CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 9 Oktober 2013

BAB 4

sambungan.....


Alisya merasa pelik. Ini bukan jalan biasa yang dilalui mereka untuk pulang tetapi dia cuba berlagak tenang walaupun mindanya tertanya-tanya. Setelah beberapa minit, dia memandang Humairah untuk mendapatkan kepastian.  Humairah menoleh dan tersenyum pada Alisya. Alisya membalas senyuman tersebut.
“Mai.. Sebenarnya kita nak kemana ni? Tanya Alisya. Humairah dan Wafie hanya tersenyum.
“Nak jalan-jalan laa. Along aku dah volunteer nak jadi driver hari ni. Hehehe.” Balas Humairah.
“Lisya jangan takut. Kitaorang tak akan bawa awak lari la.” Tambah Wafie pula. Alisya hanya tersenyum sumbing mendengar jawapan itu.
Mereka tiba di restoran kfc. Akan tetapi restoran itu lengang daripada pengunjung. Kehairanan Alisya semakin bertambah-tambah. Setelah keluar daripada kereta, dia terpandang kereta kepunyaan bapanya berhampiran kereta abang Humairah.
‘Eh, tak silap aku itu kereta ayah.’ Detik Alisya. Dia cuba membaca plat kereta tersebut.
‘Sah! Memang kereta ayah. Tapi.. Apa ayah buat kat sini pulak? Ada apa sebenarnya ni?’ sedang Alisya sibuk memikirkan segala kemungkinan mengapa mereka dan ayahnya di sini, tiba-tiba Humairah menarik tangan Alisya untuk masuk ke restoran tersebut.
“Suprisses!!!!” jerit Humairah. Alisya terkejut. Semua familynya ada di situ. Ada kek di tangan ibunya. Dia bertambah pelik.
“Ibu… birthday siapa pulak ni? Kenapa ibu, ayah dengan adik-adik ada kat sini?” bertubi-tubi soalan Alisya.
“Ibu dah agak. Mesti anak ibu ni lupa birthday dia hari ni. Kebetulan pulak jatuh pada hari result kamu keluar. Ini semua idea Mai yang beriya-iya nak wat majlis birthday kamu kat sini. Lagipun ibu dah tahu kamu pun dapat keputusan cemerlang kan?!”  kata Puan Sya. Tubir mata Alisya mula digenangi dengan air. Menungu saatnya untuk tumpah. Sungguh!! Dia terharu dengan Mai! Terharu sangat sampai hari penting dalam hidup dia pun Mai tak lupa.
“Thanks Mai. Kaulah kawan aku dunia akhirat.” Alisya memeluk Humairah seeratnya. Semua yang ada disitu terdiam menahan sebak.
“Dah. Dah.. Janganlah sedih pulak. Tak manis pulak aku tengok kau menangis ni. Tak sweet la aku tengok.” Humairah mengelap air mata Alisya. Alisya tersipu malu apabila semua mata memandangnya. Ibu bapanya hanya tersenyum gembira apabila melihat Alisya gembira. Tidak lama kemudian nyanyian lagu selamat hari jadi bergema. Lilin pun ditiup.


Bersempena dengan kejayaan Humairah dalam SPM, En. Fadzil dan Puan Hanisah merancang untuk membawa mereka sekeluarga melancong ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.  Pada mulanya mereka merancang untuk membuat kejutan kepada Humairah, akan tetapi perkara tersebut telah  terbongkar. Betapa gembiranya hati Humairah apbila mengetahui perihal tersebut.
“Along, along bawa berapa helai baju ni? Baju apa je nak bawa?” Tanya Humairah.
“Hmm.. inilah namanya perempuan. Asal nak pergi bercuti Tanya orang nak bawa baju apa. Manalah along tahu Mai nak bawak baju apa. Nanti along suruh bawak baju sikit kata tak cukuplah apalah.” Bebel Wafie.
“Yelaa..Yelaa.  Taulah Mai nak kemas apa. Along pi lah dok jauh-jauh. Kacau Mai nak kemas je.” Balas Humairah dengan nada geram.
“Tak maulah.  Abng nak duduk sini tengok adik along. You look so pretty when mad.”  Wafie tersenyum sumbing melihat Humairah yang sedang merenungnya.
“Along!!!!” Wafie terus melarikan diri ke biliknya daripada menjadi mangsa cubitan ketam adiknya itu. Dia faham benar perangai adiknya yang pantang dipuji itu. Pasti akan marah.
Setelah semua keperluan dikemaskan mereka menaiki flight ke Pulau Langkawi. Humairah menyanyi kecil menandakan hatinya gembira dan teruja untuk sampai ke sana. Wafie pula berbincang dengan ayah dan ibunya tentang rancangan yang dilakukan setelah tiba di langkawi nanti.
“Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga di pulau Mahsuri ni.” Ucap puan Hanisah.
“Apa-apa pun kte check in dulu. Jom mama, papa” kata Wafie sambil mengangkat beg Humairah.
“Dik apa yang kau bawa ni. Berat sangat. Along tak larat nak bawa.” Wafie memulakan modal untuk mengenakan Humairah.
“Along jangan nak banyak songeh pulak ya. Along sendiri yang tawarkan diri nak bawa beg Mai kan. So just close your mouth!” tegas Humairah.
“Suka hati along lah. Allah dah bagi nikmat bercakap kita kenalah gunakan dengan sebaiknya.”jawab Wafie.
“Masalahnya along gunakan nikmat untuk mencari pasal dengan Mai. Tak ada faedah pun.”
“Apa salahnya along nak usik adik along ni pun. X salah disisi undang-undang kan?!”
“Memanglah tak salah tapi ia salah dari segi hokum Mai.” Humairah menahan geram dengan alongnya.
“Eh? Tak pernah dengar pulak hukum Mai tu. Hukum baru eh?” gelak Wafie.
“Mama!! Tengok along ni. Sehari tak usik Mai taK SAH.!”  Puan Hanisah hanya menggelengkan kepala.
“Humairah, Wafie sedar sikit kamu kat mana ni. Ini tempat awam. Semua orang tengok. Tak malu ke?" Humairah mula memuncungkan mulut manakala wafie hanya tersenyum sumbing menyedari kesilapannya.
Malam itu mereka sekeluarga makan di hotel City Bay.  Makanan yang disediakan disitu sungguh menyelerakan. Tambahan pula waiter-waiter  disitu tidak kurang hebatnya. Humairah meminte diri seketika untuk ke toilet. Dalam perjalanan ke toilet seorang lelaki teleh melanggarnya dan menyebabkan dia terjatuh.
“Opss! Sorry miss. Really sorry. I did’nt see you. Are you okay?” Luah Eric.
“Never mind. I’m okay. But watch out your step oke! “ jawab Humairah sambil membetulkan
‘Ya Allah. Handsomenye mamat ni.’ Gumam Humairah dalam hati. Pertama kalli melihat lelaki kacak selain alongnya. Humairah tergamam.
“Miss.. Miss.. Are sure you’re okay? Miss?” Eric jadi buntu apabila gadis dihadapannya hanya diam seribu bahasa. Eric menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setelah berfikir dia meninggalkan sahaja Humairah dalam keadaan sebegitu.
Puan Hanisah dan En Fadzil gelisah apabila anak gadisnya terlalu lama pergi ke tandas. Selalunya Humairah tidak akan pergi selama ini. En Fadzil menyuruh wafie melihat Humairah andan ada perkara yang berlaku terhadap dirinya.
‘Mai ni menyusahkan aku nak makan betul lah. Mana pulak pergi budak ni?’ gumam Wafie.
 Dari kejauhan Wafie ternampak seorang gadis yang berdiri tanpa bergerak. Dia mengecam gadis itu. ‘Sah! Humairah lah tu. Tapi apa yang dia pandang?’ Wafie berasa pelik. Dia mendekati adiknya perlahan-lahan.
                “Wardah Humairah!!” sergah Wafie
“Opocot mak kau meletop! Along!! Terkejut Mai!” Wafie sudah tergelak-gelak melihat adiknya melatah.
 “itulah. Jauh sangat berangan sampai along datang pun tak perasan. Mama dengan papa dah risau Mai tak balik toilet lagi.rupanya sempat dia mengelamun kat depan ni.” Gelak Wafie.
“Mana ada orang berangan. Orang Cuma fikir masa depanlah along.” Humairah menjelir lidah ke Wafie.
“Tengok tu. Suka betul dia jelir-jelir lidah. Along potong nanti baru tau.” Gertak Wafie.
“Yelaa.. Mai nak masuk toilet jap. Along tunggu Mai kat sini!”
“Mestilah kena tunggu. Kalau tak berangan lagi tuan puteri kita ni.” Wafie tersenyum kemenangan. Humairah terus masuk ke toilet kerana tidak mahu mendengar kata alongnya yang bajet bagus itu.

Pagi yang cerah itu mereka menyewa sebuah kereta dan bersiar-siar di makam mahsuri. Humairah tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama familynya. Wafie pula ditugaskan sebagai jurukamera tak bergaji bagi Humairah. Pelbagai posisi Humairah buat. Wafie hanya menurut kehendak adik tercinta. Tidak lama kemudian, mama dan papa Wafie serta Humairah mengajak untuk pulang. Akan tetapi Humairah tidak puas lagi untuk berjalan-jalan. Akhirnya, Wafie bersetuju untuk menemani Humairah untuk beberapa minit lagi.
“Along tak kisah ke nak temankan Humairah ni?” Soal Humairah.
“Kisah sangat. Along baru nak manja dengan mama. Dah Mai suruh along temankan. Along temankanlah.” Jawab Wafie.
“Bila masa pulak Mai suruh along temankan. Mai kata Mai nak jalan-jalan lagi je. Dah tak boleh baliklah jom.” Kata Humairah sedih dan mula bergerak untuk pulang.
“Alololo.. Along gurau jelah. Along tak kisah pun. Jom jalan-jalan. Kita pergi Underwater World nak tak? Along belanja.” pujuk Wafie.
“Along belanja? Seriously? Wah. Baiknya along Mai ni. Hahaha..” Humairah melonjak kegirangan.
“Ya Allah. Budak ni tak tau malu ke? Semua orang tengoklah. Umur dah meningkat tapi perangai macam budak-budak lagi.” Tegur Wafie.
“Hehehe.” Humairah tersengih macam kerang busuk. Wafie terus mengajak Humairah menaiki kerete yang disewanya.
Humairah sangat gembira dapat pergi ke Underwater World. Dia gembira berpeluang melihat pelbagai hidupan di laut. Banyak gambar yang ditangkap untuk tatapan sahabatnya,Alisya. Sedang dia sibuk menangkap gambardia terlanggar seseorang.
“Alamak. I’m sorry. I didn’t see you.” Ucap Humairah.
“It’s okay. But I think I’ve seen you.” Balas Eric.
“owh.. Really? Where?” Tanya Humairah. Dia cuba untuk mengingati.
‘oh. Ni mamat poyo yang langgar aku hari tu. Yang speaking dgn aqku then blah macam tu je. Belagaknya lah mamat ni.’ Luah Humairah didalam hati.
“Owh. I remember. I’ve seen you at toilet. Yang berlanggar tu.”
“Oh. Betul lah.” Humairah tersenyum.
“By the way nice to meet you.” Kata Eric dan berlalu pergi.
“Siapa tu? Kawan Mai ke?” Tanya Wafie.
“Eh bukanlah. Mai terlanggar dia lagi.” Jawab Mai.
“Terlanggar lagi? Maksud Mai?”
“Sebelum ni dia terlanggar Mai. Ingat tak yang kita makan kat hotel tu? Mira lama pergi toilet sebab accident dengan dia. Macam dah jodoh je kitorang.  Chemistry sangat kuat.” Humairah tersenyum sorang-sorang.
“Wahai adikku tercinta.. itu bukan jodoh namanya. Itu kebetulan. Jangan nak berangan eh Mai. Ini bukan dalam drama korea ke apa.” Panjang Wafie berleter.humairah menarik muka empat belas.

TO BE CONTINUED..............