CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 4 April 2012

PESANAN BUAT SAHABAT..

Assalamualaikum.. post kali ini sekadar nak berkongsi beberapa tips untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita (sahabat dunia akhirat) Insya Allah...
untuk menjadi sahabat yg baik untuk sahabat kita, kita perlulah memperbaiki diri kita terlebih dahulu..oleh itu kat sini ada beberapa sifat yg perlu kita semai dlm diri..antaranya:

empati....
apa perbezaan antara empati dgn simpati?? pasti ada yg tertanya-tanya.. kat sini saya bg contoh simpati..
seorang pekerja ingin bercuti dan pulang ke kampung kerana ibunya sakit. dia meminta bosnya untuk pulang kerana emergency case..bosnya simpati tp dia x benarkn pekerjanya itu pulang..
berbeza pula dengan empati..contohnya..
situasinya sama macam di atas..akan tetapi bosnya mempunyai empati kerana membenarkn pekerjanya untuk pulg kecemasan.. 

jujur
untuk menjadi seorang sahabat yg baik kita mesti semaikan sifat ini dalam diri. firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 119 yg bermaksud:
"Allah berfirman: inilah hari yang padanya orang yang benar mendapat manfaat daripada kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. itulah kejayaan yang besar."

berfikiran terbuka
jika sahabat kita memberi nasihat kita perlu muhasabah diri kita balik. mungkin betul apa yg dia perkatakan. sifat ini amat perlu dalam persahabatan kerana ia dapat mengelak daripada timbulnya pergaduhan. dengan berfikiran terbuka juga kita dapat menerima teguran dengan sebaiknya.


sensitif dan peka terhadap persekitaran
sebagai seorang sahabat kita perlu peka terhadap sahabat kita. kita juga perlu peka terhadap kawasan sekeliling sahabat kita. sebagai sahabat kita juga turut akan merasa sensitif apabila sahabat kita berwajah walang.lantas kita akan bertanya sahabat kita apa masalah yg di hadapinya.begitulah sesitiviti yg perlu ada pada seorang sahabat kepada sahabatnya.

saling bantu membantu
seorang sahabat akan rasa perlu untuk membantu sahabatnya walaupun pada ketika itu dia dalam masalah. tetapi masalah yg dihadapinya itu tidak seberat yg dialami sahabtnya itu. oleh yg demikian dia akan mencari pelbagai alternatif untuk membantu sahabatnya. dia akan sedaya upaya untuk mmembantu sahabatnya selagi termampu.. itu yg dinamakan ithar (melebihkan atau mendahulukan sahabat)

sentiasa memaafkan dalam persahabatan
firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yg bermaksud:
"jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"..

oleh yg demikian kita perlulah mencari sahabat yang berperibadi mulia.. Rasulullah s.a.w memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain. sama ada perilaku yg baik atau buruk

 imam al-Ghazali berpesan: "kecintaan seseorang yg hakiki kpd insan lain kerana ALLAH bukanlah bermaksud mencintai insan itu disebabkan dzatnya(sifatnya) sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan dirinya dengan akhirat...