BAB 5
Syed Adam Hakimi mengajak Maya keluar pada hari
itu untuk menemaninya makan tengah hari. Pada mulanya, dia agak keberatan untuk
mengajak Maya disebabkan perangai Maya yang kadangkala membuatnya meluat. Maya
senang hati menerima pelawaan Adam. Jarang untuk Adam mengajaknya keluar
bersama. Peluang ini tidak akan dilepaskan Maya. Kereta Audi meluncur dengan
megahnya ke tempat yang dituju.
" You, kita nak makan kat mana ni?” Maya
membuat muka comelnya kepada Adam.
“ Nanti you taulah. You tak payah buat muka
comel you. I akan bawa you makan kat tempat yang you suka.” Ujar Syed Adam
sedangkan dalam hatinya telah mengutuk-ngutuk Maya yang perasan dirinya comel
padahal menyebabkan orang bertambah meluat dengannya adalah.
“ Wah! Betul ke you nak bawa I pergi makan kat
tempat yang I suka? Terharunya! Ini buat I makin bertambah sayang dekat you. I
harap you pun bertambah saaayaang dekat I.” ucap Maya dengan gaya gediknya
sambil memeluk tangan Adam yang sedang memandu. Adam mula tidak selesa
diperlakukan sebegitu. Dia menyesal mengajak Maya keluar. Sepatutnya dia perlu ajak
Haikal menemaninya keluar makan.
“ You… I tengah memandu ni. Jangan buat macam
ni. Accident nanti kesian kereta I. you pun tak nak kan you punya muka
calar-calar kan?”
“ Oppss…. Sorry Adam I tak nak muka I calar.
Nanti dah tak lawa.” Pantas Maya menarik tangannya sambil tersenyum. Syed Adam membalas senyumannya tapi senyuman
itu lebih kepada senyuman kelegaan kerana terlepas dari azab Maya.
“ Maya kita dah sampai. Jom. Makan puas-puas.”
Sinis Adam berkata.
“ Eh mestilah. You belanja I kan? Mana boleh
tak puas. Tapi I tak boleh makan banyak-banyak. Takut gemuk.” Lagi sekali Maya
memeluk lengan Adam.
“ Maya, please. Orang tengok.”
“ Biarlah orang nak tengok. Tak lama lagi kan I
bakal jadi wife you.” Ujar Maya dengan bangganya.
‘siapalah nak kahwin dengan minah ni. Mati
hidup semula aku tak akan kahwin dengan dia.’ Kutuk Syed Adam dalam hati.
SEOUL, KOREA
“ Hyung, this is your letter from Malaysia.”
Ujar Kai. Dia berlari-lari anak memberi surat tersebut kepada Eric. Kemudian
dia tergesa-gesa menyarung kasutnya.
“ Where? Gomawo Kai. Where you want to go?”
Eric berterima kasih kepada Kai.
“ I want to meet my friend. They ask me to meet
at our music studio. Why? Do you want to follow too? Ah! Hyung! I forget to
tell omma. Can you text or tell omma I will back a bit late because many work
to do. Can? Bye!” Belum sempat Eric berkata apa-apa Kai melangkah pergi sambil
melambaikan tangannya.
Begitulah rutin kehidupan keluarga mereka. Ibu
dan bapa Eric bekerja. Adiknya pula mengambil kelas muzik dan balik pada lewat
malam. Manakala abangnya pula bekerja di Malaysia. Maka hanya tinggal dia
keseorangan di rumah pada waktu begini. Ibu bapa Eric adalah orang Malaysia
tapi mereka telah berpindah ke korea tiga tahun yang lalu disebabkan kerja
ayahnya. Akan tetapi Eric menyambung persekolahannya di Malaysia kerana tidak
mahu mensia-siakannya dan cinta pada Malaysia. Eric akan balik ke Korea pada
waktu cuti untuk berjumpa dengan familynya. Family Eric menggunakan bahasa
English dalam pertuturan seharian mereka tetapi mereka juga akan berbahasa
Hangeul dan Malaysia sekali sekala.
Eric membuka surat yang diterimanya dengan
berhati-hati. Dia terkejut melihat surat tawaran sambung belajarnya ke Ireland.
Satu lagi surat adalah surat tawaran belajar juga tapi hanya di dalam Negara.
Pasti abangnya yang menghantar surat itu ke mari kerana semua alamat surat
menyurat adalah alamat rumah abangnya. Pantas Eric menelefon abangnya.
“ Hello hyung.”
“ Hello.
Eric surat dah sampai rumah? I guess it should be in your hand right now.”
“ Don’t worry. Sampai dah. Gomawo hyung. By the
way how are you?”
“ I’m fine. Make the right decision okay! It’s
doesn’t matter if you want to continue to Ireland or Malaysia. Hyung must hang
up right now because many work to do. Later I will call you again.”
“Araso hyung. Be careful. Don’t forget to eat.”
Kata Eric lantas memutuskan panggilan. Setelah berfikir dengan panjang,
akhirnya Eric membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di sana. Dia tidak
tahu apa yang menriknya disana tapi hatinya begitu tertarik untuk belajar
disitu. Dia nekad. Keputusan itu akan diberitahu kepada kedua ibu bapanya. Dia
segera naik ke biliknya dan membuka laman sesawang facebook untuk bertanya
kawan-kawan yang lain tentang surat tawaran yang mereka dapat.
Wafie dan En. Fadzil baru pulang daripada kerja. Wafie menutup pintu
pagar rumah dan mengambil surat didalam peti. Dia perasan ada beberapa surat
untuk Humairah. Dia berfikir-fikir sama ada nak mengusik adiknya itu ataupun
tidak.
“ Mama, Mai dah pandai sekarang ni. Dapat surat daripada pakwe dia.”
Wafie melaung untuk Humairah dengar apa yng ingin dia perkatakan. Serangan
bermula.
“ Apa along? Pakwe? Sejak bila pula Mai pandai berpakwe-pakwe sekarang
ni?” Tanya Puan Hanisah. Humairah yang mendengar daripada atas segera turun.
“ Ada apa Along? Mai dengar ada orang sebut-sebut nama Mai.” Humairah
membuat muka toyanya. Pertanyaan daripada puan Hanisah tidak dihiraukan. Dia
tahu pasti along berpakat dengan mama untuk kenakan dia. Lantas dia merampas
surat daripada Wafie dan membukanya dengan rakus.
“ Tengok ma. Bukan main laju lagi dia rampas surat daripada along bila
cakap pakwe dia yang bagi.” Protes wafie.
“ Yeay! Mama! Mai dapat masuk UKM. Mai dapat coarse yang Mai nak.” Jerit
Humairah. Dia melompat kesukaan dan berlari memeluk Puan hanisah dan En.
Fadzil.
“ Along tak nak peluk jugak ke?” Tanya Wafie.
“ Tak nak. Sebab along jahat dengan Mai.” Balas Humairah. Kemudian
menjelirkan lidahnya.
“ Ish.. tak matured langsung Mai ni. Umur je dah 18 tahun tapi perangai
macam budak-budak. Belum lagi termasuk yang tadi menjerit dengan
terlompat-lompatnya. Tak boleh bawa pergi majlis ni. Buat malu along je.”
“ Mama!! Tengok along ni” Humairah memuncungkan mulutnya.
“ Along.. sudah-sudahlah mengusik adik kamu tu. Pening kepala mama
tengok kamu berdua ni. Mama ada dua orang anak tapi gaya macam ada sepuluh
orang anak.” Humairah tersenyum puas. Puan Hanisah menarik En. Fadzil untuk
minum petang dan meninggalkan Humairah dan Wafie.
“Wueekk!! Mama sokong Mai.” Humairah menjelir lidah. Wafie mendekati
Humairah dan terus mencubit kedua-due belah pipi Humairah. Humairah menjerit
kegeraman dan mengejar Wafie. Kemudian mereka menyertai ibu bapa mereka minum
petang.
Suasana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pagi itu agak hingar
binger. Semua pelajar sibuk dengan pendaftaran masing-masing. Tidak ketinggalan
juga bagi Humairah. Dia bernasib baik kerana ada beberapa orang yang dikenali
berada di situ walaupun berlainan course. Tidaklah dia berasa keseorangan
disitu. Setelah selesai mendaftar, Humairah berjalan kearah mereka yang menunggu. Terdapat Alisya, Izzul
dan Hairi sedia menunggu.
“ Wah! Tak sangka aku kita sama lagi lah Lisya.” Humairah memeluk Alisya
kegembiraan.
“ Aku pun happy dapat bersama-sama dengan kawan aku tercinta ni.” Kata
alisya.
“ Tapi aku hairanlah Lisya. Dimana ada kau disitu terletaknya Izzul.
Macam ada pape je?” Hairi pula menyampuk. Alisya dan Izzul mula menarik muka
kelat.
“ Kitaorang tak ada pape eh Hairi. Kau jangan nak buat spekulasi yang
tak berkenaan. Tambahan pulak kau nak ambil kos Quraan Sunnah ni, perlukan jiwa
yang suci dan bersih tau.” Balas Izzul.
“ Haha.. Whateverlah Izzul. I don’t mind about anyone business. Dah
hentikan perbualan ni. Korang pun kena cari bilik korang kan? Kejap lagi
orentasi akan bermula. Lambat nanti kena denda. Aku tak nak bertanggungjawab.”
Lembut Hairi mengingatkan dan menutup segala persoalan yang bermain di minda
Alisya dan Humairah.
“ Itu dia! Apabila ex-ketua pelajar berkata-kata.” Balas Izzul. Yang
lain tergelak. Mereka bergerak ke bilik masing-masing. Orientasi bermula!
Setelah seminggu berpenat lelah dan terkejar-kejar masa sewaktu
orientasi, Akhirnya barulah mereka dapat merehatkan diri. Humairah dapat satu
bilik dengan pelajar daripada Johor. Setelah berkenalan dan berborak untuk
seketika, Humairah mula membuat persiapan untuk pembelajaran pada esok hari.
Eric kelam kabut bersiap. Kelasnya akan bermula lagi lima minit. Dia
tidak mahu menjadi pelajar yang lambat. Segala benda yang menghalangnya
dilanggar. Bilik itu sudah seperti dilanggar garuda. Setelah bersiap sekadarnya,
Eric berlari-lari anak untuk pergi ke dewan kuliahnya yang terletak lima
kilometer daripada hostelnya. Ttiba-tiba dia terlanggar seseorang. Habis
berterabur barang-barang budak tu.
“ I’m sorry. Really sorry.” Kata Eric sambil mengutip buku tersebut. Humairah
hanya merenung Eric.
‘Macam pernah jumpa orang ni. Tapi kat mana ek?’ soal Humairah dalam
hati.
“ Eh awak! Jumpa lagi kita disini. Maaflah terlanggar. Ini buku awak.
Saya dah terlambat ni. Nice to meet you.” Ucap Eric dan terus mempercepatkan
langkahnya ke falkulti perubatan.
Humairah tergamam. Patutlah seperti pernah jumpa. Mereka penah bertemu
di Langkawi dulu. Dan seperti dulu juga, pertemuan hari ini disebabkan oleh
lelaki tersebut berlanggar dengan nya. Malang betul nasib. Tiap kali jumpa mesti
terlanggar. Humairah tersedar daripada kenangan lalu. Dia dah terlambat untuk
ke kuliah. Ni gara-gara lelaki tu. Humairah mempercepatkan langkahnya untuk ke
dewan kuliahnya. Sampai di dewan kuliah, semua tempat di bahagian hadapan telah
penuh. Hanya terdapat satu tempat kosong di bahagian tengah bersebelahan
seorang lelaki. Dia terus menuju ke tempat tersebut dan terus duduk
memandangkan pensyarah telah tiba.
Prof. Zaki menerangkan subjek yang akan mereka belajar pada sem itu.
Beliau mengarahkan agar para pelajar untuk membuat group seramai lima orang
untuk membuat presentation. Beliau juga menegaskan agar pelajar tidak datang
lambat ke kuliahnya. Humairah berkenalan dengan seorang pelajar Kedah yang
bernama Syikin dan bersetuju untuk masuk kedalam groupnya. Group mereka
memerlukan dua orang lagi untuk memenuhkan kuota. Kebetulan dua orang lelaki
menghampiri dan ingin masuk ke dalam group tersebut. Setelah selesai, Syikin
mengajak Qila dan Humairah ke café sebelum kelas seterusnya bermula.
Eric mendapat panggilan daripada abangnya. Kebetulan pada waktu itu dia
sedang rehat, jadi bolehlah dia menjawab panggilan tersebut.
“Hello Eric. How are you?” ucap abang Eric.
“ Hyung! I’m fine. Nice to hear your voice.” Balas Eric sambil tergelak.
“Wah. Happy nampak. Puas hati dengan your decision?”
“Yup. Sangat puas. Lagipun kat sini ada hyung if anything happen.”
“Wah. You are so lucky right? By the way, how is your study?”
“Hyung! Class just begin but so far so good. Don’t worry too much ya.
This weekend I’m going to your house. Don’t forget to prepare my favorite
food.” Ujar Eric sambil tergelak.
“Alright. Okay. Hyung must end the call. See you this weekend.
Annyeong.”
Syed Adam Hakimi tertekan dengan desakan daripada ibunya untuk
mengahwinkan Adam dengan Maya. Bagi Adam dia terlalu muda untuk berkahwin pada
umur 29 tahun. Tambahan pula, perempuan yang ingin dikahwini adalah Maya. Oleh
itu, dia sekeras-kerasnya menentang permintaan ibunya. Adam meminta bantuan
daripada ayahnya utuk menghalang ibunya daripada mengahwinkannya dengan Maya.
“Mummy please. Jangan paksa Adam. Lagipun umur Adam ni muda lagi.
Standard lah orang lelaki umur macam ni tak kahwin lagi. Kan papa?” Adam
bersuara.
“Betul tu yang. Biarkan dia enjoy dengan life dia dulu. Sampai masanya
nantidia kahwinlah.” Bela ayah Adam.
“Itulah awak. Suka sangat membela anak bujang awak. Entah-entah awak ada
pasang lain then komplot dengan anak awak tu jangan baritahu saya.”
“Eh. Ke situ pulak dia. Buat apa pulak saya nak pasang lain. Cukuplah awak
seora ng. Biarlah Adam betul-betul majukan syarikat dulu then kembangkan ke
pasaran luar Negara. Time tu awak nak suruh dia kahwin pun saya tak halang.”
Pujuk Syed Hashim a.k.a ayah Adam. Akhirnya Puan Sharifah bersetuju dengan
cadangan ayah Adam. Adam mengenyitkan mata kepada ayahnya sebagai ucapan terima
kasih.
“Adam, so far syarikat macam mana sekarang ni? Any problem?” tanya ayah
Adam.
“So far we don’t have any problem. Just you know ekonomi kejap naik
kejap turun. That’s why tak berapa mencapai target yang syarikat nak. But daddy,
don’t worry. Adam akan sedaya upaya naik kan balik target syarikat.” Balas Adam
mula serius.
“Good job! Daddy don’t want to hear that our profit going down. And another
thing, I want you to try open another company at overseas. I will give you two
years to do that.” Cabar Syed Hashim.
“Alraight daddy! I will.” Balas Adam dengan penuh keazaman.