CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 25 Januari 2012

cinta?? layan jangan, lawan pun jangan~


Untuk post kali ni saya nak berbicara mengenai cinta. Saya ni bukanlah pakar dalam hal ni. Jika tersalah harap ditegur. Ini berdasarkan pengatahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pemerhatiaan.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?


Kat sini saya nak bagi pandangan. Cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Cinta itu fitrah. So kalau kita tak mahu bercinta bukankah itu dah melawan fitrah yang Allah telah ciptakan? Ia sebenarnya terpulang kepada diri kita  untuk mengawalnya. Ya! Memang benar bila dah jatuh cinta ramai manusia yang menjadi alpa. Tapi perlukah kita kecoh pada dunia bahawa kita telah jatuh cinta??
Seeloknya kita simpan perasaan tu di dalam hati. Ni tak masuk lagi dalam tajuk yang saya nak ulas.

Okey! Sebenarnya kuasa cinta ni amat kuat. Orang sanggup buat apa saja demi cinta ni. Sampaikan ada yang makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Hehehe..teruk lah tu sampai mandi pun tak basah. Oleh yang demikian untuk menjadi kuasa cinta, tidak perlu melayan, sebaliknya jika kita melawan turut sama bahananya. Jika saya silap tegurlah saya. Saya Cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu. Mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekalipun, seorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta jika kita mengingati lalu melayannya ada akibat yang sedia menanti. Begitu juga jika kita mengingati cinta lalu melawannya ada juga akibatnya.

 
Melawan cinta..
Biasa benar saya melihat apabila seorang perempuan yang ingin melawan cinta, dia akan bercakap dengan lelaki secara kasar laksana seorang askar yang bertitah terhadap anak buahnya. Ya! Memang benar! Kita dilarang melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi. Al-quran pun melarang agar perempuan melunakkan suara didepan lelaki ajnabi. Kerana apabila kita melunakkan suara di depan lelaki ajnabi suara kita akan menjadi aurat. So cakaplah secara normal dengan lelaki.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kononnya sebagai salah satu cara untuk memerangi cinta, lama kelamaan sikap itu akan terbiasa apabila sudah bersuami. itulah penangan melawan cinta.

Sama juga dengan lelaki. Kononnya ingin memerangi cinta dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas sehingga perempuan yang berurusan dengannya sakit hati dan adakalanya sehingga teresak-esak. Berhati-hatilah! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun akan bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

 
Mengelak cinta..
Oh! So kiranya kita tak boleh lawan cinta. Habis, apa caranya untuk mengelak cinta??
Oleh kerana lawan pun ada akibat, layan pun sama…. Maka cara terbaik mengelakkan diri daripada bercinta di luar masa, ialah dengan melupakannya.

Bagaimana pulak kita nak melupakannya??
Cara nak melupakan cinta bukanlah dengan cara mengelakkan diri daripada mendengar lagu nassyid yang bertemakan cinta kerana walaupun kita elakkan mendengar nasyid cinta pun kita boleh jatuh cinta. Memikirkan cara untuk melupakan cinta juga bukan kaedah yang terbaik kerana kita tidak akan melupakannya tetapi mengingati cinta secara melupakannya.
Cara yang terbaik untuk melupakan cinta adalah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Seperti sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan salah….dan zaman pelajarlah adalah masa terbaik untuk melatih diri.

Apabila tiba maa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukkan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh daripada angan-angan. Sesungguhnya cinta sesudah berkahwin lebih manis rasanya daripada sebelum kahwin yang terdapat banyak kesengsaraanya.
 

Maaf andai kata-kata tidak menarik.dan maaf andai tersilap kata. 
Semoga ia bermanfaat untuk semua.