaorang risau keadaan kau.
Tu yang jenguk. Kalau tak memang tak Nampaklah batanh hidung kitaorang ni.”
Farah mula dengan gurauan nya.
“oh! Kalau jenguk takkan takde
menghulur buah tangan ke cenderahati ke?”Syifa’ membalas balik gurauan Farah.
“Alamak! Mana aku letak buah tadi?
Ya Allah! Aku trtinggal kat rumahlah.” Farah mula rasa bersalah.
“It’s okey laa. Aku tak mengharap
sangat pun.” Syifa’ cuba memujuk.
“Kak Syifa’ ni ada buah tangan
sikit daripada saya. Takpelahsaya wakilkan kak Farah sekali.” Semua tergelak
mendengar ulah Nik.
“Untunglah ada yang mewakilkan. Eh
kita tak elok kacau pesakit. Jom balik. Lagipun mesti Syifa’ nak berehat.”
Aisyah berkata.
“Takpe lah Aisyah.Saya tak kisah
pun. Thanks korang sebab sudi melawat. And thanks too kepada pemberi buah ni.”
Kemudian mereka berlima beredar daripada situ meninggalkan Syifa’ keseorangan.
Beberapa minggu kemudian Syifa’
kembali kesekolah seperti biasa. Dia perlu struggle belajar kerana minggu itu
percubaan SPM. Sakit kepalanya perlu diketepikan. Dia tidak mahu sakitnya itu
menjadi penyebab untuk dia berjaya.
“Syifa’ kamu okey tak ni? Muka kamu
Nampak pucat.” Aisyah bertanya.
“InsyaaAllah takde pape. Saya okey
je. Mungkin ni sebab cuak nak jawab biology. Hehehe..”Syifa’ mencuba untuk
senyum walaupun dia tahu senyumannya itu Nampak hambar.
“Betul ke ni?”
“Betul. Tiada apa yang nak
dirisaukanlah. Doakan saya dapat jawab dengan tenang. Jom masuk.” Syifa’
menarik tangan Aisyah.
Selepas habis percubaan itu Syifa’ terus
kembali kerumah tanpa menegur Aisyah. Aisyah kehairanan dengan perangai Syifa’
beberapa minggu ini.
Syifa’ segera ke hospital untuk
berjumpa dengan Doktor Fazli. Dia sangat tidak berdaya pada hari itu. Dia
sangat bersyukur kerana percubaan SPM telah tamat.
“Syifa’ awak kena banyak berehat.
Jangan lupa untuk datang rawatan pada setiap minggu.” Kata doktor Fazli.
“Terima kasih doktor.” Syifa’ terus
pulang kerumah. Ketika sampai di hadapan rumahnya dia amat terkejut melihat
ramai orang. Hatinya mula dihinggap perasaaan tidak enak.
‘kenapa ramai-ramai kat rumah aku
ni?’ monolog hati Syifa’.
“Assalamualaikum.. Emak!” semua
orang memandang simpati kepada Syifa’.
‘kenapa semua orang pandang aku
macam ni? ada sesuatu yang berlaku kat mak ke?’ Syifa’ segera berlari ke ruang
tamu. Dia ternampak tubuh kaku seseorang. Siapa? Ibunya ke?