CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 31 Mac 2012


BERSAHABAT SAMPAI SYURGA

Formula Ukhuwah:  kepercayaan + cinta =UKHUWAH

Carilah sahabat yg boleh dijadikan ubat,
Itulah sahabat yang kenal akhirat,
Kerana nanti kita akan turut terpikat
Terpikat bukan dengan maksiat,
Tetapi jatuh dengan syariat…..
Carilah sahabat yg kuat berguru menuntut ilmu,
Dengan syaitan pasti berseteru…
Carilah sahabat yg sanggup bersusah lelah,
Berbakti dan beribadah kerana ALLAH….
Carilah sahabat yg sanggup menahan`bisa’ demi kita,
Dan kita juga sanggup melakukan yg serupa buatnya,
Persis Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w yg tercinta,
Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana illahi,
Lestari manisnya kealam syurgawi…..

Biar sedikit kita bersahabat,tapi yg penting sahabat kita itu berkualiti dan saling mengingati antara satu sama lain.. Indah bukan?!!
Ini barulah yang dikatakan sahabat sejati..
Ya Allah, lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat yang lain….