CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 31 Januari 2014

TAMBAHAN BAB 4

Setelah puas membeli cenderahati untuk Alisya dan family, meraka berangkat ke balai berlepas untuk pulang. Humairah melihat pemandangan di Langkawi untuk yang kesekian kalinya kemudian masuk ke dalam kapal terbang. Di dalam kapal terbang, Humairah sempat berangan. Seandainya betul dia ada jodoh dengan mamat tu, pasti dia akan jumpa lagi dengan dia. Humairah tersenyum sumbing. Perlakuan Humairah diperhatikan oleh Wafie.
“Woi dik! Berangan lg eh?”
“Along ni! Sehari tak terkejut kan Mai tak boleh ke? Lama-lama, Mai rasa Mai boleh dapat sakit jantung tau!” Wafie selamba menayangkan barisan giginya yang putih.
“Along ingat Mai nak ambil along jadi model iklan gigi ke? Jangan mimpilah.” Humairah menjulingkan matanya ke atas.
“Mama tolong ada alien sebelah along. Dia kacau along.” Bisik Wafie pada Puan Hanisah. Puan Hanisah hanya tersenyum melihat telatah anaknya.
“ Kamu berdua ni bila x jumpa rindu. Bila dah jumpa memanjang je nk bergaduh, macam anjing dengan kucing tau tak.” Bebel Puan Hanisah. Wafie dan Humairah hanaya tersenyum.

Pagi itu humairah merancang untuk keluar berjumpa dengan Alisya. Setelah memohon kebenaran daripada mamanya dia terus ke rumah Alisya. Alisya sudah tercegakberdiri di hadapan rumahnya menunggu kedatangan Humairah. Maklumlah rumah mereka sangat dekat. Alisya menarik tangan Humairah untuk lepak di biliknya.
“Kau nak minum apa? Aku buatkan kejap.”
“Fresh orange satu please.” Selamba Humairah meminta.
“Amboi-amboi. Banyak cantik muka kau. Ni bukan restoren eh. MInum apa yang ada.”
“Tadi tanya aku nak minum apa. Aku jawablah.” Humairah memuncungkan mululutnya. Alisya malas nak melayan kerenah Humairah dan terus ke dapur.
Alisya kembali dengan menatang air anggur dan sedikit kuih kedalam bilik. Umairah berterusan membuat muka dengan Alisya.
“Alolo.. Merajuk ke kawan aku ni?” pantas Alisya mendekatkan diri dan mula menggeletek pinggang Humairah. Humairah menjerit kegelian.
“Okey. Okey. Aku tak merajuk dah. Jangan geletek lagi. Aku geli.” Alisya tersenyum kemenangan.
“ So how your trip to Langkawi? Best? Jumpa mamat handsome tak? Souvenier untuk aku mana?”
“Miss Alisya… Can you ask me one by one please? Dah macam polis pencen soal aku banyak-banyak.  First sekali ni untuk kau dan yang ni untuk family kau.” Humairah menghulurkan bungkusan plastic kepada Alisya dan satu lagi khas untuk dirinya.
“Thanks Mai. Terharu aku bila kawan aku ni ingat aku kat sana.” Alisya memeluk Humairah.
“Dah. Jangan nak buat cerita sedih eh. Aku memang ingat kau pun. So far aku taka da sebab tak ingat kau pun. By the way trip pergi Langkawi ni best jugak. Tapi paling best adaperistiwa berlaku kat sana.”
“Ha? Kau cari gaduh dengan orang kat sana ke? Ke ada mamat hensem?”
“Kau rasa?”
“Mai!!! Baik kau bagitau sekarang sebelum aku geletek kau lagi” Alisya memberi amaran.
“Kau ni Alisya. Aku taulah aku lemah sikit bab-bab orang geletek. Saja nak gertak aku. Macam ni.. aku accident dengan mamat hensem. Tapi bukan accident kereta.”
“Dah tu?” Humairah pun menceritakan perkara yang berlaku di langkawi.
“ Macam poyo je mamat tu. Siap speaking bagai. Sebaik muka handsome. Dah tu kau tak tanya dia duduk mana ke?”
“ Tak. Malaslah aku. Tapi setahu aku dia kata dia pun bercuti kat situ je. Bukan orang situlah
maknanya.”
“Untunglah. Aku ni mamat handsome pun tak terjumpa lagi.”
“Eh. Kau dah ada Izzul. Okey apa. Handsome pulak tu.”Alisya mula mencubit lengan HUmairah dengan tangan ketamnya.

“okey!Aku tak sebut nama dia lagi. Sorry.” Humairah membuat muka simpati.

TO BE CONTINUED..............................BAB 5 <3